Saturday, November 15, 2008
Adun Tahan ( UM NO ) Bawa Lari Anak Dara Orang
JERANTUT - Satu demi satu keburukan pemimpin Umno terdedah. Terbaru, tersebar salinan laporan polis seorang wanita, Wan Kelesum Wan Mohamad yang mendakwa anak perempuannya Azma Azifazilla binti Azan, 22, telah dilarikan Adun Tahan Dato’ Wan Amizan Abdul Razak, yang baru saja memenangi jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerantut dalam pemilihan baru-baru ini. Laporan tersebut mengatakan, pada 22 Mei 2008 Wan Kelesum telah melihat anak gadisnya itu keluar rumahnya di Felda Sungai Retang, Jerantut dengan membawa pakaiannya. Beliau cuba menghalang tetapi gagal. Pada awal bulan Jun, Wan Kelesum mendakwa, beliau telah dimaklumkan bahawa anak perempuannya itu telah berkahwin lari dengan Wan Amizan sebagai isterinya yang ketiga. Sejak itu Wan Kelesum tidak dibenarkan berjumpa anak gadisnya itu. Difahamkan salinan report polis tersebut telah digunakan oleh pihak tertentu sebagai satu isu untuk menghalang Wan Amizan daripada memenangi pertandingan dalam Umno Bahagian Jerantut baru-baru ini. Malangnya Wan Amizan telah menang besar dan bergaya dengan majoriti 80 undi menewaskan pencabarnya. Puak UMNO memang sudah buta matanya, biarpun mereka tahu pemimpin terbabit terlibat dengan berbagai skandal seks dan rasuah, namun mereka tetap memilihnya untuk diangkat sebagai pemimpin. Wan Amizan dipercayai adalah anak didik TPM Najib Razak. Maka kita tidak hairan beliau terus menang bergaya biarpun akhlaknya tidak seberapa. Ini kerana puak-puak UMNO tidak penting semua itu. Janji, mereka diberikan imbuhan untuk memilih calon terbaik. Semoga dengan ini UMNO akan terus berkarat dan akhirnya mereput dalam masa terdekat ini. UMNO sukar untuk memulihkan imej dikalangan rakyat. Rakyat semakin bijak untuk membuat penilaian kini. Maka yakinlah, dengan sikap puak-puak UMNO ini, ianya akan menjurus kepada kehancuran parti itu nanti].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment