Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 lalu telah membuat keputusan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’. Namun, begitu tidak sampai sebulan fatwa ini dikeluarkan sudah ada pihak tertentu tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Di bawah ini adalah video rakaman oleh Malaysiakini pada 7 November 2008 mengenai demontrasi menentang fatwa tersebut. Pengerusi Jawatankuasa tersebut, Prof Datuk Dr. Abdul Shukor Husin menyatakan fatwa tersebut dikeluarkan selepas mengkaji gejala ‘pengkid’ dan ‘tomboy’ semakin menular. Gejala ini amat membimbangkan umat Islam bukan hanya perwatakan seperti lelaki bahkan ‘golongan’ ini tidak lagi berminat dengan lelaki tetapi berminat dengan kaum sejenis.
Tuesday, November 11, 2008
Mahasiswa Malaysia Menyokong Penuh Keputusan Fatwa Mengharamkan Pengkid/ Tomboy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment