"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Saturday, November 15, 2008

Ayah Pin Tak Kena ISA ke SESATKAN UMAT ISLAM, MENGAKU NABI ?????


KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menyifatkan Ayah Pin atau nama sebenarnya Arif Muhamad, 65, masih lagi satu ancaman kerana pengaruh ajaran sesatnya belum berkubur sepenuhnya. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata walaupun demikian sebarang tindakan untuk menangkapnya tertakluk kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memandangkan polis tidak boleh melangkaui keputusan jabatan itu yang berkuasa terhadap hal berkaitan agar Islam. “Dalam tempoh terdekat, mungkin ada ke arah itu (penahanan),” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara,semalam yang mengarahkan polis Terengganu mendapatkan penjelasan daripada JHEAT yang belum membenarkan polis menahan Ayah Pin walaupun dia dipercayai pulang ke negara ini dari Selatan Thailand, baru-baru ini. Beliau berkata bahawa dalam pertemuan dengan JHEAT semalam, polis dimaklumkan bahawa jabatan itu masih dalam proses memulihkan akidah pengikut Ayah Pin. “Polis dimaklumkan ada antara pengikut Ayah Pin yang sudah bersembahayang Jumaat dan kembali bercampur dengan masyarakat sekitar,” katanya. Sementara itu MB Terengganu Ahmad Said mengarahkan JHEAT supaya menyerahkan laporan terkini siasatan mengenai Ayah Pin kepada beliau dalam tempoh terdekat.
Hairan benar melihat undang-undang di Malaysia hari ini. Raja Petra yang hanya terdapat komen di dalam blognya tentang "hina Islam" dan "hina Nabi" bukan main lagi empat pemimpin agensi agama seperti (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia engurus Besar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Abdul Ghani Mohamed, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) Anan C. Mohd membuat laporan polis dan akhirnya beliau ditahan ISA baru-baru ini. Walhal perkara itu belum tentu sah ditulis oleh Raja Petra, sebab ia terkandung dalam ruangan komen artikelnya. Namun, apa yang peliknya ialah Ayah Pin yang sudah sah dan terbukti mengaku beliau adalah "Tuhan Kerajaan Langit" dan telah merosakkan akidah ramai rakyat Malaysia yang menjadi pengikutnya.
Terang-terangan membina monumen kerajaan langitnya, bahkan telah disiarkan di media massa tentang bukti-bukti tersebut. Namun kenapa pihak-pihak terbabit tidak pula membuat laporan polis? Bukankah beliau lebih hina dari Raja Petra kerana mengaku "Tuhan" !! Ini bermakna beliau menghina Islam dan telah terpesong akidahnya dan boleh diisytiharkan dirinya Murtad. Tetapi hingga ke hari ini beliau masih bebas. Bahkan pihak polis pula masih mahu menunggu siasatan JHEAT. Apakah "muslihat" disebalik semua ini. Nampak sangat 4 agensi yang membuat laporan polis terhadap Raja Petra hanya bermotifkan politik semata-mata. Sedangkan Ayah Pin tidak diapa-apakan, kerana beliau banyak menyokong UMNO Trengganu selama ini agaknya. Lantaran itulah beliau masih diberi kuasa untuk terus berkuasa. Apakah nanti Ayah Pin akan dipilih sebagai angkasawan negara ke-2 untuk pergi ke bulan dan melihat kerajaan langitnya pula?].
PAHANG DAILY

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia