"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, December 31, 2008

Menjawab Kemusykilan Bungarya Mengenai Melayu, Islam dan DAP


oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia
UMNO bukan sekadar bercakap saja. Bukan UMNO yang menggerakan hati dan fikiran Pemimpin DAP.Melainkan pemimpin DAP sendiri.UMNO kah yang menyuruh pemimpin DAP menghapuskan DEB di Pulau Pinang.
1) apakah kejayaan DEB selepas lebih 3 tahun ???
  • dimana kedudukan peniaga2 melayu. Untuk makuman bumiputra ( melayu + peribumi sabah sarawak ) hny mengusasi 18.% % kekayaan selepas 30 tahun DEB
  • org melayu hanya memiliki beberapa peratus sahaja premis2 perniagaan di bandar2- dimana org melayu pulau pinang, johor bahru, kuala lumpur dan badar2 besar lain selepas 30 tahun DEB
  • DEB gagal bukan krana dasarnya tapi kerana UMNO yang mengkhianati DEB.. selagi ada DEB selagi itu lah akan adanya ketidak adilan. Bahkan ketidakadian sesama melayu sendiri. Sedarlah pak cik mampukah peniaga melayu yang bukan kroni UMNO atau ahli UMNO merebut projek kerajaan walaupun beliau berkelayakan dan harga yang ditawarkannya jauh lebih rendah. Sudah tentu jawapannya tidak kerana projek kerajaan hanya untuk mereka yg rapat dengan pembesar UMNO.. x percaya tanya saja mana2 kontraktor. Kenyataannya jangan mimpi nak dpt projek kalau x da kabel besar dalam parti UMNO. Itulah hasilnya bangunan yang harga KURANG rm 100, 000. 00 melonjak menjadi RM 500, 000. 00. Dahla mahal kualitinya macam HARAM.. LEBIH MALANG ada yg belum siap pun dah runtuh dan bocor sana sini. Masih tak percaya siasat saja isu bangunan makmal komputer sekolah, MATRADE, MRR2, Parlimen dan seumpamanya.
2) kenapa saudara tidak mempertikaikan atau membantah kenyataan BAKAL PM iaitu si najib altantuya yang mengatakan DEB akan dihapuskan beransur2 ????

Apa Tujuan Teresa Kok menyaman Utusan Malaysia. Anda harus bersikap prejudis dalam menjawab. Sama seperti penulisan anda yang sangat prejudis akan perjuangan UMNO memertabatkan bangsa dan agama.
  • Teresa Kok menyaman Utusan kerana Utusan memfitnahnya.. baca penerangan isu Azan
    dari blog Khalid Samad ( MP Shah Alam ), Zuraidah ( MP Ampang ) dan Teresa
    sendiri. Kalau anda degil untuk mempercayai, tanyalah dengan penduduk tempatan
    dan ahli jawatankuasa masjid tersebut sendiri. Teresa Kok tidak pernah
    mengharamkan azan sama sekali.
  • Logikkah Teresa Kok membuat aduan kepada ADUN BN yang tiada kuasa ke atas masjid ??? Kalaulah betul apa yg diddakwa lebih mudah dan lebih baik dan lebih tepat Teresa Kok menyuarakan isu Azan pd Exco Agama yang boleh saja dia jumpa bila2 masa berbanding ADUN BN yang lebih sukar utk dijumpai dan x ada kuasa pun. Tapi kenyataannya x pernah pun timbul isu Azan.
  • pandangan saya AMAT WAJAR MENYaMAN MEREKA YANG MEMFITNAH KITA. Memfitnah di dalam akhbar arus perdana dan tv arus perdana tanpa memberi peluang kepada individu terbabit menjawab isu yang ditimbulkan
Usaha untuk meng999tahunkan tanah orang DAP majoritinya di Perak. UMNOkah yang mengarahkannya.
  • saya kira ia wajar kerana mereka telah menetap di situ lebih 30 tahun.
  • Islam mengajar umatnya adil pada semua org tanpa kira kaum atau agama dan sbb itulah maka berduyun2 org bukan Islam berminat memeluk Islam di zaman Rasulullah dan para- para Khalifah.
  • keadilan islam pd semua agama dan kaum lah yg membezakan kami org islam berbanding yahudi dan lain2.
  • lagi pun kalau anda membuka Kanun Tanah Negara. tanah adalah kuasa kerajaan negeri dan kerajaan negeri berhak memberi milikan tanah pd mana- mana pihak dan individu. Bahkan ia disokong oleh panel 10 peguam + bekas hakim MAHKAMAH RAYUAN.
  • UMNO memberi tanah kepada org cina di Pulau Pinang dalam jumlah yang besar dan meibatkan rizab melayu pula kenapa anda membisu dan tidak mempertikaikannya ???
  • Peiknya diberi tanah bukan pd org miskin tapi pd kroni yang sudah mempunyai harta puluhan juta malah ada yang sudah bergelar Billionaire.
  • Ini diberikan pada orang Cina yang kurang senang kenapa harus anda mempertikaikan ???
  • Tanah ini bukan hanya untuk cina DAP tapi juga untuk cina MCA dan PKR. Orang melayu jug diberi tanah hak milik kekal tetapi kenapa UMNO mendiamkan perkara ini. Adakah demi menunjukkan Ir Nizar hanya berkhidmat pada kaum cina walhal kebenarannya Ir Nizar MB Perak juga memberi tanah pada sekolah agama rakyat, orang melayu dan India.
  • 999 tahun milikan tanah berbanding hak milik kekal. Mana lebih lama..
  • di Pulau Pinang dan bandar2 besar lain UMNO secara rakus memberi tanah milikan kekal pada Tauke2 Cina.. Kenapa anda diam membisu ????
Bila PAS berjuang untuk melaksanakan Hukum Hudud, apa DAP kata? UMNOkah yang menasihatikan DAP.
  • Soalan saya siapakah yang menghalang kerajaan Kelantan dan Terengganu melaksanakan Hudud ???
  • UMNO lah wahai saudara yang menghalang perlaksanaan Hudud. Di Kelantan, Hudud telah diwartakan dan dipersetujui majoriti ADUN kelantan untuk dilaksanakan, malangnya UMNO yang kjam menyaman kerajaan PAS Kelantan di zaman Mahathir demi menghalang Hudud dilaksanakan
  • soal DAP.. biarlah dia bersuara kerana dia belum paham apa itu Hudud oleh kerana mendapat penjelasan yang salah dari UMNO..
  • DAP itu org Cina bukan Islam tapi UMNO itu melayu yang mengaku Islam.. Lebih pelik UMNO mempertikaikan Hukum Hudud bukan mahu sama2 PAS melaksanakan hudud.
  • Jika DAP kurang paham isu Hudud, ayuh sama2 awk org UMNO berganding bahu dengan PAS pahamkan MCA dan DAP tentang Hudud
  • LAGIPUN hudud hanya untuk orang Islam, org bukan Islam diberi kebebasan memilih samada Hudud atau undang- undang sivil
Dan anak-anak di Menara Gading, sedarkah anda darimana asal usul anda? Mungkin sebahagian besar bapa anda tak mampupun menghantar anda sebegitu tinggi. Usaha siapa? DAPkah?Jangan Dangkal dan penganalisaan anda. Kadang tinggi mana sekolah anda, belum pasti anda tahu mana satu yang prioriti.
  • saya anak Malaysia yang belajar di Universiti- perbelanjaan saya bukan DUIT UMNO tapi duit cukai rakyat Malaysia..
  • kerajaan fungsinya menguruskan wang rakyat dan saya sebagai salah seorang rakyat yang membayar cukai berhak mendapat apa yang saya bayar - lainlah kalau saya belajar di Universiti 100% tanggungan UMNO/ BN.. mungkin saya harus sujud pd UMNO/ BN.. tapi saya di IPTA milik rakyat malaysia...
  • sesiapa pun yang memerintah, mereka hanya mengurus IPTA2 ini bukannya pemilik IPTA ini kerana IPTA ini miliknya rakyat Malaysia yang membayar cukai, yang menyumbang kepada negara

Tuesday, December 30, 2008

abe MIE tau semua rahsia Kapten Zahar Yang Masuk PAS tu...!!!


Pagi ni aku menerawang dalam blog-blog (maksud aku SEMUA BLOG tak kira pro mana). aku tersinggah ke blog abe MIE terjah lepas tu terbaca (sebenarnya bukan terbaca) post bertajuk KAPTEN AZHAR MASUK PKR? (ketika entri ini ditaip, abe MIE telah menukar tajuk entri kepada KAPTEN AZHAR 'masuk' Islam? (ah lantaklah, entri dia, sukati dia la nak letak tajuk apa pun...)
Macam ada sikit gila la entri tu... aku agak abe MIE dalam keadaan kurang stabil masa entri tu ditaip, aku rasa masa mula-mula nak publish dengan tajuk memula tu, tangan abe MIE terketar-ketar sebab bengang... kah kah kah kah kah...
Agak aku la... masa memula publish tu tengah lorat jadi main bantai je tajuk, dapat pulak maklumat salah... masuk PKR, tau-tau masuk PAS... cepat-cepat balik perbetul statement sambil-sambil tu tangan ngan kepala lutut terketar-ketar mungkin tak dapat terima kenyataan UMNO PJS lumpuh dan aku jugak paham keadaan abe MIE masa tu sebab bukan UMNO PJS je masuk PAS, malah bangunan UMNO PJS pun masuk PAS jugak... kah kah kah kah kah...
Sabar abe MIE...
Aku rasa abe MIE ada peluang cerah dekat PJS. UMNO sana dah bubar, cawangan semua dah tutup, bahagian pun dah KO... apa kata abe MIE pulak jadi penaja UMNO baru PJS? banyak cawangan baru nak kene bukak tu... maaasyuuuuuukkk...!!! untung-untung raya tahun depan boleh pakai Mekedis Kompreser abe MIE..!
Kah kah kah kah kah...
OK... pegi dekat point asal aku... dalam entri tu agak banyak jugak "pendedahan" yang abe MIE buat berdasarkan "pengalaman"nya ("Pengalaman" ke "Pangang"laman?) jadi aku nak komen pasal pendedahan yang abe MIE buat tu lah...
Sebelum tu aku ingatkan korang kata-kata abe MIE - Abe MIE kenali Kapten Azhar sejak tahun 1998 ketika tinggal di Taman Medan, Selangor. Pada masa itu, berlaku krisis pertumpahan darah antara orang Melayu dengan India yang dipanggil Pergaduhan Taman Medan.
1 - Kapten Azhar sebenarnya sudah lama mengamalkan rasuah. Kapten Azharlah menyebabkan UMNO dibenci.
  • Alamak abe MIE... ikut pengalaman abe MIE, kenapa baru sekarang abe MIE nak dedah? ke abe MIE dah dedah tapi lembaga disiplin UMNO buat tak tau je?
  • Besar jugak pengaruh Kapten ye? rupanya UMNO dibenci sebab Kapten?? ish ish ish ish ish... ni penyakit orang-orang UMNO... kalau bagus "sebab" saya, kalau tak bagus "sebab orang" kah kah kah kah kah... jumud..!
2 - Beliau pernah menghalau orang yang meminta supaya diberi rumah kos rendah atas alasan bukan penyokongnya.
  • Kah kah kah kah kah... abe MIE kene bongkar yang ni habis-habisan... kalau tak, UMNO dan abe MIE yang malu sebab dah lama tau benda ni, tapi sorok... amik lagi kenyataan abe MIE "Masa itu abe MIE kerja sebagai wartawan. Beliau menjadikan kedudukannya melantik kronis dalam keluarganya sebagai 'sub-sub kontrak' untuk pembangunan jalan, bangunan, tanah-tanah, kerja pembaikian dan sebagainya di Taman Medan serta Petaling Jaya. maknanya abe MIE dah terang-terang mengaku abe MIE ada bukti melalui kenyataan abe MIE tu... abe MIE kene bawak ke pengetahuan lembaga disiplin UMNO dan jugak SBPRM, kalau tak abe MIE boleh didakwa sebab "bersubahat". kah kah kah kah kah...
  • Kalau tak mau report, abe MIE kene pi cium "pungkoq" Pak Lah... baru selamat... amacam?
3 - Beliau seorang diktator dan dibenci oleh semua orang dan rakyat serta masyarakat PJS terutamanya Taman Medan.
  • Kah kah kah kah kah... yang ni abe MIE tak payah cerita la abe MIE... satu Malaysia dah tau... sape-sape pun kalau keluar dari UMNO lepas tu masuk parti pembangkang, gerenti orang tu jahat punya kan abe MIE kan?
  • Kalau Mahadet masuk salah 1 komponen Pakatan Rakyat, aku tak tau la macam mane Mahadet kene maki... kah kah kah kah kah...

4 - Kesemua anaknya memiliki rumah bernilai ratus ribu ringgit walaupun masih bersekolah di peringkat SPM.

  • Abe MIE... pi la report SBPRM... kami nak tengok Kapten jadik orang yang pertama first kene balun dek SBPRM ni... abe MIE pun boley jadik hero kan kan kan???

5 - Beliau juga mengaut kekayaan dan agihan wang UMNO terutamanya disalurkan kepada cawangan dan memasukkan wang itu ke dalam akaunnya sendiri.

  • Biase la tu abe MIE... lepas ni abe MIE boleh ambik alih tugas tu dari Kapten... masyuuuuuuuuukkk...!!! kapten lak dah dok dalam PAS, kalau buat benda tak senonoh macam ni alamat, kene humban laaa...!!!

6 - Beliau pernah menerbitkan poster mengenai jenayah Anwar Ibrahim dan hubungan Anwar yang begitu akhrab dengan yahudi pada pilihanraya yang lepas.

  • Laaa... abe MIE baru tau ke? kami dalam Pakatan Rakyat tau lama dah hal-hal macam ni... mana ada pemimpin UMNO yang tak pernah bikin kerja-kerja macam ni abe MIE bak mai habaq dekat aku, aku nak pi lapor dekat Guinness Book Malaysia Record sebagai ahli UMNO paling "bersih" kah kah kah kah kah...
  • Abe MIE tak tau ke selama ni benda ni berlaku? kah kah kah kah kah... jumud...!!!

7 - Kapten seorang penipu apabila memberitahu kepada pengundi Taman Medan, sekiranya memberi undi, semua orang disuruh mengambil wang saguhati sebanyak RM30-300 seorang mengikut perjalanan dan tempat tinggal. Namun selepas membuang undi, kita semua ditipu!!!

  • "Kita semua ditipu!!!"??? kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah.........!!!!!!!!!
  • Aku ingat abe MIE ni orangnya cerdik... rupanya "kurang" jugak... kah kah kah kah kah kah..."kita semua ditipu!!!"??? kah kah kah kah kah kah kah... kesiaaaaaannnnnn......
  • Aku ingat abe MIE mengundi sebab "ikhlas"... rupanya sebab RM30-300... kah kah kah kah kah kah kah kah kah... mata duitan jugak mu ni abe MIE... Khak Ptuih...!!!®

Dah la... yang lain-lain kau orang baca la dekat blog abe MIE dekat [sini]... kang aku letak berat-berat kang bercucuran lak airmata abe MIE tu... dah la dekat kawasan abe MIE dah tak de orang harapan nak diharapkan...

Kah kah kah kah kah... lepas ni abe MIE nak pow sape pulak ye? "bank" dah pakai lambang "Bulan Purnama"... "Rumah no 2 pun dah cat Hijau...

Apa lagi abe MIE??? Kapten nak berkampung dekat P-036 start 5hb.Januari sampai 17hb.Januari ni... abe MIE poie la berkampung dekat sana jugak..! kan abe MIE ada banyak "rahsia" kapten... poie la kau serang dia habis-habisan..!Kah kah kah kah kah kah kah kah...

DAP Anti Melayu dan Islam ????? Kah.. Kah.. Kah...


che'GuBard telah menerima email tulisan seorang teman ; YB Antony Loke yang menyentuh mengenai DAP Anti-Melayu?. Rasanya ramai perlu berkongsi artikel ini.
DAP anti-Melayu! DAP anti-Islam!
Inilah tohmahan-tohmahan yang sering disumbatkan oleh propagandis UMNO ke dalam pemikiran masyarakat Melayu Malaysia selama lebih 40 tahun ini. Memang saya memperakui bahawa propaganda UMNO begitu effektif sekali selama ini sehinggakan DAP berjaya digambarkan sebagai “musuh” orang Melayu dan justeru itu orang Melayu memerlukan UMNO untuk mempertahankan hak-hak mereka daripada “dirompak” oleh kaum lain khasnya DAP.
Mengapa mereka berjaya sebelum ini?
Media arus perdana Bahasa Melayu yang menjadi agen propagandis kepada UMNO memainkan peranan utama ini. Rata-rata masyarakat Melayu bergantung kepada Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai akhbar paling utama mereka. Untuk media elektronik pula, saluran RTM dan Buletin Utama TV3 merupakan sumber informasi yang paling utama.
Bayangkan, pernahkah sesiapa membaca atau mendengar apa-apa berita yang positif mengenai parti ataupun pemimpin DAP dalam media-media ini? Kebiasaannya, DAP ditonjolkan sebagai sebuah parti chauvinis Cina yang sering kali mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu. Tambahan pula, rencana-rencana yang ditulis dalam Mingguan Malaysia mengemudi pemikiran masyarakat Melayu ke arah itu.
Apa sahaja yang dilakukan ataupun penerangan daripada DAP selalunya akan berkesudahan dalam tong sampah di pejabat editor. Ini yang menjadi modus operandi parti UMNO selama ini untuk cuba menguburkan DAP daripada berkembang menjadi sebuah parti yang mendapat sokongan berbilang kaum rakyat Malaysia. Namun, transformasi masyarakat Malaysia dalam sedekad yang lalu yang dipacu melalui gelombang teknologi internet telah membantu sedikit sebanyak memecahkan tembok pemikiran negatif tersebut terhadap DAP di kalangan masyarakat Melayu pada hari ini.
Apakah falsafah perjuangan DAP?
Adakah kebangkitan DAP dalam arena politik negara dan pentadbiran kerajaan yang disertai oleh DAP akan menghakis kedudukan orang Melayu dan justeru itu kepentingan dan kebajikan mereka akan tergadai? Saya merasakan persoalan-persoalan ini perlu diperjelaskan untuk menyakinkan masyarakat Melayu sekiranya kita ingin melihat kewujudan sistem pentadbiran dua parti di Malaysia. DAP bertunjangkan ideologi sosial demokrasi. Apa maksudnya? Di antara prinsip-prinsip penting yang diperjuangkan ialah keadilan sosial, kesamarataan peluang (equality of opportunity), kebebasan dan solidariti. Demokrasi maksudnya kita membawa obor perjuangan kita melalui sistem pilihanraya dan bukannya melalui sebarang cara yang tidak mengikut lunas perlembagaan.
Hakikatnya, DAP bertanding dalam sistem pilihanraya di Malaysia sejak tahun 1965 lagi dan walaupun sering kali bersaing di atas padang yang tidak samarata, kami tetap menerima setiap keputusannya.Mungkin prinsip-prinsip yang saya perkatakan tadi terlalu abstrak bagi masyarakat umum. Namun keadilan sosial boleh ditakrifkan sebagai keadilan untuk masyarakat dari segi layanan, pertimbangan dasar dan bantuan kepada mereka yang miskin dan terpinggir tanpa melihat warna kulit dan latarbelakang agamanya.
Adakah prinsip-prinsip ini bertentangan dengan ajaran agam Islam? Jawapannya tentu tidak!
Perdebatan dalam perkara ini sering menjadi hangat di Dewan Rakyat. Setiap kali Ahli Parlimen DAP bangun menimbulkan isu ini, ada sahaja YB dari UMNO yang bangun yang cuba memutar-belitkan bahawa DAP menentang bantuan kerajaan untuk orang Melayu. “Smash” ini cukup mudah dibalas. Sekiranya prinsip ini dipratikkan, kan ramai yang mendapat bantuan itu terdiri daripada masyarakat Melayu juga yang benar-benar memerlukannya.
Perbezaannya, golongan Cina dan India atau apa-apa kaum yang lain yang juga memerlukan bantuan tetap diberi perhatian. Adakah masyarakat Melayu di akar umbi akan berasa dengki? Saya cukup yakin tidak. Kita juga mengejar kesamarataan dari segi peluang. Peluang untuk belajar di universiti, peluang untuk mendapat biasiswa, peluang untuk berniaga, peluang untuk menduduki apa-apa jawatan penting dan peluang untuk berjaya dalam segala aspek hidup. Orang UMNO menggunakan alasan bahawa orang Melayu masih di belakang dalam pelbagai aspek dan tidak mempunyai daya saing dengan kaum-kaum lain dan justeru itu memerlukan “perlindungan” daripada kerajaan. Yang pertamanya, persepsi seumpama ini seolah-olah merendahkan keupayaan masyarakat Melayu sendiri. Masyarakat Malaysia hari ini telah banyak berubah.
Kini sudah wujud satu kelas menengah Melayu yang besar dan anak-anak Melayu mempunyai akses dan kapasiti untuk bersaing dengan sesiapa sahaja tanpa apa-apa “handicap”. Bukankah itu semangat yang cuba dihidupkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dengan slogannya “Malaysia Boleh”? Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pemikiran UMNO inilah yang akhirnya akan membantutkan perkembangan dan kebangkitan masyarakat Melayu dalam persekitaran global zaman ini.
Keduanya, alasan memberikan peluang untuk orang Melayu sebenarnya telah lama “diperkosa” oleh orang UMNO sendiri dengan menganugerahkan sebarang kontrak kerajaan kepada kaum-kerabat dan sahabat handai mereka yang dalam pengertian ekonomi ditakrifkan sebagai kronisme. Saya nak tanya rakan-rakan Melayu yang langsung tidak ada “kabel” dengan pemimpin UMNO, mampukah saudara mendapat sebarang projek kerajaan dengan usaha sendiri? Memang tidak dinafikan bahawa masih ada golongan yang kurang mampu untuk bersaing dalam padang yang samarata.
Kemungkinan juga mereka ini sebahagian besarnya dari masyarakat Melayu di luar bandar. Namun, mereka yang tergolong dalam kategori ini juga meliputi anak-anak India yang membesar di ladang dan estet, budak-budak Cina di ratusan kampung baru di pekan-pekan kecil dan mereka-mereka yang dilahirkan di pendalaman Sabah dan Sarawak.
Memang kami bersetuju golongan ini perlu diberikan sedikit kelonggaran dan perhatian khusus untuk turut mendapat peluang dalam segala aspek mobiliti ke atas (upward mobility) seperti yang dinikmati oleh rakan-rakan mereka di kawasan Bandar. Namun, kayu pengukur untuk diberikan “diskriminasi positif” ini tidak seharusnya berdasarkan warna kulit tetapi sebaliknya berlandaskan taraf sosio-ekonomi keluarga mereka.
Persoalannya, adakah masyarakat Melayu yang miskin akan terpinggir dan dilupakan dalam pelaksanaan dasar seumpama ini? Sudah tiba masanya kita melihat setiap insan manusia yang lain itu sebagai kaum manusia (humankind) terlebih dahulu dan bukannya warna di atas kulitnya. Sekiranya setiap rakyat Malaysia mempunyai daya pemikiran tersebut ditambah pula dengan pelaksanaan segala dasar kerajaan berasaskan prinsip ini, maka Malaysia tidak memerlukan Kementerian Perpaduan Nasional untuk mencapai perpaduan yang sejati di kalangan rakyat berbilang kaum kita.
Kesimpulannya, tidak ada alasan langsung bagi DAP untuk melihat orang Melayu sebagai musuh atau sebaliknya? Apa yang boleh kita kecapai daripada itu? Kita tidak pernah mempertikaikan beberapa perkara yang asas seperti Islam sebagai agami rasmi, Perkara 153 kedudukan istimewa orang Melayu dan kedaulatan Raja Berlembagaan. Yang kita perjuangkan ialah supaya dasar-dasar kerajaan bersifat lebih Malaysia dan supaya setiap rakyat Malaysia merasakan “semangat kepunyaan” atau “a sense of belonging” dalam negara kita ini.
tulisan ;
YB Loke Siew Fook
Ahli Parlimen Rasah dan Pengarah Pendidikan Politik DAP

Pelabur - pelabur Negara China Berminat Jalin Kerjasama Dengan Kerajaan Kelantan


28 Disember 2008,Dua orang ahli perniagaan dari China telah datang ke Kelantan untuk berjumpa YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan YB Dato Haji Husam Musa dengan tujuan berkongsi pendapat dan berbincang selain memperluaskan perniagaan masing-masing.Mereka di wakili oleh puan Qiao Li selaku presiden kepada Beijing Good To Great Investment Co. Ltd. yang berpengkalan di Beijing dan juga di wakili oleh Encik Yau Kiam Fee iaitu Pengarah Urusan kepada Hollysys (Asia Pasific ) Pte Ltd yang beroperasi di Singapura.


Mereka juga mempunyai banyak syarikat yang melabur di negara China dan juga memiliki satu telaga minyak milik peribadi syarikat mereka di negeri China.Mereka juga banyak menjalankan teknologi janakuasa melibatkan tenaga solar.
Mereka juga mencadangkan supaya sektor pertanian di Kelantan dapat menggunakan teknologi yang baru.Mereka juga pakar dalam bidang pertanian dimana mereka mencadangkan perkara-perkara yang boleh memajukan sektor padi ini.
YB Dato' Husam Berharap agar mendapat manfaat yang baik dan berguna kepada negeri Kelantan.Memandangkan harga getah kini rendah dan Negeri Kelantan pula merupakan pengeluar getah utama di Malaysia, YB Dato' Husam berpendapat bahawa jika syarikat ini boleh mengimport getah dari Kelantan itu adalah bagus.

Tentang padi pula,beliau memberitahu kepada pelabur tersebut bahawa Kelantan sekarang sedang belajar dan mendapat tunjuk ajar dari negara Indonesia.Ini kerana sektor padi di Indonesia semakin meningkat dimana kos untuk penanaman turun dan hasil padi dapat ditingkatkan."Jika syarikat ini mempunyai teknologi yang lebih baik,tidak mustahil Kelantan boleh bekerjasama dengan China" jelas beliau.

ISU HUDUD... Ini Pendirian Sebenar Husam Musa, Naib Presiden PAS


YB Dato' berkata beliau tidak pernah ubah pendirian.Pas dan UMNO dari dulu lagi tetap dengan pendirian masing-masing di mana Pas akan tetap melaksanakan hukum hudud manakala UMNO tetap menolaknya.
"Sebagai umat islam kita kena menerima hukum hudud ini kerana hukum hudud adalah yang terbaik dan paling berkesan dalam mencegah jenayah,"kata beliau.
Katanya,dari segi pelaksanaan,Islam membenarkan hudud dilakukan mengikut kedudukan dan kemampuan pihak terbabit.Dato' Husam memberi contoh seperti solat zohor,di mana solat tersebut tidak boleh ditunaikan selagi belum masuk waktunya.
Menurutnya, sekarang ini yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN) dan UMNO menolak hukum hudud walaupun mereka beragama Islam.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada UMNO kerana pendirian mereka yang tidak pernah berubah itu,dan sekarang ini saya lebih risaukan UMNO berbanding DAP kerana UMNO mendakwa mereka Islam.
Macam mana orang Islam boleh menolak hukum hudud dan sekali lagi, tahniah kepada UMNO kerana konsisten menolak hukum hudud dari dulu,"katanya.
Husam berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa beliau tidak tetap pendirian mengenai keputusan dalam pelaksanaan hukum hudud.

Tuesday, December 23, 2008

Menantu Pak Lah Akui PAS Matang Berpolitik


KOTA BHARU, 21 Dis - Kemunculan Khairy Jamaludin pada Wacana Perdana anjuran kerajaan Kelantan di sini malam tadi, seakan-akan melengkapkan cabarannya untuk menghampiri jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac depan.
Mungkin pertama kali dalam sejarah apabila seorang pemimpin muda Umno berani tampil ke pentas PAS (kerajaan negeri) yang disendatkan dengan ribuan penyokong.
Malah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menyifatkan ia sebagai satu transformasi baru apabila beliau dijemput kerajaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada satu wacana politik.
"Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan Tok Guru Nik Aziz. Keterbukaan ini sesuatu yang cukup matang dan ia boleh digambarkan inilah transformasi baru politik di negara ini.
"Sememangnya saya mengakui tsunami politik melanda negara pada Mac lalu. Rakyat sekarang dilihat mempunyai kecederongan untuk mempunyai dwiparti di negara ini," katanya pada wacana tersebut.
Program itu dianjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Dua layar besar terpaksa disediakan pihak penganjur di luar dewan memandangkan Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.
Kedatangan Khairy turut disambut dengan laungan takbir orang ramai. Malah ramai penyokong Khairy memenuhi bahagian depan dewan, yang lengkap berpakaian baju putih.
Suasana agak panas berlaku pada pusingan kedua sehingga keadaan kurang terkawal apabila panelis Dato' Husam Musa dan Khairy masing-masing mahu menegakkan hujah dalam masa yang serentak.
Namun, moderator dari UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berjaya mengawal keadaan. Seorang lagi ahli panelis iaitu pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Dr Agus yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM ada ketikanya kelihatan terpaksa tunduk kepada kehendak panelis terutamanya ketika pusingan kedua.
Sikap terbuka dipamerkan malam tadi, tidak seperti ketika mengendalikan program Hujah di TV9 dengan memberi ruang kepada mana-mana panelis mencelah ketika ahli panel lain sedang berhujah. Ramai berpandangan situasi itu tidak sepatut dibiarkan.
Keadaan itu digunakan sepenuhnya Husam dan Khairy sehingga meninggalkan Dr Aziz yang cuba mempamerkan sikap berkecuali dalam wacana tersebut, sebagai ahli akademik.
Ketika pusingan ketiga, penonton mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi wacana apabila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan. Ramai tampil menggunakan kesempatan terbabit.
Hanya seorang Pemuda Umno dari Bachok yang merebut peluang tersebut dengan mengajukan soalan kepada Husam mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan seperti cuba menggadai ketuanan Melayu.
Hadir sama pada wacana itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan wakil-wakil rakyat.

Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak : Jangan Politikan Pembelian CAMRY


IPOH- 15 Dis. – Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) hari ini meminta orang ramai agar tidak mempolitikkan isu pembelian Toyota Camry 2.4 yang diumumkan oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Presidennya, Mohd Hafez Sabri menjelaskan orang ramai khususnya rakyat negeri Perak sepatutnya tidak mudah mempercayai laporan media arus perdana dan propaganda yang sengaja dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggujawab, sebaliknya mereka perlu mendengar sendiri penjelasan daripada pihak kerajaan negeri mengapa tindakan tersebut diambil.
“Alhamdulillah, kita telah pun mendengar penjelasan daripada pihak kerajaan negeri dan kita merasakan tindakan tersebut adalah wajar memandangkan kos untuk membaiki serta menyelenggara Proton Perdana adalah begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat program motivasi Sekolah-sekolah Agama Rakyat Negeri Perak di sini hari ini.
Mengenai dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Manong, Datuk Ramly Zahari kononya tindakan tersebut sebagai tidak patriotik, beliau menjelaskan keutamaan kerajaan negeri sekarang adalah untuk menjimatkan duit rakyat dan mengelakkan pembaziran ekoran penyelengaraan kereta Proton Perdana berkenaan begitu mahal dan merugikan.
“Pembaziran adalah amat dilarang dalam Islam, malah ia dikaitkan dengan saudara syaitan sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran. Maka, langkah kerajaan negeri untuk membendung pembaziran adalah lebih utama dan lebih dituntut daripada patriotik” katanya.
Dalam pada itu, mengenai dakwaan Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM), Mohd Firdaus Abdullah kononnya tindakan tersebut sebagai mengkhianati Negara apabila menggunakan kereta buatan luar, beliau mengatakan pihak PPPM sepatutnya mengajukan nasihat tersebut kepada pemimpin-pemimpin negara dan menteri-menteri kabinet lain yang lebih gemar menggunakan kereta buatan luar yang lebih mahal.
Ini termasuklah langkah kerajaan negeri Terengganu yang menggunakan kereta jenis Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi baru-baru ini yang bukan sahaja merupakan jenis kereta buatan luar malah jauh lebih mahal dan membazir wang rakyat.
“Saya cadangkan pihak PPPM lebih baik ajukan nasihat tersebut kepada bapak-bapak menteri yang suka beli kereta-kereta import yang jauh lebih mahal bukan sahaja untuk mereka bahkan untuk anak beranak mereka” tegas beliau.
KOMEN PEMBACA :
Shahir said…
Saya sebelum ini telah beberapa kali berkesempatan mendengar persidangan parlimen secara langsung di Dewan Rakyat.
Apa yang saya lihat isu penggunaan Proton yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO hanya propaganda politik semata-mata.
Mereka gesa kerajaan negeri Perak untuk gunakan Proton Perdana dan tidak kurang ada pula cadangan untuk menggunakan Proton Waja
.Ini cadangan yang baik, tapi apa guna bagi cadangan tapi tak buat? Mereka suruh guna Proton, tapi mereka (pemimpin-pemimpin UMNO) semuanya menggunakan kereta import yang sangat mewah ketika hadir sidang Parlimen...
Jika saudara tidak percaya, saya cadangkan saudara pergi sendiri ke Parlimen dan lihat kereta apa yang digunapakai oleh Menteri-menteri UMNO-BN.
Sepanjang pemerhatian saya di Parlimen, saya tidak pernah pun melihat walaupun seorang Menteri atau Ahli Parlimen UMNO yang menggunakan Proton Perdana apatah lagi Proton Waja...
Bila saudara ada masa, pergilah ke Parlimen dan lihatlah gelagat 'bermewah-mewahan' menteri-menteri kita...
wallahu a'lam...

Economics Student Leader Council (ECONS) Sokong Hasrat Gantikan PERDANA Dengan CAMRY


Kuala Lumpur: Setiausaha Economics Student Leader Council (ECONS), Saudara Ahmad Fahmi dalam temubual tidak rasmi bersama wartawan Mahasiswakini.com dipetik sebagai berkata pembelian kereta Toyota Camry oleh kerajaan Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mungkin dilihat tidak patriotik dan membazir bagi sesetengah golongan. Namun beliau menyifatkan tindakan Kepimpinan negeri Perak sebagai implikasi pasaran dalam pembangunan dan pemerkasaan industri automotif Negara.
“Sememangnya ramai yang memberi respon dari sudut politik, tetapi kita bercakap tentang kualiti bukan jenama. Ahli masyarakat terutamanya mahasiswa perlu melihat isu ini dari aspek sejauhmana Malaysia memacu Industri Automotif. Industri Automotif kita masih lagi ditahap yang rendah malah memerlukan pemerkasaan dari aspek teknologi dan tenaga pakar. Bagi saya, kerajaan Perak lebih mementing nilai wang (value of money) berbanding aspek Jenama Malaysia. Sememangnya kita perlu menyokong industri Negara, tapi kalau barang tak bagus, kos selenggara tinggi dan tak mencapai standard, pelanggan tetap akan lari. Ini hukum pasaran” ujar beliau panjang.
Beliau yang diminta mengulas tindakan Kerajaan Perak meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri juga menyatakan pasaran automotif dunia dalam keadaan tenat akibat krisis kewangan Amerika Syarikat. Syarikat automotif seperti Ford dan DaimlerChrysler terpaksa menuntut bantuan dari Pusat dalam usaha menyelamat syarikat tersebut daripada bankrup.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.
Saudara Ahmad Fahmi juga menyarankan kepada kepimpinan Negara supaya mementingkan pembangunan Negara dari aspek ekonomi dan kualiti eksport. Beliau juga menambah kerajaan tidak boleh merasa selesa dengan pencapaian industri automotif Negara malah perlu berusaha meningkatkannya.
“Di samping matlamat politik, saya menyarankan pemimpin Negara perlu melihat dengan lebih jauh dalam aspek ekonomi Negara. Kerajaan jangan merasa ‘syok’ (seronok) sendiri dengan pencapaian industri automotif yang ada sekarang, pasaran semakin kompetetif tetapi kita masih lagi dengan teknologi yang lama. Kualiti kereta kita juga masih rendah jika nak dibanding dengan syarikat gergasi dari Jepun dan Korea Selatan.
Isu perkauman dan pelbagai isu picisan lain semakin menjadi tidak relevan tetapi pembangunan ekonomi yang rakyat inginkan” tambah beliau santai.Isu pembelian kereta berkenaan mendapat respon hangat daripada golongan mahasiswa. Isu ini semakin panas apabila kerajaan Kedah juga dijangka akan mengumumkan tindakan tersebut dalam masa terdekat. Kepimpinan mahasiswa di kedua-dua negeri termasuk Bersatu Perak dan Persada dijangka akan bertemu dengan kepimpinan peringkat negeri bagi mendapat penjelasan kukuh tentang isu ini.-mahasiswakini

Husam Bentang Cara Majukan Ekonomi Kelantan dan Penang dalam Forum " The New Economic Vision for Penang and Malaysia "


Kerajaan Kelantan mencadangkan beberapa inisiatif strategik bagi memperkasakan kedudukan ekonomi negeri-negeri di bawah tadbiran Pakatan Rakyat. Langkah ini adalah sebagai pencetus kepada pembentukan suatu persepakatan ekonomi yang formal di antara negeri-negeri tersebut sebagai suatu langkah utama menghadapi cabaran-cabaran semasa samada ddari dalam atau dari luar negara.
Ketika membentangkan cadangan ini di dalam forum> antarabangsa "The New Economic Vision for Penang and Malaysia" di Pulau Pinang baru-baru ini, YB Dato> Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Tuan Guru Dato Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, sudah sampai masanya negeri-negeri di bawah tadbiran Pakatan Rakyat menterjemahkan kesepakatan politik mereka kepada inisiatif-inisiatif yang "tangible" dan yang>memberikan kesan langsung kepada kebajikan rakyat-rakyat di bawah naungan Kerajaan Pakatan Rakyat tersebut.
Forum dua hari itu dianjurkan oleh InvestPenang dengan kerjasama Penang Development Corporation (PDC). Turut hadir di dalam forum tersebut ialah Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Perak YAB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, dan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng.
Menurut Dato Husam Musa, Kelantan menawarkan dua inisiatif>utama dalam masa terdekat, iaitu pembangunan industri pelancongan "high value tourism" di kawasan sekitar Empangan Pergau, dan pembentukan satu persepakatan di dalam mencari langkah-langkah alternatif yang dapat mengurangkan penggunaan baja di dalam projek-projek>berkaitan dengan industri pertanian di dalam negeri-negeri Pakatan Rakyat.
"Dengan jarak hanya 2 jam perjalanan dari Pulau Pinang ke Empangan Pergau, pelancong-pelancong yang datang ke Pulau Pinang boleh dibawa ke Kelantan untuk melihat keindahan fauna dan flora di kawasan sekitar Empangan Pergau, dan ini merupakan suatu destinasi yang dapat melengkapkan kunjungan mereka ke negeri Pulau Mutiara itu", tegas beliau.
Selain itu, Tanah Tinggi Lojing dan Taman Negara Nenggiri juga mempunyai potensi pertanian dan pelancongan yang dapat dikongsikan bersama antara negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Dalam aspek pengurangan kos baja pula, beliau menegaskan bahawa dengan harga kelapa sawit dan lain-lain bahan>komoditi pertanian yang menjunam sekarang, setiap ringgit pengurangan dalam kos baja akan merupakan penambahan di dalam keuntungan untuk industri tersebut, terutama untuk>pekebun-pekebun kecil yang bergantung hidup kepada hasil pengeluaran kelapa sawit. Ini akan menjamin supaya industri pertanian ini terus dapat berdaya maja menghadapi cabaran-cabaran pasaran global.
Menurut Dato Husam lagi, persepakatan ekonomi antara negeri-negeri Pakatan Rakyat ini bukan sahaja penting untuk menghadapi cabaran ekonomi global akibat keruntuhan sistem kewangan di Amerika dan Eropah, tetapi tidak kurang pentingnya ialah untuk menghadapi tekanan-tekanan dan layanan berat sebelah yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap negeri-negeri Pakatan rakyat tersebut.
Beliau menyebut sebagai contoh bagaimana hasil gas asli yang ditimba dari perairan laut di Kelantan tidak didaratkan di Kelantan, sebaliknya dialihkan ke Songkhla yang jarakanya 50km dari Kelantan, dan kemudiannya dibawa masuk semula melalui Kedah ke Malaysia. Langkah ini bukan sahaja mengakibatkan negeri Kelantan terlepas peluang untuk membangunkan industri gas asli di dalam negeri, tetapi juga menyebabkan billion ringgit wang rakyat di bazirkan kerana lencongan 200km "pipeline" tersebut. Akhirnya, Kedah juga jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
Di dalam majlis yang sama, Dato Husam menegaskan harapan agar kaum-kaum Melayu dan India yang dipinggirkan selama ini di dalam pembangunan ekonomi di Pulau Pinang akan diberikan> peluang yang lebih adil bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua kaum di Pulau Pinang. "Cabaran bukan sahaja untuk memacu ekonomi supaya terus berkembang dan mengekalkan pertumbuhan itu, tetapi juga membetulkan semula kesilapan dua dekad yang lalu, bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan di seluruh Negara", tegas beliau.

CELCOM Broadband Atau CELCOM "BERUKBAND dan Pendapat Pengguna2 "???



CELCOM kena bukak mata, aku dapat banyak aduan tentang masalah CELCOM Broadband sejak 2 minggu lepas dan sampai hari ni rasanya masalah ni tak selesai-selesai lagi... jangan sampai pelanggan lari..!
Aduan dari blogger BANGUN DENGAN KEKUATAN :-
Salam sejahtera...
Sudah 2 minggu lebih aku tak dapat gunakan CELCOM BROADBAND 'BLACKBERRY PACKAGE' yg sepatutnya sebagai pelanggan, aku tidak harus terganggu penggunaannya.
Bayangkan penggunaan internet sudah menjadi wajib dalam urusniaga dan mencari maklumat oleh aku setiap hari.
Aku sudah melaporkan pada CARELINE CELCOM, tapi sehingga posting ini ditulis, penggunaannya amat menghampakan walaupun jaminan selepas aku melaporkan aduan ini, aku akan dihubungi oleh Bahagian Teknikal Celcom...tapi sampai sekarang, hampeh..!!!
Semua urusan sekarang, aku gunakan DIGI Akses...tapi berapa pula bil aku nanti..?Wallahualam, patutkah aku bayar bayaran tetap RM98 pakej broadband celcom..?? Aku akan bayar kalau aku boleh akses, ini aku tak dapat guna...celcom sendiri boleh semak berapa Kilo Bytes per Second (K/B) penggunaan aku dalam masa 2 minggu ini...sudah pastinya tiada..!!! Ini no. akaun Celcom aku: 90693478, betol atau tidak ada 2 aduan yang telah dibuat..???
Sudah beberapa tahun aku gunakan talian Celcom...ini la kali pertama aku tak dapat akses dgn sehampehnya...sudah ramai kawan2 aku pengguna celcom broadband juga hadapi masalah yg sama...harap celcom lebih perihatin...macam kata dalam website marhaen, ISP, CELCOM ataupun yang lain2 Broadband yang bermasalah...bukanlah INTERNET SERVICE PROVIDER tetapi INTERNET SERVICE PARIAH..!!!
Aduan dari Juraiza Abduk Aziz :-
This was happened to me about 4 months ago..my advise.TERMINATE IT...memang gah promosi,tapi service hampeh! then ku rujuk semula dengan Digi..walaupun bukan 3G..internetku tak pernah disconnected sepanjang penggunaan..
Aduan dari AXL RAZAL :-
haa tu la pasal.. gua lg la plak,baru je langgan celcom broadband ari ni,da jd mcm ni. pakej high speed lak tuh. kata terluas,terhebat. betul la Internet Service Pariah(ISP)
Aduan dari kamal zaman :-
Bukan sdra aje..saya gunakan celcom broadband ni sejak tahun yang lalu bagi tujuan perhubungan dengan pejabat..hanya kawasan tertentu aje yang ok..coverage celcom 3G tidak membantu kita untuk akses internet..kebanyakan berlebih2 dalam iklan aje..saya gunakan data card untuk connection dgn laptop.. So kalau belum beli jangan belilah..gunakan cyber cafe aje..kecuali perlu untuk tugas seperti saya yang mesti gunakan internet..
Aduan dari waja :-
sekadar nak memanjang kan le....... saya lak guna digi nye broadband............... edge/gprs setakat ni xde la masalah yg berjangkit cuma hp je la yg buat masalah... kdg2 pening gak la.... setting lari nak time tengah malam haru biru jd nye la... tgh uat keje DC lak.. tu yg pening... Alhamdullilah la jgn lagi kena cam celcom nye ah le
Aduan dari Mohd Haffiz Mohd yusof :-
memang betul celcom 3g bermasalah... kalau nak surf internet memang ok... bg saya..saya kerja dari rumah...menggunakan VPN untuk connect server di US...memang kekadang menjadi masalah untuk saya connect ker server lain...bg pengguna internet memang takde jadi masalah punye...
Cukup yang tu je aku sertakan dekat sini, kang penuh lak entri ni... lepas banyak dapat aduan dari pembaca, aku cuba dapatkan CELCOM Broadband milik abang aku. senang hati sungguh abang aku bagi... sambil dia hulur Broadband tu dia sengih dekat aku lepas tu dia habaq - aku nak tengokj berapa lama hang boleh tahan dengan mentang ni...
Dari situ aku paham dah... aku try connect ok... x sampai 2 minit, disconnect... macam sial... tu la yang aku dok ulang dekat 2 jam. tengok dekat HP ada 3G... maknanya kalau ikut lojik, broadband mesti tak de masalah... last sekali aku tak tahan aku cabut.
Pulang balik dekat abang aku, abang aku lak selambe je cakap, ko buang dalam tong sampah tu. dok ngan aku buat sakit hati je. bayar mahal, service "mahaiii"...
Ni bukan CELCOM Broadband, ni CELCOM BERUK BAND!!!

RM 0. 88/ Liter Harga Petrol Tanpa Subsidi... RAKYAT BAYAR CUKAI RM 1. 00/ LITER

,
Oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia

Hari ini harga minyak dunia diniagakan pada harga USD 39.93 / tong.
1 tong minyak = 159 liter
USD 1 = RM 3.50
Maka,
harga minyak 1 tong dalam ringgit Malaysia adalah RM 139. 76
Maka,
Harga Miyak Malaysia 1 liter TANPA SUBSIDI KERAJAAN SEPATUTNYA RM 0. 88
Kerajaan telah berjanji untuk memberi subsidi RM 0.30 bagi setiap liter minyak petrol..
MAKA,
Harga minyak Malaysia pda hari ini sepatutnya RM 0.58 / liter
RM 0.58 SAYA ULANGI...
So mana janji- janji kerajaan ?????
ADAKAH ANDA TERUS MAHU MEMBERIKAN UNDI KEPADA KERAJAAN YANG RAKUS MENGUTIP CUKAI MELAMPAU DARI RAKYAT
Sudahlah sebelum ini rakyat dipaksa membayar duti import yang berkali - kali ganda tinggi daripada harga kereta yang diimport..
Hari ini sekali lagi rakyat terpaksa membayar cukai RM 1.00 bagi setiap liter petrol yang dibeli di stesen- stesen minyak
Oleh yang demikian Mahasiswa Malaysia menyeru kesemua rakyat Malaysia yang berfikiran waras agar memberi kesedaran kepada kerajaan UMNO/ BN dengan memastikan calon UMNO/ BN iaitu Senator Wan Farid yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri HILANG WANG DEPOSIT dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Anwar Ibrahim Ketuai PKR Sabah Sarawak.. ROMBAKAN BESAR PKR 14 NEGERI UNTUK LONDEHKAN UMNO/ BN


Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi keADILan baru - baru ini telah membuat keputusan merombak sebahagian besar pengerusi perhubungan negeri. Ini demi memberikan nafas baru dan memperbaiki tahap pentadbiran ke arah memperkasakan parti. Malah usaha serius menawan Sarawak akan diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau sendiri akan menjadi 'care taker' bagi dua negeri di Malaysia Timur ini. Berikut ialah senarai pengerusi perhubungan.
1. Pahang - Dato’ Fauzi Abd Rahman
2. Pulau Pinang - YB Dato’ Zahrain Mohamed Hashim
3. Negeri Sembilan - YB Dato’ Kamarul Baharin Abbas
4. Selangor/Wilayah Persekutuan- YB Tan Sri Dato’ Abd Khalid bin Ibrahim
5. Sabah/Sarawak - YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
6. Kedah - YB Tuan Haji Ahmad bin Kassim
7. Kelantan - YB Ab Aziz Ab Kadir
8. Perlis - Johari bin Shafie
9. Melaka - Khalid Jaafar
10. Johor - Dr. Zaliha Mustaffa
11. Perak - Osman Abdul Rahman
12. Terengganu - Wan Rahim bin Wan Hamzah
Tahniah buat yang baru terlantik dan kepada yang dinamakan semula gunakanlah kepercayaan ini untuk memperbaiki lagi pencapaian kita. sila klik untuk baca kenyataan penuh DSAI
Dalam perkembangan lain pula begitu kuat khabar angin mengatakan kononya Ketua Umno PJ Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim akan menyertai Pakatan Rakyat. Namun berdasarkan beberapa portal berita pula melaporkan bahawa tokoh ini tidak menafikan khabar angin ini tetapi cuma berkata sedang memikirkan dengan serius. Kepada Datuk Zahar, kalau benar tekad di hati melangkahlah dengan berani. Salam hangat buat Datuk Zahar.Selaku MPT keADILan penyertaan Datuk Zahar dan teman - temanya amat di alu alukan. Sesungguhnya pengalaman Datuk dan teman - teman akan dihargai dan bakal membantu memperbaiki lagi Kerajaan bawah PR (khususnya Selangor) serta memperkukuhkan perjuangan Pakatan Rakyat.
keADILan amat mengalukan kemasukan sesiapa sahaja sama ada telah berparti atau tidak berparti untuk bersama mendokong cita - cita 17 matlamat perjuangan keadilan. Namun perjuangan ini tidak menjanjikan apa apa habuan selain kenikmatan bersama menegakkan keadilan. sila klik untuk membaca berkenaan berita ini

Terbukti Utusan Memfitnah Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS... MAHFUZ MENANG DI MAHKAMAH


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.
Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah terhadap plaintif yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.
Plaintif mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat.
Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.
Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.

Senator Wan Farid Dilucutkan Jawatan Timbalan Menteri & Senator Jika Kalah


Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangannya dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan.
Jika tewas, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai senator untuk mengekalkan jawatannya sebagai timbalan menteri dalam negeri yang disandangnya sejak Mac lepas.
Wan Ahmad Farid mengangkat sumpah sebagai senator bagi penggal kedua hari ini.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh dilaporkan dalam laman web Utusan Malaysia sebagai berkata, jika Wan Ahmad Farid tewas dalam pilihanraya kecil tersebut, beliau tidak boleh dilantik semula sebagai senator.
Menurutnya, timbalan menteri itu dianggap telah berkhidmat untuk tempoh tiga tahun atau satu penggal penuh walaupun beliau meletakkan jawatan senator pada 5 Januari depan bagi membolehkan berdiri sebagai calon BN.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan 6 Januari ini sebagai hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil tersebut.Pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail di Genting Highlands pada 28 November lalu.
Abdul Hamid berkata, berdasarkan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada masa pemerintahan perdana menteri ketiga, allahyarham Tun Hussein Onn, seseorang senator hanya boleh memegang jawatan itu selama dua penggal atau enam tahun.
Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Wan Ahmad Farid, yang ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil tersebut.
Wan Ahmad Farid, 46, bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London merupakan anak jati Kuala Terengganu.
Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.
Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan exco Pemuda Umno Malaysia dari 1999 hingga 2004.
Pada 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.
PAS, yang pada mulanya dijangka mengumumkan nama calonnya Ahad lalu, tidak berbuat demikian.
Sebaliknya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan hanya mengumumkan calonnya pada 1 Januari depan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.
Antara nama yang disebut sebagai calon PAS ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi; Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali; timbalannya Datuk Wan Mutalib Embong dan tokoh korporat Dr Mohd Khazani Abdullah.
Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.
Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.-malaysiakini

Teresa Kok Saman Utusan dan Khir Toyo RM 30, 000, 000. 00


Ahli parlimen DAP Teresa Kok menfailkan saman fitnah terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan akhbar Utusan Malaysia dengan jumlah RM30 juta berhubung isu azan.Exco kanan kerajaan Selangor itu berbuat demikian di Mahkamah Tinggi Sivil di Jalan Duta, Kuala Lumpur tengah hari ini.
Sebelum ini Teresa telah dua kali menyaman fitnah akhbar berpengaruh itu.Pada 12 Disember lalu, beliau menfailkan saman terhadap penulis terkenal Datuk Chamil Wariya dan akhbar itu dengan jumlah RM30 juta berhubung penerbitan cerpen 'Politik Baru YB J', Oktober lepas.
Sementara pada 9 Oktober lepas, Teresa menyaman dengan jumlah yang sama terhadap harian itu dan kolumnisnya Mohd Zaini Hassan.
Teresa mendakwa dua defendan itu telah memfitnahnya dalam 'Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya' yang disiarkan 10 September lalu - dua hari sebelum wakil rakyat itu ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama seminggu

REMAJA PEREMPUAN HILANG... Rabiatul Adawiyah Bt Ngah




Assalamualaikum..
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h) atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin. Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.
Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.
Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.
Sekian, terima kasih.
Yg m'mnta kerjasama
Hazlan Bin Ngah

Othman Omar Bos Baru PKNS


Othman Omar, seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta, dilantik sebagai pengurus besar baru Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - menamatkan isu kontroversi berhubung jawatan tersebut.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan itu yang berkuatkuasa mulai 1 Februari depan dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.Jawatan itu kosong susulan persaraan Datuk Harun Salim akhir Oktober lalu.
Susulan kekosongan itu, Abdul Khalid mengumumkan pelantikan timbalan pengurus korporat dan akaun PKNS Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar perbadanan tersebut - yang kemudiannya mencetuskan bantahan meluas ahli-ahli politik Melayu, termasuk PAS.
Menteri besar asalnya merancang mengekalkan Low selama setahun sehingga pengganti yang sesuai untuk memimpin PKNS ditemui.
Bagaimanapun kontroversi pelantikan Low dipercayai mendorong Abdul Khalid menyegerakan penggantian Harun selepas menjalankan temuduga mencari calon sesuai sebulan mulai November.

Monday, December 22, 2008

Sewa Rumah Pak Lah & Najib RM 10, 054, 217. 00 Setahun... JOM BACA KOMEN RAKYAT


LensaPR said...
Berkatalah Saidina Ali r.a : kemiskinan wujud kerana ketidakadilan dan pembaziran. Stop. Tak perlu teori ekonomi canggih2.
http://sokongpr.blogspot.com/
pendikar gunung kriang said...
Terima kasih Pak Lah dan Najib yg selalu mengingatkan rakyat Malaysia utk hidup berhemat, berjimat cermat dan tidak boros ketika zaman sukar ini. Anda berdua telah menunjukkan teladan terbaik kepada rakyat bagaimana untuk hidup secara berjimat cermat dengan tinggal di mahligai dengan kos sewa dan penyelenggaraan seharinya yang sungguh hebat itu. Bravo Pak Lah, bravo Najib!!! Teruskan pembaziran demi kebahagiaan diri, famili dan kroni!!!
tekong darat said...
deme jer tahu malaysia ni kaya raya...ntah berapa jam sehari dok kat rumah...patut laa maintainance V6 selamber jer bayar...rupa2nya utk rumah saja dah byk...tak rasa apa la...
cikgu aisal said...
Teringat kisah Syaidina Umar r.a, semasa menjadi Khalifah sentiasa menjelajah kota menyamar sebagai sebagai rakyat biasa mencari rakyatnya yg hidup daif dan perlu bantuan walaupun di malam hari yg gelap dan agak lewat.
Menghukum anaknya sendiri dengan hukum HUDUP kerana berzina walaupun beliau Khalifah /PM di masa tu...
Mempunyai kehidupan yg amat bersederhana dan berhutang ketika membeli baju perang kerana tidak mempunyai wang yg cukup..walaupun di Baitul Mal di bawah pentadbirannya penuh dgn wang negara.
Rasullulah S.A.W sendiri tidur berlapikan pelepah tamar kerana tidak cukup wang untuk tidur di bantal yg empuk...semuanya kerana mendahului rakyatnya daripada hidup melarat...
Kerajaan hari ini.....rakyat yg miskin bertaburan di Malaysia seolah-olah sebanding hebatnya taburan hujan di negara kita. Ada yg mula berani untuk keudara dgn "BERSAMAMU" menagih simpati dan tidak kurang pula yg memohon simpati melalui akhbar dan wahana media yg lain
..........kerana apa ia terjadi ...tidak len tdk bukan kerana JUJUR dan AMANAHnya pemimpin sehingga wang PPRT berjumlah 43 juta ringgit hilang dan lesap kerana disalahgunakan untuk kempen pilihanraya.........
Satu lagi tauladan yg baik daripada PM dan TPM serta pimpinan UMNO untuk kita rakyat marhaen di negara kita...
Tekurox said...
Cilaka punya olang....Itu jam'e, maok bagi 'monus' ciakap tatak luit, lupe2nye itu lakyat punya luit lia sapu habit lo..Babi pun lebih maik dali itu luak olang.
Buluk2 babi pun titak kiacau luit lakyat.
Kenape titak beli saja lumah tu..tatak payah sewa2..beli telus lagi jimat dali sewa.Ini mesti kloni punya pasat lo..
cikgu aisal said...
President IRAN...Almadinejad semasa mula2 menjawat jawatan president mengarahkan karpet tebal di pejabat nya dibuang...tidak ingin bermewah2.
2. Menghapus sebarang protokol bagi memudahkan rakyatnya berjumpa denganya pada bila2 masa walaupun di lwat malan..
3. Tidak tinggal di Istana Presiden dan tinggal di rumah sendiri yg kecil iaitu rumah semasa beliau menjadi datuk bndar dulu.
4. Mengguna pakai kereta lama semasa dibeli di zaman datuk bandar dahulu.
5. Bila sahaja terdengar azan atau maksuknya waktu solat beliau lantas menunaikan solat walaupun di pinggir jalan raya.." Bukankah apabila seseorang itu meletakan TUHAN dan AGAMA di hadapan maka sesungguhnya dia akan dilimpahkan kekuatan untuk terus berjuang walaupun telah lanjut usianya sepertimana TG D NIk Abdul Aziz...
bn@umno said...
jgnlah kita mempunyai sifat hasat dengki dgn kemewahan dan rezeki seseorg.Ini merupakan rezeki yg tuhan bagi kat PM dan TPM.kita patut menerimanya dgn hati yg terbuka
fadlah said...
apesal la pencacai pencacai umno@bn ni cakap xpikir?
patut la jd pencacai umno@bn
kayemsee said...
ye la kan benak@meno...kalau nak katakan rezeki..kira rasuah tu rezeki la jugak kan...buat apa kita nak sibuk2 nak tangkap..
kan ker tu rezeki dia yg dibagi utk dptkan tender..bpr buat apa dengki2 dgn dia kan...
buat apa nak tangkap pencuri...kan ker tu rezeki dia sbb dia dah dpt brg tu kan..buat apa polis nak dengi2 dgn dia plak kan...
hahaha....
lawak2...ckp mcm budak tak cukup umur la hang nie....
anakkancil said...
Mangkuk hayun nie nak kena baling dgn kasut saiz 15 nie...
hang pangkah lagi ......

Bukan ku cari harta berkoyan-koyan

Ku cari al gazali

Ku korek rahsia kitab suci
Last -last ku kawin lagi
Baru lega rasa di hati....
perunding said...
1.Teori ekonomi telur ayam saya.
anda bayar saya 50sen.saya netaskan telur jadi seekor ibu ayam.ibu ayam bertelur 10 biji menetaskan lagi 10 anak ayam dan seterusnya.sekiranya terdapat penetasan ayam jantan saya akan gantikan dgn ayam betina.setiap sepuluh bulan saya bagi anda hasilnya yg lumayan.
2.Teori ekonomi nenek saya.
nenek mengumpulkan duit diberi anak cucu.cukup rm100,000 nenek nak buat rumah banglo.instead of bagi org lain,nenek pinjamkan duit tu kpd saya,maka saya buatkan rumah banglo utk nenek.setelah siap saya lease kan kpd nenek atas alasan:duit nenek dapat semula sebab saya bayar pinjaman tu.maintainance rumah terjaga oleh pekerja khas saya dgn bayaran bulanan tertentu.
3.Teori ekonomi di negara saya.
anda ada Guthrie,Golden Hope dan Sime Darby yg HEBAT.Tubuhkan syarikat pengambilalihan SYNERGY DRIVE.(4% pemilikan dimiliki oleh sykt minioriti int!!!).berikan pinjaman oleh CIMB bank sebanyak RM40 billion.Senergy Drive pun beli kesemua Guthrie,Ghope,SDarby.kemudian namakan semula SIME DARBY.bijak,bijak.Dr Spin Ekonomi.Alih poket kiri ke poket kanan Ekonomik teori oleh perunding.
......................Sime Darby hangpa kan dah besar gajah,SJMC hang punye,gi lah beli pantai medical ke,gah jugak.
kalau nak tolong pun,jadikan anak angkat coorporate ke.gomen pulak,kalau nak bagi gah IJN tu tambah Grant kajian ke,link kan dgn hospital terkemuka dunia ke,link dgn universiti dunia ke,tambah doktor pakar ke,seminar dunia ke,macam2 lagi hang boleh buat.
Sime Darby gains no business advantages,gomens gains no political milages.buat modal parti lawan hangpa je,orang nak buat kerajaan berkebajikan,hangpa nak buat kerajaan swasta.ikut suka hati kau lah labu........................
anonymous said...
Wah! wah! wah!, bab ni jangan dengki kunun.
PR nak tuko pakaie camry, memekek lolong mcm anjing semua pencacai2 UMNO!
Mahasiswa Malaysia said...
Toyota Camry harganya lebih murah berbanding Proton Perdan kalau kerajaan tak kenakan cukai import. Septutnya kerajaan beri permit import jika Pakatan Rakyat nak beli...

Besan Rafidah dapat Permit Import 11, 000 untuk bisnes kaut untung free ratusan juta walaupun tak jual kereta... tak kan untuk urusan rasmi negara x leh

lagipun harga Camry mahal sikit ja berbanding Toyota Perdana.. enjin lebih power.. lebih jmat penyelenggaran... lebih berkuasa... lebih cantik... lebih selamat dn berkualiti
PEMIMPIN MACAM NI KA RAKYAT MAU BELA LAGI...
RAKYAT- RAKYAT TERENGGANU.. BUKALAH OTAK ANDA LUAS2...
JOM KITA HILANGKAN DEPOSIT CALON UMNO/ BN

RM 10, 054, 217. 00 Setahun atau RM 27, 545. 80 SEHARI Wang Rakyat Untuk Bayar Sewa Rumah PM & TPM


KUALA LUMPUR, 17 Dis: Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding.
Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan.
Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan.
Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.
"Inilah bangunan yang Almarhum Datuk Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga," tulis Roslan Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS dalam blognya.
Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71.
Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita!
Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita.
Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9, 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.
"Jadi apa nak kita lakukan?" tanya Roslan.
Dalam pada itu, tulisnya, rakyat diseru berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya.
"Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut LEBIH RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita," tulis beliau.

Tiada Guna Suruhanjaya Berkaitan Kehakiman& Rasuah Selagi PM Berkuasa Ke Atasnya - Profesor Undang2 UIAM

KOTA BHARU, - Seorang ahli akademik menyifatkan hasrat kerajaan menyelesaikan kemelut institusi kehakiman dan rasuah dengan mewujudkan dua suruhanjaya baru-baru ini tidak lebih sebagai kosmetik.
Pakar Undang-Undang Perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Hakim (SPH), sebenarnya tidak ke mana-mana.
"Ini kerana kuasa mutlak bagi menentukan pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri dan suhanjaya tersebut hanya berperanan mencari nama-nama hakim layak dipertimbang ke jawatan lebih kanan."
Jangan harap perubahan kepada kedua-kedua suruhanjaya tersebut kerana soal pelantikan hakim masih lagi berada di tangan Perdana Menteri."Begitu pendakwaan kes rasuah masih ditentukan Peguam Negara," katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam, malam tadi.
Pihak kerajaan baru-baru ini membentang kedua rang-rang undang tersebut di Parlimen yang turut mendapat sokongan anggota parlimen Pakatan Rakyat.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kewujudan Suruhanjaya tersebut merupakan janji kerajaan ketika menghadapi pilihan raya umum tahun 2004.
Bagaimanapun ramai melihat pembentangan itu dibuat secara tergesa-gesa sebelum Perdana Menteri meninggalkan jawatan pada Mac depan.ImageDr Abdul Aziz berkata, sepatutnya kerajaan melakukan pindaan kepada Perkara 122 B Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa sepenuhnya kepada suruhanjaya terbabit bertindak.
"Tidak guna banyak suruhanjaya diwujudkan kalau tidak kita tidak ikhlas. Kita perlu kepada sistem yang lebih kredibiliti," katanya.
Beliau juga menyifatkan tindakan kerajaan hanya bergantung kepada Speaker dan pasukan polis bagi menghalang usul tidak percaya daripada Pakatan Rakyat sebagai tidak sepatutnya berlaku.
Katanya, peluang untuk mengemukakan undi tidak percaya sepatutnya tidak dihalang dari awal kerana negara-negara lain memberi ruang kepada pembangkang untuk menngemukakan usul termasuk di Jepun.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pula menyifatkan SPK seumpama Suruhanjaya Mencari Nama Hakim yang tidak memberi sebarang perubahan ke arah membaik pulih institusi kehakiman.
Bagaimanapun Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mempertahankan kewujudan suruhanjaya terbabit yang disifatkan sebagai pemulaan yang dilakukan kerajaan sekarang.

Sunday, December 21, 2008

Penswastaan IJN Langkah Permulaan Kerajaan BN MENSWASTAKAN HOSPITAL- HOSPITAL KERAJAAN


Oleh attakiri"

Semalan penulis terdengar siaran radio24 yang membincangkan tentang isu penjualan saham sebanyak 51% kepada Sime Darby Berhad. Rata-rata masyarakat mengeluarkan pandangan tidak bersetuju atas penjualan saham tersebut.
Penulis cukup tertarik dengan satu pandangan yang membantah penswastaan ini dengan menyebut, “Ketika Lembaga Letrik Negara (LKN) hendak diswastakan, Kerajaan mendakwa kebajikan rakyat akan terus terbela dengan tiada sebarang kenaikan yang membebankan , tetapi yang ada sebaliknya. Begitu juga dengan apa berlaku sekarang, walaupun SimeDarby mendakwa akan terus menjaga kebajikan rakyat, tetapi kenaikan pasti akan berlaku kerana pengswastaan semestinya berasaskan kepada keuntungan.”

Sebelum ini, kita telah didengari dengan beberapa ura-ura untuk mengswastakan kesihatan. Alhamdulillah rancangan tersebut seoalah-oleh terpadam seketika. Mungkin kerajaan Feudral sekarang ini bimbang rakyat akan menghukum kali kedua pula dalam PRU13 nanti. Tiba-tiba Institut Jantung Negara pula hendak diswastakan.

Institut Jantung Negara merupakan syarikat di bawah naungan Kementerian Kewangan sepenuhnya. Sebelum IJN di swastakan lagi, kos perbelanjaan pesakit dikatakan agak mahal yang membabitkan ribuan ringgit. Penulis tidak dapat bayangkan bagaimana kalau IJN ini diswastakan, ini akan menyebabkan rakyat marhain takut untuk mendekati IJN disebabkan deposit yang cukup tinggi. Mungkin akan berlaku rakyat rela mati daripada membayar kos yang tinggi itu.

Hujjah menyatakan bahawa pengswastaan ini adalah bertujuan untuk memperhebatkan perkhidmatan merupakan suatu hujjah dangkal kerajaan. Kesihatan merupakan tanggungjawab kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat. Apabila rakyat bebas dari sebarang wabak dan penyakit, sektor pelancongan akan terus meningkat. Ini akan menambahkan lagi pendapatan kerajaan dalam sektor pelancongan.

Kalau sebelum ini, rakyat telah dibebankan dengan kenaikan barang secara mendadak hasil dari kedangkalan kerajaan yang terburu-buru menaikkan harga minyak sebanyak RM 0.70 sen. Kalau sebelum ini, rakyat telah dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik akibat kenaikan kos pengurusan. Kalau sebelum ini, rakyat telah dibebankan dengan kenaikan surcaj BAS ekspress sebanyak 30% dengan beralasan supaya kebajikan syarikat BAS ini tidak terabai. Kini, rakyat akan dibebankan dengan kenaikan dalam bentuk perubatan.

Rakyat tidak akan memberontak jikalau kenaikan itu kena pada waktu dan tepat penghujahannya. Contohnya kenaikan harga roti canai, kita tidak membantah kerana kos modal pembuataan roti canai semakin meningkat. Tetapi yang menimbulkan kemarahan ialah kalau kenaikan itu dibuat secara tidak munasabah. Contoh penjanjian konsensi tol yang menunjukkan akan sentiasa berlaku kenaikan dari semasa ke semasa. Perjanjian seolah-olah disembunyikan daripada parlimen. Walhal pembayar tol adalah rakyat jelata.

Penulis tidak dapat bayangkan kalaulah pemerintah kerajaan Feudral menang besar dalam PRU12 baru-baru ini. Tentu macam-macam lagi akan dibuatnya untuk mengenyangkan kroni dan sanak-saudara. Penurunan harga minyak, penangguhan pengswastaan IJN, kempen penurunan harga barang, dan pelbagai kegiataan untuk rakyat digerakkan hasil daripada pembangkang yang kuat dalam parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ramai yang berpandangan bahawa penangguhan pengswastaan IJN ini merupakan taktik untuk memudahkan BN berdepan dengan PRK di P36 Kuala Terengganu pada 16 Januari nanti. Taktik ini samalah seperti kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum PRU12 bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan. habis sahaja pilihanraya, terus harga minyak dinaikkan sebanyak RM 0.70. jadi tidak mustahil selepas PRK nanti, Kerajaan Malaysia akan meneruskan dasar pengswastaan IJN dengan beralasan perlu penambahbaikan dalam IJN supaya setanding dengan negara lain.

Sepatutnya umat Islam tidak perlu jatuh dalam lubang yang sama 2 kali. Cukuplah selama 50 tahun peluang diberikan kepada BN untuk mentadbir negeri. Bagilah peluang kepada keadilan Islam untuk menguasai Malaysia ini. Lihatlah Kelantan yang ditadbir hampir 18 tahun dengan Islam yang dikagumi oleh masyarakat dalam dan luar negara.

Islam tidak pernah meminggirkan fitrah kehidupan manusia. Bahkan Islam memandu manusia bagaimana untuk hidup dengan selamat dan mengikut fitrah kemahuan manusia.

Semua manusia tidak inginkan kezaliman, semua manusi tidak inginkan konkongan yang melampau-lampau, semua manusia tidak inginkan kebebasan tanpa sempadan. Jadi dengan kembali kepada Islam, nescaya manusia pasti akan menemui apa yang diinginkan itu sebagai makhluk yang bersifat fitrah.

Oleh marilah sama-sama kita berdoa dan bekerja agar PRK di p36 Kuala Terengganu nanti, Islam mencapai kemenangan. Hasil kemenangan ini merupakan petanda kepada keruntuhan sebuah kerajaan yang bernama BARISAN NASIONAL pada PRU13, insyAllah

www.attakiri.blogspot.com

Tokoh Berpengaruh Dalam UMNO Lompat Masuk PAS Esok


Oleh Sayuti Omar
SALAH seorang ahli Umno yang dikenakan tindakan dipecat dari parti itu baru-baru ini akan mengumumkan penyertaannya ke dalam Pas esok. Pesiapan terakhir majlis kemasukan itu sedang diaturkan dan ianya akan diadakan di sebuah hotel dekat ibu kota samada esok ataupun lusa.
Ahli berkenaan merupakan salah seorang pemimpin peringkat bahagian Umno yang dikenakan tindakan dipecat dari parti itu baru-baru kerana dianggap telah memalu dan menjatuhkan imej parti berkenaan.
Maklumat yang sampai kepada saya semalam dan hari ini mengatakan upacara kemasukan individu berkenaan akan berlaku di hadapan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.
Tidak disebut pula apakah individu berkenaan akan menyertai Pas bersama pengikutnya ataupun hanya beliau bersendirian saja. Difahamkan individu berkenaan seorang tokoh berpangruh dan mempunyai ramai pengikut.
Dengan kemasukan individu berkenaan ia menambahkan kekuatan Pas yang mana akhir-akhir ini semakin mendapat kepercayaan dari kalangan korporat dan akademis. Kemasukan menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu juga sedikit sebanyak menyuntikkan lagi semangat kepada kalangan penyokong dan ahli Pas untuk bekerja keras demi kemenangan parti itu.

Penswastaan IJN Bukan Jawapannya - Anwar Ibrahim



Institut Jantung Negara yang ditubuhkan pada bulan September 1992 merupakan sebuah institusi kesihatan yang sudah lama menyumbang bakti kepada rakyat Malaysia. Ianya menjadi pusat rujukan bagi penyakit kardiovaskular di negara ini serta menawarkan khidmat untuk menangani dan mengurus penyakit jantung. Dengan khidmat para pakar yang terbaik, serta kerjasama yang erat dengan Papworth Hospital di United Kingdom dan Herz-und di Jerman, Institut Jantung Negara berupaya menjadi pusat pakar jantung terbaik di rantau ini dengan keupayaan teknologi terkini.
Namun keputusan kerajaan yang secara prinsipnya bersetuju dengan penswastaan IJN kepada Sime Darby Berhad amatlah mengecewakan. Di saat kita sedang menghadapi kesukaran untuk berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang meruncing, keputusan ini tentulah memberikan dampak yang bukan kecil kepada rakyat keseluruhannya. Pada hemat saya kerajaan tidak wajar mengambil langkah yang sebegitu drastik sedangkan rakyat amat memerlukan perkhidmatan kesihatan yang menawarkan kos berpatutan.
Rekod penswastaan kita ternyata tidak memberansangkan. Lihat sahaja apa yang berlaku dengan Telekom Berhad dan Pembekal Tenaga Bebas(IPP), penswastaan tidak menjamin peningkatan kecekapan dan keupayaan. Selagi penyakit kronisme dan pengambilan komisen berbillion ringgit dari tender kerajaan masih berlaku, penswastaan ternyata bukanlah jalan penyelesaian bagi mempertingkatkan kecemerlangan IJN.
Sungguhpun penswastaan mempunyai kesan positif terutamanya di dalam memacu pertumbuhan ekonomi, namun tanpa garis panduan jelas seperti pertanggungjawaban dan ketelusan apatah lagi ketirisan masih leluasa, penswastaan IJN dikhuatiri akan berakhir menjadi satu episod gelap dalam pengurusan ekonomi dan perkhidmatan kesihatan di negara ini.
ANWAR IBRAHIM

PENSWASTAAN IJN : Apa Kata 26 Juta Rakyat Malaysia ??????


Oleh AMin Iskandar @ Black
Penswastaan IJN ditangguhkan. Klik disini untuk membaca berita dari Malaysiakini. Menurut Rocky Bru, ianya berlaku kerana terdapat bantahan daripada doktor-doktor IJN. Klik disini.
Tetapi pandangan saya lain. Ianya ditangguhkan oleh kerana pilihanraya kecil di Kuala Terangganu. BN takut mereka hilang wang pertaruhan jika meneruskan usaha menswastakan IJN.
Ingat tak bagaimana harga minyak dinaikkan sebanyak 78 sen selepas PRU 12 yang lalu?
Selepas pilihanraya kecil di Kuala Terangganu, IJN akan diswastakan. Takkanlah tak faham-faham lagi taktik ni?
Posting Asal
Setiap kali sebelum harta rakyat hendak diswastakan, janji-janji untuk menjaga kepentingan rakyat miskin akan digembar-gemburkan. Seperti kata teman saya, Penarik Beca dalam postingnya yang bertajuk “Sime Darby akan menjadi badan kebajikan”. Sime Darby berkata, mereka akan meneruskan obligasi sosial setelah mengambil alih IJN.
Klik disini.
Setakat ini, pemimpin parti pemerintah yang keras menentang hanyalah bekas Menteri Kesihatan, Dr. Chua Soi Lek. Klik disini jika tidak percaya.
Kata beliau,
“Kita berharap IJN tidak diswastakan. Ini bukan soal wang dan ringgit. Ini soal tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dapat memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang mampu dibayar oleh rakyat.
“Dalam konteks ini IJN sudah mencapai kejayaan cemerlang dan sedikit sebanyak meningkatkan imej kerajaan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab di mana duit tidak boleh membelinya (imej itu).”
Sebagai orang yang pernah memegang Kementerian Kesihatan, beliau sudah tentu tahu apa implikasi penswastaan Institut Jantung Negara tersebut.
Jangan terkejut jika selepas ini peratusan rakyat Malaysia yang akan mati kerana sakit jantung meningkat. Belum swasta pun dah terkial-kial nak membayar kos rawatan, apa lagi selepas diswastakan?
Setakat ini masih belum kedengaran suara-suara penetangan projek penswastaan IJN ini dari Pakatan Rakyat (PR). Mungkin saya tidak terjumpa kenyataan pemimpin PR yang menentangnya atau mungkin juga dalam bab penswastaan, polisi PR dan BN sama?
Dikatakan juga menantu PM dan suami Sharizat kelihatan semasa sidang akhbar Menteri Kesihatan mengenai IJN baru-baru ini. Klik disini.
Apa pula kata rakyat?

15% Diskaun Pembelian Rumah, 50% Diskaun Sewa Rumah PKNS... TERBUKTI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PRIHATIN MANGSA TANAH RUNTUH


KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Selangor menawarkan insentif diskaun kepada keluarga yang secara langsung dan tidak langsung kehilangan tempat tinggal ekoran tragedi tanag runtuh Bukit Antarabangsa 6 Disember lalu.
Bagi 14 keluarga yang rumah mereka ranap, kerajaan negeri menawarkan mereka membeli rumah yang dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada potongan harga 15 peratus atau menyewa mana-mana rumah disediakan agensi itu dengan potongan 50 peratus.
Potongan sewa itu adalah untuk tempoh setahun.
Malah, tawaran yang sama diberikan kepada 81 keluarga yang belum boleh pulang ke rumah masing-masing atas faktor keselamatan.
Ia diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang melawat lokasi tragedi sebentar tadi dan mengumumkan tindakan susulan ekoran laporan geoteknikal dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya.
“Namun buat masa ini, bagi 81 keluarga berkenaan kerajaan negeri akan membiayai kos sewa rumah sehingga RM1,000 sebulan sekeluarga sehingga mereka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
“PKNS juga menawarkan 14 buah rumah di Cheras untuk disewa dengan kadar minimum RM100 sebulan untuk tiga bulan pertama dan seterusnya RM500 setelah tamat tempoh tiga bulan tersebut,” katanya.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, beberapa kawasan perumahan berhampiran kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa selamat untuk diduduki mulai semalam manakala beberapa lagi masih memerlukan penilaian tentang tahap keselamatannya.
Ia mungkin memakan masa sebulan ataupun lebih.
Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC), Jabatan Kerja Raya (JKR) merumuskan bahawa status keselamatan di lima kawasan “merah” sebelum ini adalah selamat dan boleh diduduki penghuni.
Kawasan tersebut ialah:
- Jalan Bukit Antarabangsa 5 unit rumah rumah nombor 1 hingga no 5
- Jalan Bukit Mewah 2 30 unit rumah rumah nombor 5 hingga 38
- Jalan Wangsa 11 38 unit rumah rumah nombor 2 hingga 76
- Kondominium Impian Selatan: Keseluruhan Blok A 81 unit dan Keseluruhan Blok B 28 unit
- Jalan BJ, 6A Taman Bukit Jaya, 6 unit rumah nombor 1, 3, 5, 7, 9 dan 11
Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa itu yang berlaku pada kirakira pukul 4 pagi, 6 Dis lepas, mengakibatkan 14 buah banglo ranap di Bukit Mewah dan empat orang terkorban.
Dianggarkan 1,000 penduduk masih tidak boleh menduduki kediaman mereka sehingga kawasan perumahannya diisytiharkan selamat untuk diduduki, kerana Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR masih menjalankan penilaian ke atas kedudukan tanah di kawasan yang tidak selamat. — MStar

IJN Bukan Untuk Bisnes... Otak Bawah Kepala Lutut Ka Ahli Jemaah Menteri ?

Kita akan ingat ini sampai bila-bila:
Ia (Institut Jantung Negara) tidak diwujudkan untuk menjadi badan perniagaan. Ia
diwujudkan untuk menjadi pusat penyelidikan, institut akademik terulung - Tan
Sri Dr Yahya
Awang
(salah seorang yang terlibat secara langsung dengan penubuhan IJN)
Lihat kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad:
Kerajaan hari ini memberi jaminan tidak akan menjual atau menswastakan Institut
Jantung Negara (IJN) selagi tidak ada alternatif pusat rawatan jantung yang
boleh memberi khidmat serupa kepada rakyat.
Di bawah ni memang ulasan orang pembangkang :
Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim says the decision to defer
privatisation of the National Heart Institute (IJN) is a political move,
especially due to the upcoming Kuala Terengganu parliamentary by-election.
"The plan will likely resume after the by-election".
"Bapa Penswastaan", Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak setuju:
I seldom oppose privatisation but this is one instant when I feel privatisation
is the wrong thing to do. Leave this institution as it is. It is our pride and
it is doing a good job as it is.
- penarikbeca.blogspot.com -

Saturday, December 20, 2008

Fun Fair Berunsur Judi Berhampiran UIAM... Mahasiswa UIAM Pada Masa Depan Perlu Berani Membantah


KUANTAN - Nampaknya laporan kami membabitkan "Fun Fair Hadhari" langsung tidak diendahkan oleh puak-puak UMNO karat ini. Maka, krew kami akhirnya terpaksa menjalankan operasi bersepadu bagi meninjau "gejala sosial" yang melibatkan anak-anak muda ke situ baru-baru ini. Tapak tersebut terletak di kawasan Indera Mahkota berhampiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan jalan ke Pejabat Imigresen dan Komplek Sukpa. Kehadirian krew kami tidak disedari oleh orang ramai. Maka bermulalah operasi tinjauan untuk memastikan benarkan terdapatnya adenga-adengan yang tidak diingini di kawasan itu. Maka, ternyata kami mendapati banyak terdapat aktiviti "songsang" yang jauh menyeleweng daripada "normal-normal" Islam Hadhari itu sendiri. Tambahan pula kewujudan tapak pesta seperti itu, memang pada awalnya bertujuan untuk menjadi tempat bersantau keluarga. Namun akhirnya ia menjadi tempat untuk melatih anak-anak bermain "judi" dengan "unsur tikam-tikam" yang disediakan.

Bukti, dua orang pelajar UIAM Kuantan ini tanpa segan silu cuba berjudiNampak ramai ibubapa dan keluarga berseronok dengan permainan "tikam-tikam" ala perjudian itu. Mereka menyediakan berbagai hadiah untuk dibawa pulang, yang kebanyakannya berbentuk "anak-anak patung". Maka ramailah ibubapa dan keluarga yang mengajar anak-anak mereka "berjudi" disitu. Ini jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Tatkala krew kami menjelajah ke segenap sudut, maka tambah memeranjatkan lagi kami terjumpa sekumpulan pelajar yang berpurdah dan bertudung labuh turut berada di situ. Mungkin bagi kami mereka hanya ingin melihat dan meninjau-ninjau seperti kami. Namun ternyata, sangkaan itu meleset. Para pelajar terbabit juga didapati bermain dengan judi "tikam-tikam" terbabit dengan tanpa rasa segan silu biarpun mereka diperhatikan oleh orang ramai. Sungguh memalukan melihat senario itu. Kami juba menyiasata siapakah gerangan mereka. Rupa-rupanya mereka adalah sebahagaian daripada para pelajar Universiti Islam Antaranbangsa Malaysia Kampus Indera Mahkota yang berdekatan. Ini sangat mengecewekan kami, para pelajar UIAM sendiri langsung tidak terdidik dengan "roh Islam" bagi dilaksanakan dalam diri mereka. Mereka tidak nampak hadir ke situ sudah cukup memalukan, inikan pula bermain dengan "judi tikam-tikam" yang disediakan. Ia jelas merosakkan imej UIAM itu secara keseluruhannya dimata umat Islam di sini.

Seronok, orang Melayu Islam yang alpa dengan unsur judi yang disediakanTidak kurang juga melihat anak-anak muda lelaki dan perempuan yang berpoya-poya, berpeleseran dan berpelukan di sana-sini. Terkadang terfikir juga didalam hati, inikah ciri-ciri bangsaku Melayu dan Islam yang mahu diagung-agungkan selama ini. Mana pergi Imam Hadhahri, yang kononnya mahu melahirkan umta Islam yang lebih beriman di negara ini. Maka itu kami melihat, perlakuan sumbang dan pergaulan bebas antara mereka dengan berpakaian yang menjolok mata jelas membuktikan bahawa "Fun Fair Hadhari" bukanlah jalan penyelesaian malasah moral dan akidah umat Islam terutamanya golongan muda di negara ini. Maka itu, idea siapakah yang membenarkan serta meluluskan permit pesta tersebut di Kuantan?.
Kami amatlah berharap agar "Fun Fair Hadhahri" dibatalkan dan ditutup segera. Jika tidak sudah pasti ia jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang, pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob bakal terpalit "dosa yang sama" gara-gara mengizinkan aktiviti tersebut di adakan. Kami tidak nampak langsung pesta itu mendatangkan kesan positif kepada rakyat. Apa yang jelas, ia lebih merosakkan dan menruntuhkan akhlak generasi muda.
Harap pihak UMNO mengambil perhatian dan melakukan sesuatu dalam membendong perkara ini.[Inilah dia budaya puak-puak UMNO karat ini sebenarnya. Mereka gemar menyogokkan rakyat dengan unsur-unsur hiburan agar rakyat alpa dan leka dengan gerakan Islam. Hasilnya maka ramailah anak-anak muda yang mula menjauhkan diri dari Islam dan kebaikan yang ingin dibawa. Maka mereka akan melihat Islam sebagai penghalang segala kebebasan, akhirnya dalam setiap kali musim pilihanraya mereka akan memangkah UMNO dan Barisan Nasional yang kononnya mengamalkan Islam Hadhari yang lebih telus, terbuka, bebas dan tidak mengongkong mana-mana individu untuk melakukan aktiviti maksiat mereka dulu, kini dan selamanya.
Mahasiswa UIAM haruslah berani bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan Pahang oleh kerana ia terng- terangan bertentangan dengan agama Islam. Mungkin hanya Islam Hadhari yang diasaskan Pak Lah menghalalkannya. Tetapi mahasiswa UIAM yang dianggap berpengetahuan dlm bidang agama haruslah memimpin masyarakat di bandar Indera Mahkota untuk medesak kerajaan Pahang untuk tidak mengajurkan mana- mana karnival yang bertentangan dengan Islam. Apakan lagi karnival fun fair tersebut berlaku berhampiran kampus UIAM Kuantan dan lebih- lebih lagi yang berkunjung disitu adalah mahasiswa UIAM sendiri.

2 Nama Yang Patut Menjadi Pilihan PAS di Kuala Terengganu


Hari ni calon yang akan mewakili UMNO/BN akan diumumkan bila-bila masa & kalau diikut pada kenyataan dari PAS, PAS akan umumkan calon pilihan PAS esok.
Hasil dari survey yang aku buat di blog ni menunjukkan bahawa majoriti pengundi memilih Mohamad Sabu sebagai calon PAS dalam PRK P-036 nanti. survey dari blog-blog dan web-web lain jugak mendapat keputusan yang sama.
Semuanya berkeputusan bahawa Mohamad Sabu mendahului senarai calon pilihan para pemilih.
Walaubagaimanapun, PAS pusat tidak boleh bergantung 100% kepada hasil undian yang dijalankan diblog-blog dan juga web-web yang berkaitan.
Memang jelas Mohamad Sabu mendahului jauh kedepan berbanding Dr.Syed Azman tetapi itu adalah hasil undian rambang yang tentunya datang dari pera pengundi cyber dari seluruh Malaysia dan mereka ini tidak mewakili para pengundi Kuala Terengganu.
Mungkin bilangan pengundi cyber yang berasal dari Kuala Terengganu hanya sebilangan kecil sahaja jadi PAS perlu meneliti dengan lebih mendalam calon yang sesuai untuk mewakili PAS.
Pada hemat saya dan juga hasil dari pemerhatian, survey dan juga pendapat rakan-rakan yang berada di Parlimen P-036, ke 2-2 calon yang mendahului senarai undi amat sesuai bagi mewakili PAS. Mohamad Sabu ada kelebihannya yang tersendiri dan Dr.Syed Azman juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Mengikut penduduk setempat, Dr Syed Azman merupakan pilihan yang paling cocok bagi PAS tetapi sekiranya PAS meletakkan Mohamad Sabu, ia tak menjadi masalah untuk mereka sebab masing-masing ada kelebihan.
Dari segi pemilih, mereka yang mengundi calon PAS pada PRU-12 tempohari rasanya masih belum berganjak dengan pilihan mereka. itu dah jadi trend orang Terengganu, selagi tak dapat, selagi tu depa terjah... kalau dah dapat tapi tak bagus, senang-senang depa terajang.
Ada 2 pilihan untuk PAS macam yang disebut dekat atas... Mohamad Sabu atau Dr.Syed Azman.
Golongan muda tak ada masalah untuk mengundi mana-mana calon, baik Mohamad Sabu mahupun Dr.Syed Azman, pasti sokongan akan diberi (pengundi muda lebih terbuka), manakala bagi pengundi senior, sokongan akan lebih kepada Dr.Syed Azman (faktor orang tempatan) tapi kalau kene gaya PAS, tak mustahil letak penyu pun boleh menang.
Untuk pengundi-pengundi tempatan yang tinggal diluar Terengganu pula pilihan depa sudah pasti yang utama ialah Mohamad Sabu kerana faktor, mereka lebih mengenali Mohamad Sabu dan kelebihannya memang terserlah tapi masih tidak menjadi masalah sekiranya Dr.Syed Azman menjadi calon.
Macam aku katakan tadi, 2-2 ada kekuatan tersendiri.
2 perkara yang PAS perlu fikirkan disini sekiranya mecalonkan mana-mana 1 antara 2 nama diatas.
Mohamad Sabu - peluang untuk menang adalah 50-50 kerana faktor "bukan orang tempatan" *orang gganu ni sentimen kedaerahan dia lagi kuat dari Kelantan.
100% dijamin kemenangan sekiranya para pengundi tidak keberatan untuk memberi laluan kepada Mohamad Sabu untuk kebaikan negeri Terengganu. PAS kene pandai pujuk anak jati Terengganu. tak rugi serahkan Parlimen P-036 kepada PAS sebab yang pergi kepada PAS cuma 1 kerusi Parlimen dan bukannya "Negeri Terengganu". Terengganu masih dibawah UMNO/BN.100% kemenangan akan menjadi 50% kemenangan tanpa isu atau kekuatan didalam kempen.
Perlu diberi penjelasan akan betapa pentingnya "check & balance" didalam mana-mana pemerintahan baik negeri mahupun negara untuk kepentingan rakyat. memberi 100% kekuatan kepada sebelah pihak tidak akan menyelesaikan masalah dan tidak akan membantu apa-apa dalam memajukan atau membela rakyat kerana kelebihan kepada 1 pihak akan membawa kepada sindrom "aku sahaja yang betul".
Dr.Syed Azman - Rasanya calon yang berkedudukan no-2 dalam senarai calon pilihan ini adalah calon yang terbaik untuk memenangi semua pihak baik hardcore PAS atau pengundi atas pagar, totok UMNO/BN tak payah pujuk... jangan buang masa.
Faktor terbaik ialah anak tempatan, calon muda dan memang dikenali di Kuala Terengganu.
Nak cerita panjang pun aku tek reti sangat sebab aku memang tak banyak info pasal Dr.Syed Azman, tapi kalau ikut kawan-kawan dekat Kuala Terengganu, Dr.Syed Azman adalah pilihan terbaik selain Mohamad Sabu.
Kata kawan aku, kalau letak Dr.Syed Azman, PAS cuma perlu berkempen tarik sokongan seramai yang boleh dan tak perlu nak tangkis apa-apa serangan peribadi. senang kerja. sokongan memang ada, tak payah pening kepala (tu kata kawan aku la dan aku kene la setuju pasai dia orang KT)...
Jadi untuk PAS, 2 pilihan... Mohamad Sabu pun boleh (tapi kene kerja kuat sikit la), Dr.Syed Azman pun boleh (kalau tak kerja kuat, letak la sape pun confirm tergolek).
Seterusnya kami serahkan kepada PAS Terengganu untuk membuat pilihan. untuk kami, calon adalah calon, yang penting ialah kemenangan. tapi kalau tak dak calon, macam mana nak menang?
Jangan letak yang bukan-bukan dah la... teruk kami nak menjawab tohmah nanti... bukan ngan puaka UMNO je nak kene jawab, ngan pengundi pun nak kene jawab jugak ni...
Salam Hormat.

lagu hot@mahasiswa malaysia