"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Thursday, February 12, 2009

PERAK : Antara Derhaka dan Kesetiaan - Pengerusi Pro Mahasiswa UM


Serdang 10 feb. 08.07am : Rampasan Kuasa di negeri Perak, sekali lagi menampakkan betapa keadaan Negara dalam keadaan yang tidak aman dan perbalahan sesama sendiri berlaku di sana-di sini. Masing-masing berlumba-lumba melobi kepada rakyat untuk meraih sokongan, dan perhatian. Namun, sayang ibarat perang di dalam rumah, adik-beradik bertikam lidah, ibu menangis merintih kesedihan.
Iman dan kesabaran sudah tidak menjadi pegangan, fitnah dan penindasan dijadikan amalan. Menyentuh mengenai Isu “Derhaka Kepada Sultan” yang dimainkan oleh UMNO melalui kenyataan Karpal Sing kepada media bahawa pihaknya akan menyaman Sultan Perak di atas pelantikan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang Baru menggantikan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaludin kerana tidak mengikuti prosedur yang sepatutnya.n itu dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran daripada peguam Negara. Peguam Negara perlu meneliti semula setiap apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga apa yang terdapat di dalam undang-undang kerajaan negeri Perak. Saman terhadap Sultan tidak mudah seperti apa yang diceritakan.
Pada hakikatnya, Karpal Sing tidak boleh memfailkan saman itu dengan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran daripada peguam Negara. Peguam Negara perlu meneliti semula setiap apa yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga apa yang terdapat di dalam undang-undang kerajaan negeri Perak. Saman terhadap Sultan tidak mudah seperti apa yang diceritakan.
Selain itu, terdapat juga sedikit kelemahan UMNO dengan mengunakan kenyataan “Sembah Derhaka” oleh Dato’Seri Nizar Jamaludin dengan mengatakan Dato’ Seri telah menderhaka kepada Sultan Perak. Sedangkan itulah antara bahasa dan adab yang perlu untuk diamalkan ketika berada di dalam Istana. “Sembah Derhaka’ bersamaan dengan maksud “Tidak Setuju”.
Baiklah mari kita bersama-sama menyoroti sejarah penderhakaan parti politik di zaman selepas kemerdekaan Negara Malaysia.Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan untuk mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu pada tahun 1993 Tun Dr.Mahathir Mohammad, dan Allahyarham Tun Ghafar Baba yang mengemukakan usul khas di Parlimen pada 10 Disember 1993 memberitahu dewan bahawa seorang rakyat Malaysia bernama Douglas Gomez telah dicederakan di Istana Bukit Serene oleh Sultan Johor pada 30 November 1992.
Pada waktu itu beberapa menteri kabinet mendedahkan skandal pemilikan harta raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama pula yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca televisyen.
Wira UMNO Datuk Seri Shahidan Kassim mendedahkan keburukan keluarga Sultan Johor yang bertanggungjawab melakukan 23 kes penganiayaan ke atas rakyat jelata yang tidak berdaya termasuk memukul, mencedera dan merogol semenjak dari tahun 1972. Semua Sultan didedahkan keburukkan mereka secara terang-terangan.
Seterusnya, 29 April 1993 Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali telah bertindak menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan yang dipengerusikan Annuar Musa bagi mengantikan Sultan Ismail Petra oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah. Program Semarak di Lubok Jong, Pasir Mas mencetuskan perarakan yang dipimpin Tan Sri Mohamed Yaacob ke istana menyerah memorandum mendesak Sultan Kelantan turun daripada takhta.
Hasil daripada pindaan Perlembagaan Persekutuan yang disokong oleh menteri-menteri Kabinet UMNO termasuklah Dato’Seri Najib Tun Razak dan juga menteri-menteri UMNO yang lain yang masih ada pada hari ini, akhirnya Mahkamah Khas Raja-raja Melayu diwujudkan yang membolehkan Sultan diambil tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan. Sekaligus menghilangkan martabat dan keagungan Sultan yang pada mulanya bebas daripada sebarang kuasa untuk dikenakan tindakan undang-undang di dalam Negara Malaysia.
Oleh yang demikian, persoalannya, adakah benar “tidak bersetuju” itu bermaksud kita sebagai rakyat Malaysia sudah menderhaka kepada Sultan? Sultan juga adalah manusia, yang memegang tampuk pemerintahan sebagai lambang keagungan agama Islam dan perpaduan rakyat. Sebagai seorang manusia biasa, Baginda juga mempunyai kelemahan yang memerlukan pandangan dan sokongan daripada kita untuk menjalankan tampuk pemerintahan Negara.
Nabi Muhammad s.a.w juga pernah tidak bersetuju dengan Allah s.w.t mengenai jumlah waktu solat yang terlalu banyak. Dan Allah s.w.t menerimanya dengan mengurangkan kepada 5 waktu sehari. Hal ini adalah kerana, Allah Maha Mengetahui akan kemampuan hambanya. Adakah dalam konteks ini Nabi menderhaka kepada Allah s.w.t? Sebagai orang yang berilmu, beriman dan bertaqwa, saya serahkan jawapan ini kepada semua pejuang bangsa Melayu untuk menjawabnya!
Maka dengan itu, saya memohon kepada semua pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Untuk bersama-sama meleburkan sifat benci dan dendam sesama kita sebagai saudara seagama. Demi keredhaan Allah, kita perlu untuk bersatu, marilah kita lupakan sengketa lama, mari kina bina perpaduan, bergerak bersama menuju kejayaan di hadapan sana. Kita sedang ketinggalan di arena dunia. Jangan buang masa. Ayuh kita lakukan perubahan.
P/s: Kerusi DUN BN adalah sebanyak 28 kerusi, begitu juga dengan Pakatan Rakyat adalah sebanyak 28 kerusi. Tiga DUN PKR dan BN yang dikatakan melompat parti telah mengistiharkan sebagai Calon bebas yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Kemelut yang berlaku apabila pemindahan Kuasa DUN Perak dilakukan tanpa ada persidangan Dewan Undangan Negeri dan juga Undi tidak percaya kepada Dato Seri Nizar Jamaludin. Sekaligus menafikan kuasa rakyat sebagai penentu tampuk pemerintahan, maka siapakah yang bersalah dan menderhaka terhadap amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat?
Mohd. Lukman Al Hakim Bin Low Abdullah
Pengerusi Pro Mahasiswa UPM

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia