"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, October 26, 2008

MAHASISWA, DUNIA BLOG DAN POLITIK

oleh : nazmi


Assalamualaikum dan salam perkenalan...


Terima kasih Mahafiraun Mahathir kerana jasa Mahathir la, hari ini aku berpeluang beerinteraksi tanpa sekatan dengan berbilion - bilion penduduk dunia. Ledakan ICT melalui pembinaan MSC akhirnya memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat, satu pakatan pro pembangkang yang bersedia mengambil alih kerajaan bila- bila masa dari sekarang. Jasa Mahathir la maka hari ini lahirnya dunia blog yang mampu menjahanamkan pengaruh kuku besi mahafiraun. Satu- satunya dunia penulisan tanpa tapisan terus dari penulis dan of coz bebas undang- undang rimba seperti akta AUKU. Kenapa mahafiraun? sebab bagiku mahathir la penjahanam utama negara kebanggaanku Malaysia.


Jika kita bicara soal kemusnahan institut kehakiman, kepondanan Badan Pencegah Rasuah, kerosakan akhlak anak- anak muda, kesamsengan polis- polis malaysia, kelahapan pegawai - pegawai kerajaan, kebisuan institut agama, kecutnya istitut beraja dan ketamakan pemimpin- pemimpin dan kroni UMNO, tidak dapat tidak nama yang sinonim untuk semua virus- virus tersebut ialah Mahathir bin Mohamed. Dia anak negeri kelahiranku,Kedah Darul Aman walaupun datuknya adalah pendatang dari sebuah negeri di India.


Mungkin oleh sebab itulah dia begitu famous dengan nama manjanya Mamak Kutty. Hari ini dia kembali ke puncak persada dunia politik selepas diaib dan dimalukan selama 5 tahun oleh Pak Lah dan geng tingkat 4 JPM. Satu per satu orang- orang Mahathir mula menguasi UM NO demi mengembalikan zaman Mahatharisme. Bermula dengan Najib Tun Razak, Muhyidin Yasin hinggalah anak nya sendiri Mukhriz Mahathir. Semua ini adalah demi survival Mahathir, anak beranaknya, kuncu2 nya dan kroni2 nya untuk satu tempoh yang mungkin lebih panjang daripada tempoh 22 tahun sebelum ini dimana Mahathir berada di puncak kuasa.


Percayalah pada hari ini Pak Lah, Khairy Jamaludin dan Ku Li umpama seekor lembu korban yang hanya menunggu masa untuk disembeleh hidup- hidup oleh proksi- proksi Mahathir dalam UMNO diketuai Najib Tun Razak. Maka apakah pilihan untuk Abdullah Ahmad Badawi?


Tidak dapat tidak Abdullah hanya mempunyai 1 pilihan iaitu meminta ampun kepada Anwar, menyertai Pakatan Rakyat bersama- sama Khairy, Ku Li dan penyokong- penyokongnya dalam UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan baru dibawah jenama Pakatan Rakyat.


Abdullah haruslah mempercayai sahabatnya Anwar Ibrahim yang lebih pemaaf berbanding Mahathir Mohamed yang penuh dengan dendam kesumat.


Percayalah, Anwar sedia membantu Abdullah sebagai menghargai jasa Abdullah untuk tidak campur tangan dalam perbicaraan mahkamah hingga membawa kepada kebebasan Anwar. Jika Abdullah masih was- was untuk mempercayai bekas sahabat karibnya, maka Abdullah harus mempercayai keterbukaan pemimpin- pemimpin utama PAS yang sedia memaafkan musuh- musuh mereka. Ibrahim Ali, Lim Kit Siang, Karpal Singh malah Anwar Ibrahim sendiri adalah antara beberapa contoh terbaik keterbukaan minda pemimpin - pemimpin PAS ini dalam memaafkan musuh- musuh mereka.


Berbalik kepada persoalan mahasiswa, dunia blog dan politik malaysia. Mahasiswa mestilah berani mempolopori perubahan politik Malaysia. Satu angkatan mahasiswa yang berani kerana benar, sedia mempertahan dan membela hak rakyat juga rela berkorban demi memperjuang kehendak rakyat mestilah dibentuk, diasah dan diperkasakan.


Mahasiswa haruslah dilihat menjadi suara kedua terbesar dalam negara selepas suara parti politik. Zaman kegemilangan mahasiswa di era Anwar Ibrahim haruslah dikembalikan. Gagasan mahasiswa berorientasikan islam seperti Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia, Persatuan- persatuan Mahasiswa Islam IPT - ipt Malaysia dan seangkatannya bolehlah memainkan peranan dalam hal ini dalam menyaingi dan menenggelamkan gagasan Mahasiswa pro kerajaan bersikap " yes man dan yes boss " seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) dan kumpulan- kumpulan Pro Aspirasi.


Saranan ini bukanlah bermaksud untuk menanam perasaan anti kerajaan dalam jiwa muda mahasiswa, sebaliknya adalah satu obor- obor pendorong pembentukan mahasiswa yang berdiri bebas dan berani dalam menyuarakan pendapat selaras dengan kehendak rakyat marhaen.


Kita mahu melihat satu gagasan dan angkatan Mahasiswa yang mempunyai minda intelek yang terbuka, berani kerana benar dan berjiwa rakyat bukannya mahasiswa katak di bawah tempurung, mahasiswa robot mahupun mahasiswa yes boss.


Jika ia direalisasikan, hasrat untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara maju bukanlah satu angan- angan kosong lagi. Kongkongan AUKU sudah tentu menjadi penghalang terbesar untuk mahasiswa bergerak. Untuk itu, blog haruslah dimanfaatkan sebagai medium terbaik di peringkat permulaan dalam menyampaikan suara mahasiswa. Persatuan- persatuan mahasiswa haruslah menyuburkan budaya blog di kalangan pimpinan dan ahli- ahli. Blog haruslah dilihat sebagai satu wacana terbaik menzahirkan idea,cita- cita dan harapan mahasiswa terhadap negara.


Hanya blog sahaja bersifat bebas daripada akta- akta dan undang- undang rimba seperti AUKU, Akta Percetakan dan ISA.Hari ini, IPTA ( bertaraf universiti ) sahaja membentuk lebih daripada 1/4 juta populasi mahasiswa dalam negara. Andaikan apakah kesannya jika 10% daripada angka ini memanfaatkan blog sebagai medium menzahirkan suara mahasiswa? Saya percaya jika ini berlaku mahasiswa di Malaysia akan menjadi satu golongan yang dihormati dan diletakkan dalam hirearki tertinggi masyarakat oleh 26 juta rakyat marhaen.


Sudah tentu pada ketika itu tidak timbul lagi soal AUKU, caj PTPTN ataupun yuran yang membebankan oleh kerana mahasiswa pada ketika itu bukanlah golongan yes boss lagi.


Sebaliknya, mahasiswa pada ketika itu adalah suara yang mampu menentukan naik atau turun sokongan rakyat marhaen terhadap kepimpinan negara.


Tidak mustahil jika pada ketika itu kita akan melihat pemerintah mengangkat mahasiswa meyertai majlis, jawatankuasa atau badan penting yang merancang dan menentukan hala tuju ekonomi, sosial dan pendidikan negara.


Akhir kalam, lahirnya blog suara mahasiswa diharap menjadi satu pendorang dan revolusi kepada kelahiran blog- blog mahasiswa yang mempunyai matlamat, imipian, cita- cita dan visi untuk memperjuangkan harapan dan kehendak 26 juta rakyat marhaen ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang aman makmur untuk semua cucu cicit adam.


juga boleh layari


suara mahasiswa

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia