"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, January 18, 2009

Pengundi 21 - 35 Tahun Pangkah Bulan Di Kuala Terengganu - Ahli Akademik


KUALA TERENGGANU, 18 Jan (Hrkh) - Faktor utama kepada kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah bergantung kepada sokongan pengundi muda yang kini bersifat sangat rasional dan terbuka.
Demikian pandangan yang dikemukakan oleh seorang ahli akademik sebuah IPTA, Mohd Nazri kepada Harakahdaily.
"Kunci utama kepada kemenangan ini adalah berpunca daripada sejauh mana PAS dan BN berupaya menarik sokongan pengundi muda kerana pengundi senior telah mempunyai pilihan mereka sendiri," ujarnya.
Jelasnya hal ini disebabkan golongan muda ini masih belum menetapkan sokongan mereka kepada mana-mana parti politik.
"Mereka ini adalah golongan yang berusia antara 21 hingga 35 tahun dan mereka akan memilih parti yang dirasakan memberi keselesaan dengan faktor perkembangan semasa di sekeliling mereka," katanya.
Dalam pada itu, beliau berpendapat bahawa kunci utama kemenangan PAS adalah berkait rapat dengan keadaan semasa yang mengundang masyarakat menuntut perubahan.
"Keadaan semasa yang berlaku kini menjadi penyebab kemenangan PAS apabila rakyat bangkit menuntut perubahan atau 'real change' iaitu suatu kredit besar yang memihak kepada PAS.
"Mereka kini mendesak agar perubahan harus dilakukan," ujarnya lagi.
Ditanya mengenai kecenderungan pengundi muda kepada Pakatan Rakyat, ujarnya, berdasarkan tinjauan yang dijalankan menunjukkan kebanyakan mereka berfikiran terbuka dalam hal politik dan perkembangan semasa.
"Mereka ini sangat sukar untuk dipengaruhi oleh politik lokal malah anak-anak muda kini lebih super lokal yang tidak termakan dengan mainan atau gula-gula politik sesuatu parti.
"Mereka kini lebih menyedari kepentingan keadilan serta hak kesaksamaan yang membabitkan pemerintahan isu dalam negara," tegasnya.
Senario demikian jelasnya menggambarkan kematangan anak-anak muda ini dalam berpolitik.
"Mereka ini tidak lagi berasa janggal dengan subjek politik malah mereka kini telah pandai berpolitik dan perkembangan ini telah menjadi perkara baru," katanya lagi.
Walaupun keadaan berpihak kepada PAS, beliau menegaskan bahawa kedua-dua parti telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pertandingan ini dengan menggunakan pelbagai medium dan mekanisme.
PAS katanya dilihat lebih menggunakan petugas-petugas mereka secara 'all-out' namun BN ternyata lebih hebat kerana melihatkan bukan sahaja daripada kalangan BN bahkan menggunakan kelebihan sebagai kerajaan pemerintah.
"BN ternyata lebih hebat apabila menggunakan kesempatan sebagai pemerintah yakni kuasa mereka untuk mempengaruhi pengundi," katanya

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia