"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Tuesday, November 11, 2008

Lim Kit Siang persoal ketelusan pemilihan NC


Kuala Lumpur, 11 November - Lim Kit Siang dalam blognya hari ini menyifatkan proses pemilihan Naib Canselor Universiti Malaya sebagai tidak setelus yang dijanjikan oleh Menteri Pengajian Tinggi baru dan sebelum ini.
Beliau menyifatkan ‘tidak ada sesiapa pun tahu yang Datuk Rafiah Salim akan digantikan sebagai Naib Canselor dan bahawa beliau diberikan notis 48 jam’. Turut ditambah beliau berkenaan tiada langsung pemberitahuan bahawa pencarian Naib Canselor Universiti Malaya yang baru telahpun bermula.
Beliau juga mempersoalkan siapa yang mengetuai pencarian tersebut dan juga siapakah yang tersenarai dalam senarai calon-calon Naib Canselor baru Universiti Malaya.
Lim juga menambah bahawa seharusnya proses pencarian tersebut dibuat secara terbuka dan telus untuk membolehkan sesiapa yang berminat untuk menghantarkan permohonan kepada jawatankuasa terbabit, agar yang benar-benar layak, tanpa mengira bangsa dan agama dapat dipilih untuk menaikkan semula kecemerlangan akademik universiti-universiti di Malaysia selain setaraf dengan universiti terbaik dunia.
Beliau juga turut menyatakan tahniah kepada perlantikan Naib Canselor Universiti Malaya yang baru, Prof Dr. Ghauth Jasmon - Mahasiswakini
Mahasisw Malaysia memahami kebimbangan Lim Kit Siang dalam soal pemilijan Naib Canselor Universiti Malaya. Kebimbangan Lim Kit Siang wajarlah difahami sebagai keinginanan untuk melihat Universiti Malaya muncul sebagai antara pusat kecemerlangan terunggul di dunia. Mahasiswa Malaysia memuji sikap kepedulian Lim Kit Siang terhadap kecermerlangan pendidiikan dalam negara.
Apapun Mahasiswa Malaysia menyokong penuh perlantikan Prof Dr Gauth. Beliau telah mempunyai rekod kerja yang cemerlang di UM dalam membangunkan beberapa kursus baru yang releven dengan pasaran kerja. Kejayaan membangunkan Universiti Multimedia daripada hanya sebuah Institut haruslah dilihat sebagai kejayaan Profesor Gauth dalam membina pusat kecemerlangan pendidikan terunggul. Sungguhpun pemilihan bagi kemasukan pelajar di Universiti Multimedia tidak seketat lain- lain Universiti awam termasuk Universiti Malaya, namun Profesor Gauth telah berjaya membuktikan graduan Universiti Multimedia adalah releven dengan kehendak pasaran kerja semasa. Buktinya, Universiti Multimedia mampu mengatasi lain - lain universiti awam dalam memenuhi kehendak pasaran kerja walaupun ia hanyalah sebuah pusat kecemerlangan pndidikan baru bukan milik kerajaan.
Kejayaan Profesor Dr Gauth membangunkan Universiti Multimedia haruslah dilihat dari sudut positif. Mahasiswa Malaysia percaya berbekalkan sokongan padu parlimen ( termasuk Lim Kit Siang ) dan kerajaan pemerintah, Universiti Malaya mampu membina semula reputasinya sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan terunggul di dalam negara. Ditambah dengan dasar UM yang megutamakan pengambilan pelajar cemerlang, Mahasiswa Malaysia yakin Profesor Gauth mampu memimpin Universiti Malaya dengan cemerlang ke arah visi menjadi antara pusat kecemerlangan pendidikan terunggul di dunia setaraf Al Azhar, Harvard, Oxford, MIT, Imperial, NUS, Princeton, LSE, Beijing University, Tokyo University, Seoul University dan setarafnya.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia