"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, January 23, 2009

PAS Tekad Tawan Semula Negeri Minyak, Terengganu

KUALA TERENGGANU, 23 Jan (Hrkh)- Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa mahukan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat antara PAS, Parti KeADILan Rakyat (PKR) dan DAP sentiasa dikekalkan.
Katanya, semangat kerjasama yang erat antara para petugas parti, penyokong termasuk pengundi telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu.
Menurutnya, rakyat Terengganu telah menunjukkan sikap keberanian ingin membawa perubahan serta mesej kepada Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Rakyat di Kuala Terengganu telah tunjukkan sikap mereka (pengundi) dan keberanian mereka dan yang paling penting telah menghantar mesej yang cukup jelas kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)," ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Kemenangan PAS di Kampung Tanjung, dekat sini, baru-baru ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok mengingatkan para pemimpin Umno-BN agar tidak terlalu sombong dan angkuh dengan kuasa yang dimiliki itu.Ini kerana, katanya kuasa tersebut adalah dating dari rakyat yang memberi mandat dalam pilihan raya setiap lima tahun sekali.
"Jangan kamu (pemimpin Umno) sombong dengan kuasa yang ada pada kamu sebab kuasa kamu itu datangnya dari rakyat dan rakyatlah yang akan menarik kembali kuasa itu seperti yang dilakukan di Kuala Terengganu," tegasnya.
Katanya, semangat dan usaha tersebut perlu dikekalkan sehingga ke Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dengan hasrat PAS mahu kembali berkuasa di Terengganu.
Antara pimpinan tertinggi parti Pakatan Rakyat yang hadir sama dalam ceramah itu ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato� Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Dato� Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato� Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat Parti DAP, Lim Kit Siang. - azm
(Rayuan Gaza - Penghuni gaza kini diselubungi kepayahan dan keperitan angkara Zionis. Kewajipan untuk kita menghulurkan bantuan untuk rakyat Palestin di Gaza. Hulurkan Bantuan anda ke Tabung Kemanusiaan Harakah, 14069010021298 BIMB

1 comment:

Unknown said...

Walaupun lompat parti tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi ia tidak sepatutnya boleh menyebabkan parti pembangkang mengambil alih kuasa secara automatik. Kalau pengambilan kuasa secara automatik ini dibenarkan maka kerja kita tidak ada lain melainkan sentiasa mengusahakan ADUN-ADUN melompat parti sahaja.
Akhirnya tahun ini mungkin BN dapat kuasa, tahun depan bertukar ke PR pula, bergantung kepada keaktifan katak-katak dalam negeri tersebut.
Oleh itu cara yang lebih bermaruah, selain dari membenarkan ADUN melompat parti, Menteri Besar hanya boleh dilucutkan hanya melalui undi tidak percaya ahli dewan atau MB sendiri yang sukarela letak jawatan.
Pengambilan kuasa secara automatik melalui lompat parti seharusnya tidak dibenarkan.

lagu hot@mahasiswa malaysia