"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, October 26, 2008

Bicara Siswa RTM1 Sekat Kebebasan Bersuara Mahasiswa

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Hrkh) - Sebahagian mahasiswa yang mengikuti Forum Bicara Siswa yang disiarkan menerusi saluran RTM1 bertajuk "AUKU: Apa Masalahnya?" melahirkan rasa kecewa apabila dihalang daripada mengemukakan soalan dan menyampaikan pandangan dalam forum tersebut.Saya tampil mempersoal Perkara 15 dan 16 AUKU, tetapi dihalang oleh pihak 'tertentu' ketika sesi Q&A (soal-jawab) dibuka. Walhal, pihak-pihak lain dibenarkan menyampaikan pandangan mereka," jelas Que Lin, 24.

Beliau yang juga ahli Student Progressive Front (SPF) memaklumkan bahawa beliau ingin bertanya mengenai AUKU yang bertentangan dengan hak kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan, kesamarataaan di sisi berdasarkan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan serta ketinggian perlembagaan menurut Artikel 4, dan beberapa perkara lagi kepada ahli panel Dr Yusri.

Beliau yang juga Sukarelawan Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA) juga memaklumkan bahawa beberapa staff Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan beberapa figur utama Aspirasi mengancam teman-temannya dengan mengambil gambar secara paksaan; hanya kerana mereka memakai baju-T DEMA.

Menurut web pro-mahasiswa USM, Yang Dipertua MPP USM, Muhammad Sukri Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Che Mat secara emosional menyelar pemimpin-pemimpin ProM USM kerana tidak tampil berdebat supaya AUKU ini dimansuhkan.

Pengerusi ProM USM ketika dihubungi dan diminta mengulas insiden tersebut, secara sinis berkata, "Orang-orang 'tertentu' yang biasa (berlatih) bersilat sorang-sorang (seorang diri) di dalam gelanggangnya ... selalunya memang syok sendiri dan berasa diri terlalu kuat.

"Biasalah, kerana yang ditumbuk dan tendang (beradu intelektual) oleh mereka adalah angin atau bayang-bayangnya sendiri�bukan pesaing yang sebenar."

Adi Syahid juga mengalu-alukan seluruh mahasiswa USM dan pemimpin-pemimpin Aspirasi sendiri untuk turut serta dalam Forum Terbuka Generasi Baru dan Masa Depan Malaysia pada Khamis depan.

Seorang mahasiswa Cina lain, Chua Thea Leng, 22 menjelaskan bahawa forum tersebut tidak membahaskan AUKU secara holistik, lebih partisan pada pihak-pihak 'tertentu'.

Beliau juga melahirkan rasa kehairanan tentang sikap penganjur rancangan forum tersebut yang membuka sesi soal-jawab hanya kepada pihak-pihak 'tertentu' sahaja.

Tambahnya, forum tersebut dianggap olehnya tidak dimaklumkan pada peringkat awal kerana tiada publisiti terbuka, seperti aktiviti-aktiviti rasmi lain Universiti.

Beliau sendiri mendapat sms kira-kira jam 7.40 malam semalam dari individu yang tidak dikenali dan mengarahkannya wajib menyertai forum tersebut.

Selain Che Mat, panel forum 'berat sebelah' tersebut turut disertai oleh anggota MPP UUM, Raihanah; dan Timbalan Dekan Perakaunan, Perniagaan dan Pengurusan, Dr Yusserrie Zainuddin.

Dr Yusserrie dalam satu penjelasannya turut menyatakan AUKU tidak ada masalah dari segi undang-undang, hak asasi manusia dan universiti sendiri.

Beliau juga banyak menjelaskan keadilan hak dalam Perkara 15 dan 16 AUKU tersebut menurut disiplin undang-undang yang dipelajarinya.

Perkara 15 AUKU umumnya menjelaskan tentang larangan mahasiswa dan pertubuhan mahasiswa untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar walaupun aktiviti tersebut yang sah dan selari dengan jaminan hak bersuara, berhimpun dan berpersatuan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 16 AUKU umumnya menjelaskan tentang supreme power, walaupun kuasa ini acapkali disalahgunakan oleh pihak-pihak 'tertentu' sehingga meninggalkan liabili negatif kepada NC yang adil; demi menekan aktivis-aktivis mahasiswa yang lantang dalam Universiti.

Forum tersebut bermula pada jam 8.30 malam dan berakhir sekitar jam 10.30 malam semalam.
Pelajar yang hadir menganggap program tersebut sebagai medium merehatkan minda mereka dalam musim peperiksaan akhir semester ini.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia