Sunday, January 18, 2009
Peluang Pro Mahasiswa Tawan Universiti Malaya Amat Cerah
PETALING JAYA: Peluang calon wakil proaspirasi dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya (UM) untuk mempertahankan penguasaan majoriti seperti penggal lalu dijangka tipis ekoran kebangkitan kumpulan promahasiswa untuk mengusai gelanggang. Salah seorang mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM yang enggan dikenali berkata, situasi sedemikian berlaku terutamanya selepas pembangkang menguasai Selangor pada pilihan raya umum Mac tahun lalu. “Saya akui kebangkitan calon-calon promahasiswa pada pemilihan kali ini adalah kesan daripada pilihan raya umum yang lepas,” katanya. Pilihan raya kampus bagi UM akan diadakan 19 Januari ini.Pada pemilihan kali ini UM mempertandingkan 41 kerusi iaitu 9 daripadanya ialah kerusi umum dan 32 merupakan kerusi fakulti. Menurut sumber itu lagi, kedua-dua wakil sama ada pro-mahasiswa mahupun pro-aspirasi akan menampilkan calon pilihan yang berwibawa pada proses penamaan calon yang akan diadakan esok bermula pada pukul 9.30 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari. “Pemilihan kali kali ini agak berbeza dan lebih ‘panas’ berbanding pada penggal lalu. “Kedua-dua pihak sudah pasti akan menampilkan calon popular dan berwibawa untuk menambat hati pengundi,” katanya yang mengikuti rapat perkembangan kedua-dua pihak. Menerusi pemilihan pada penggal lalu, promahasiswa telah mengusai 11 kerusi manakala kumpulan pro-aspirasi berjaya mengekalkan penguasaan mereka selama lima tahun berturut-turut. Bagaimanapun tambah beliau, peluang bagi kumpulan pro-aspirasi untuk menang pada pilihan raya kali ini masih ada namun harus diakui agak sukar. “Saya jangkakan proaspirasi masih boleh menang tapi mereka perlu bekerja lebih keras tanpa nafikan kekuatan pihak lawan,” katanya.(sumber Mstar)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment