"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, November 15, 2008

Prof Datuk Dr. Hashim Yaacob Puji Perlantikan Dr Gauth Sebagai NC Universiti Malaya


Oleh Prof Datuk Dr. Hashim Yaacob
FUNGSI utama sesuatu universiti adalah untuk menyampaikan pengajaran yang baik dan bermanfaat kepada pelajarnya supaya apabila tamat pengajian, mereka menjadi orang berilmu dan berguna kepada masyarakat; menjalankan penyelidikan yang mampu membuat penemuan baru untuk kesejahteraan kehidupan manusia sejagat dan menyebarkan ilmu dalam bentuk penerbitan atau dengan cara lain yang munasabah; dan berbakti kepada masyarakat.
Untuk memenuhi kehendak itu, universiti hendaklah ditadbir dengan baik oleh pentadbir yang faham selok-belok fungsi dan peranan universiti. Berikutan itu pelantikan Prof Datuk Dr Gauth Jasmon ke jawatan Naib Canselor Universiti Malaya menepati hasrat sesebuah universiti kerana memenuhi syarat di atas. Dr Gauth adalah seorang ilmuwan yang disegani, di dalam bidang kepakarannya iaitu Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Beliau adalah pemegang ijazah Sains Kejuruteraan dengan kepujian kelas pertama dari University of London, dan PhD daripada universiti sama. Beliau menghasilkan banyak penerbitan yang berwibawa di dalam jurnal antarabangsa. Penerbitan beliau ini sering dirujuk ramai pakar di dalam bidang itu di seluruh dunia.
Dr Gauth adalah seorang yang terbaik dari segi kekuatan penerbitan ilmiah mengikut Science Cited Index dalam bidangnya. Kita akan dapat membaca penerbitannya dalam kira-kira 30 jurnal antarabangsa dan 50 penerbitan prosidang. Beliau juga seorang Felo dalam Institusi Kejuruteraan Antarabangsa yang berwibawa seperti IEE, IE Australia dan IEEE.
Dari segi pengajaran pula, Dr Gauth mula berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya sejak 1982 lagi. Kemudian dilantik ke jawatan Profesor Madya pada 1989 dan Profesor pada 1992.
Ketika di Universiti Multimedia (MMU) beliau masih lagi membabitkan dirinya di dalam bidang pengajaran. Pengalaman sebegini luas di dalam mengajar mahasiswa pada tahap ijazah dan pasca-ijazah semestinya memberikannya banyak kekuatan.
Dalam pentadbiran universiti pula Dr Gauth banyak memegang jawatan pentadbiran ketika beliau di Universiti Malaya dulu. Beliau memegang jawatan Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik (1986-1988), Dekan Fakulti Kejuruteraan (1992-1995) dan akhirnya pada 1995 diangkat menjadi Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya.
Pada 1996, beliau dilantik menjadi Presiden Universiti Multimedia dan kekal di jawatan itu sehingga akhir 2007.
Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang bijak memilih Dr Gauth sebagai Naib Canselor Universiti Malaya yang baru. Saya berasa sangat selesa dengan pemilihan ini kerana orang yang dipilih itu amatlah sesuai kerana memenuhi syarat yang diperlukan untuk menerajui Universiti Malaya yang terulung ini.
Saya mengucapkan selamat dan sejahtera kepada Universiti Malaya di bawah pimpinan Dr Gauth.
(Penulis Merupakan Penasihat THE-QS World Rankings dan merupakan mantan Naib Canselor Universiti Malaya) -

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia