"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, January 19, 2009

Pro Mahasiswa UIAM Berjaya Tawan Fakulti Kejuruteraan - Menang Tanpa Bertanding


Kumpulan Pro-mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menang tanpa bertanding satu daripada 12 kerusi fakulti yang dipertandingkan dalam pilihanraya kampus universiti itu selepas proses penamaan tamat jam 3 petang tadi.
Jurucakapnya Ahmad Nor Muslim berkata, kemenangan pro-Mahasiwa di Fakulti Kejuruteraan di Kampus Gombak itu sekaligus mengekalkan penguasaan mereka di kerusi terbabit sejak tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau belum mendapat maklumat jelas berhubung kedudukan mereka di kampus Kuantan yang juga dijadual berlangsung serentak.
UIA Gombak mempertandingkan 12 Kerusi Fakulti dan empat kerusi antarabangsa. Manakala UIA kampus Kuantan pula mempertandingkan 10 kerusi fakulti dan satu kerusi antarabangsa.
Ahmad berkata, Pro-Mahasiswa tahun ini meletakkan sebelas calon bertanding di 12 kerusi fakulti di kampus utamanya di Gombak.
Tahun lalu pro-Mahasiswa yang dilihatkan sebagai anti-establishment dilaporkan memenangi 17 daripada keseluruhan 27 kerusi yang dipertandingkan.
Menang tanpa bertanding
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad berkata, keputusan awal itu diumumkan pesuruhjaya pilihanraya kampus UIA, Dr Iqbal Wahab setelah tamat proses penamaan calon yang bermula jam 8.30 pagi tadi.Selain di kerusi Fakulti Kejuruteraan, menurut Ahmad, sebuah lagi kerusi fakulti diisytiharkan menang tanpa bertanding.
Bagaimanapun, tambahnya, kerusi di Fakulti Teknologi Maklumat dan Informasi dimenangi calon bebas yang tidak mewakili mana-mana kelompok.
Selain itu, Ahmad berkata, akan berlaku pertandingan tiga penjuru di Fakulti Ekonomi apabila pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut meletakkan calonnya.
UIA akan melangsungkan pilihanraya kampusnya Khamis ini apabila dua kali ditangguhkan - kali terakhir Rabu lalu apabila universiti itu mengalami gangguan bekalan air ekoran kemalangan jalanraya di lebuhraya Karak yang mencemarkan loji pengumpulan air kawasan berikut.
UIA akan menjadi kampus terakhir di Malaysia mengadakan pilihanraya kampusnya.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia