"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, October 27, 2008

Pemilihan MPP USIM harus bebas campur tangan luar


NILAI 24 Okt. - Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini berharap proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada 13 Januari tahun depan bebas daripada sebarang campur tangan pihak luar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah berkata, pelajar perlu diberi kebebasan memilih barisan kepimpinan yang difikirkan layak mewakili mereka dalam MPP.

Menurut beliau, tindakan melobi oleh pihak luar boleh mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap pelajar USIM selaku generasi kepimpinan negara pada masa akan datang.

”Saya berharap tiada tetamu yang tidak diundang muncul semasa pemilihan MPP berlangsung nanti. Biarkan pelajar USIM bebas memilih pemimpin mereka sendiri,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri USIM di Stadium Tertutup Nilai dekat sini hari ini.

Jelas beliau, proses pemilihan MPP USIM sebelum ini berjalan dengan lancar kerana tiada campur tangan dari luar.

”Hasilnya, barisan kepimpinan MPP sedia ada berjaya melaksanakan kesemua aktiviti dan program yang dirancang tanpa gangguan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mohamed Asin, setakat ini belum ada cubaan oleh pihak luar untuk mempengaruhi proses pemilihan MPP USIM.

Sementara itu, Mohamed Asin menasihatkan calon yang akan bertanding dalam pemilihan MPP supaya tidak melupakan tanggungjawab utama mereka selaku pelajar iaitu mengejar kecemerlangan dalam bidang akademik.

Beliau memberitahu, pihak USIM telah menetapkan calon mesti mempunyai Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 2.7 ke atas
UtusanOnline

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia