"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Tuesday, November 11, 2008

Mahasiswa Malaysia Laman Untuk Mahasiswa Malaysia Mengucapkan Tahniah Di Atas Perlantikan Naib Canselor Universiti Malaysia Yang Baru


Mahasiswa Malaysia menyokong penuh perlantikan bekas Presiden dan pengasas Universitu Multimedia sebagai Naib Canselor Universiti Malaya, iaitu universiti tertua di Malaysia.
Mahasiswa Malaysia penuh yakin dan percaya perlantikan Naib Canselor yang baru dibuat dengan penuh teliti dan mengambil kira suara dan kehendak 26 juta rakyat Malaysia termasuk pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.
Pemilihan Naib Canselor yang bebas pengaruh politik kepartian, mempunyai reputasi cemerlang dan dihormati rakan sekerja, staf dan pelajar diyakini dapat membantu mebina semula kecemerlangan Universiti Malaya sebagai gedung ilmu terulung di Malaysia.
Mahasiswa Malaysia percaya pengalaman Profesor Gauth dalam membina Universiti Multimedia daripada kosong sehingga dikenali sebagai sebuah institusi pendidikan berwibawa bolehlah digunakan untuk megembalikan kecemerlangan Universiti Malaya sebagai sebuah pusat pendidikan terunggul yang bukan sahaja mampu mengeluarkan graduan berkualiti tinggi, bahkan apa yang lebih penting mampu menjadi sebuah pusat kecemerlangan pendidikan setaraf universiti ternama dunia seperti Al Azhar, Harvard, MIT, Imperial, Oxford, Cambridge, NUS dan seumpamanya.
Kecemerlangan profesor Gauth sendiri bolehlah dijadikan aspirasi kepada golongan pendidik, staf dan mahasiswa di Universiti Malaya dimana beliau adalah antara beberapa individu di dalam negara yang dilantik menjawat jawatan profesor ketika usia muda.
Oleh itu, Mahasiswa Malaysia mengucapkan tahniah kepada Profesor Gauth di atas perlantikan beliau sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia.
Mahasiswa Malaysia mengaharapkan perlantikan calon - calon yang terbukti cemerlang dan berwibawa seperti Profesor Gauth di Universiti Malaya dan Profesor Ir Zaini Ujang di Universiti Teknologi Malaysia mampu meletakkan Malaysia sebagai sebuah tamadun ilmu yang mampu melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Mahasiswa Malaysia percaya penstrukturan semula jawatan kepimpinan dalam universiti utama dalam negara adalah permulaan ke arah matlamat tersebut

1 comment:

RadioAtok said...

Tahniah dari FunToosurf and http://radioatok.blogspot.com Tahniah

lagu hot@mahasiswa malaysia