"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, January 18, 2009

SEBAB KALAH : RAKYAT NAK MONSOON DRAIN, UMNO BERI MONSOON CUP!

Saya mempunyai 10 soalan untuk pemimpin, ahli dan penyokong UMNO dan PAS. Semuanya berkisar mengenai pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu:
1. Faktor calon sering disebut-sebut sebagai punca utama kekalahan di P36 Kuala Terengganu. Adakah ini bermaksud UMNO sudah tidak kuat lagi sehingga rekod parti itu kepada rakyat tidak mampu mendidingi kekurangan calon?
2. Kemenangan PAS di P36 Kuala Terengganu menunjukkan bahawa parti itu diterima baik. Hampir semua blogger pro-UMNO mengucapkan tahniah kepada PAS. Adakah ini menunjukkan sikap "sporting" UMNO, atau sememangnya ramai yang mengharapkan Dato' Wan Farid Wan Salleh kalah di P36 Kuala Terengganu?
3. PAS membuktikan bahawa ia mampu memenangi hati rakyat. Adakah dengan kemenangan ini, PAS akan memainkan peranan yang lebih besar dalam Pakatan Rakyat?
4. Penyokong UMNO mula menyalahkan antara satu sama lain. Kata mereka, Wan Farid ialah calon pilihan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Adakah UMNO sudah menjadi sebuah organisasi yang berteraskan personaliti sehingga faktor itu dilihat jauh lebih penting dari agenda perjuangan UMNO itu sendiri? Maksudnya, kalau letak orang aku, aku sokong. Kalau letak orang lain, aku cantas? Bagaimanakah proses pemilihan calon dalam UMNO. Adakah pemimpin hanya memilih orang-orangnya sahaja walaupun dengan berbuat begitu parti kalah dalam pilihanraya? Sejauh manakah ahli parti berpeluang mengemukakan pandangan dan sejauh manakah pandangan mereka diambilkira?
5. Sewaktu kempen, isu hudud timbul. Namun, pengundi Cina di P36 Kuala Terengganu tetap memberikan undi kepada PAS. Adakah ini bermaksud DAP harus menarik balik tentangan mereka kepada perlaksaan undang-undang Islam di Malaysia? Pada masa yang sama, adakah ini juga bermakna PKR harus menyokong PAS secara jelas dalam soal perlaksanaan undang-undang Islam?
6. Satu billboard PAS di P36 Kuala Terengganu berbunyi, "Rakyat inginkan monsoon drain, tetapi UMNO berikan Monsoon Cup." Saya tidak lihat ada billboard UMNO yang berusaha menangkis isu itu. Bagaimanapun, apabila UMNO meletakkan billboard, "Harga minyak dah turun", billboard PAS menjawab, "Harga barang masih tinggi!" Adakah kempen UMNO masih bersifat satu hala -- iaitu dari atas ke bawah saja?
7. Pemimpin dan pengikut PAS memang berbeza pendapat dalam banyak isu, termasuklah dalam soal pemilihan calon. Bagaimanapun, apabila mengundi mereka tetap memangkah bulan. Ini lahir hasil proses tarbiah dalam parti itu. Apabila PAS membuka pintu seluas-luasnya kepada orang ramai melalui "PAS for All", adakah ini akan terus menjadi kekuatannya?
8. Apabila Dato' Kapt Zahar Hashim menyertai PAS, ramai yang menjangkakan PAS akan mengheretnya ke sana ke sini di P36 Kuala Terengganu untuk menyerang UMNO. Namun, PAS tidak berbuat begitu dan itu adalah strategi yang betul. Adakah UMNO mempunyai strategi apabila ia mengheret Saudara Ezam Mohd Noor menyerang Dato' Seri Anwar Ibrahim, termasuklah mendedahkan surat peribadi Anwar kepada Tun Dr Mahathir Mohamad?
9. UMNO masih bercakap isu-isu pembangunan sedangkan isu sedemikian hanya menjadi isu dalam pilihanraya tempatan di negara-negara maju. Adakah UMNO tidak mampu mengeluarkan dirinya dari isu-isu sedemikian dan mula bercakap isu-isu lain yang lebih besar dan lebih mengesani jiwa rakyat?
10. Betulkah pengundi di P36 Kuala Terengganu hanya menolak Wan Farid? Atau, mungkinkah mereka menolak seluruh paradigma, budaya, cara berfikir dan bertindak UMNO itu sendiri? Apakah UMNO memberikan apa yang rakyat harapkan? Adakah betul seperti yang PAS kata, rakyat nak monsoon drain, tetapi UMNO beri Monsoon Cup?
Ada sesiapa nak jawab?
( Penulis NOBISHA adalah Ketua Pegawai Eksekutif sebuah organisasi perundingan. Presiden, Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia (MACOM). Pernah menjadi Naib Presiden & Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Setiausaha Agung Committee for Asean Youth Cooperation (CAYC). )

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia