KUALA LUMPUR 15 JAN - Isu pemotongan elaun MPMUM dan PTPTN menjadi antara isu hangat yang dibawa dalam Pilihanraya Kampus Universiti Malaya kali ini. Calon umum MPMUM dari Pro Mahasiswa saudara Ahmad Syazwan Hasan mula melahirkan jaminan bahawa jika beliau dipilih sebagai MPMUM, beliau akan memperjuangkan isu-isu tersebut secara serius dan konsisten. “Elaun YDP MPMUM menjangkau sebanyak lapan ratus ringgit sebulan.Itu tidak termasuk elaun penginapan di kolej kediaman yang diberikan percuma. Jika saya dipilih sebagai MPMUM dan teman-teman yang lain (Pro Mahasiswa) menang majoriti, kita janji akan potong elaun-elaun yang tidak perlu itu” ujar beliau semasa berucap di Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Beliau juga membangkitkan isu pinjaman PTPTN yang masih perlu diperkasakan demi kebaikan mahasiswa. Beliau berjanji untuk mencadangkan agar jumlah amaun pinjaman tabung tersebut di bezakan mengikut zon atau kawasan sesebuah IPT. “Sebelum ini perjuangan mantan MPMUM Pro Mahasiswa yang lepas telah berjaya mendesak kerajaan agar kadar bunga 3 peratus diturunkan kepada satu peratus. Sekarang, kita akan cadangkan kepada kerajaan agar amaun pinjaman diberikan mengikut kawasan atau zon IPT.Bukan sekadar mengikut jurusan sepertimana sebelum ini. ”“Kita sedia maklum bahawa kos sara diri di Kuala Lumpur adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan tempat-tempat yang lain. Harga makanan,misalnya seperti Nasi Lemak pun sangat berbeza jika dibandingkan antara di KL dengan di Kota Bharu. Maka segmentasi pengagihan wajar dilakukan”Ahmad Syazwan yang merupakan Timbalan Pengerusi Balai islam Kolej Kediaman Ketiga juga merupakan mantan YDP MPP sewaktu menuntut di matrikulasi. LAPORAN OLEH : WARTAWAN PRO-M UM JADILAH SALAH SEORANG AJEN PERUBAHAN
Sunday, January 18, 2009
Pro Mahasiswa Sedia Potong Elaun Jika Menang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment