"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, October 27, 2008

Kemenangan Pro-M di UPSI dan UNIMAS Amaran Buat ASPIRASI


Mengulas kemenangan kerusi Pro-Mahasiswa di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan juga Pro-Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Sabah yang boleh dianggap bahawa mahasiswa kini mahukan perubahan dan kemenangan Pro-Mahasiswa semakin hampir bagi kampus Lembah Kelang .

Pro-Mahasiswa UPSI yang menang bergaya dengan berjaya menawan 8 kerusi yang mana 3 daripadanya merupakan kerusi umum daripada 11 kerusi yang ditandingi.

Di sebelah Borneo, Pro-Mahasiswa UNIMAS telah menang 7 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan iaitu dua daripada 4 kerusi umum dan 5 daripada 8 kerusi fakulti. Kemenangan yang sekaligus memberikan ruang kepada Pro Mahasiswa membentuk kabinet MPP.

Kemenangan demi kemenangan yang berlaku memberi signal kepada Pro-Mahasiswa daripada kampus yang lain supaya bekerja keras untuk memastikan kemenangan pilihanraya kali ini berpihak kepada kita.

Norazali Zainuddin selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional mengingatkan kepada calon Pro-Mahasiswa yang telah menang dalam pilihanraya kampus baru-baru ini, bahawa kemenangan yang diberikan bukanlah untuk dijadikan kebanggaan dan juga mengejar populariti, tetapi kerja kuat kita ialah memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa.

“Tugas berat yang dihadapi oleh kita ialah kini bagaimana untuk mengisi kemenangan dan menyakinkan bahawa undi mahasiswa kepada Pro-Mahasiswa kali ini adalah berbaloi” ujar Norazali lagi.

Kerisauan bagi Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional ialah gusar calon yang menang hanyut dangan buaian keseronokkan kemenangan sehinggakan tidak tahu apa yang akan dilakukan pada masa akan datang.

Tetapi beliau yakin bahawa pemerintahan Pro-Mahasiswa dan ASPIRASI adalah sesuatu yang berbeza dan menasihati kepada calon yang menang supaya merancang agenda mahasiswa di kampus masing-masing selepas daripada ini.

Bagi Pro-Mahasiswa kampus Lembah Kelang saat pilihanraya kampus pada bulan Januari inii sangat dinanti-nantikan kerana pertempuran sengit akan berlaku secara jelas antara Pro-Mahasiswa dengan ASPIRASI.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia