"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Thursday, November 13, 2008

TSUNAMI BAKAL TIBA : Adun BN Kuala Nerang Diisyhtihar Muflis... Pakatan Rakyat Kedah Sedia Tawan Rakyat Kuala Nerang


Kedah kemungkinan menyaksikan pilihan raya kecil, yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim muflis.
Timbalan Pendaftar Najwa Che Mat telah mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis 3 November lalu.
Syed Sobri dikatakan gagal menjelaskan hutang bank berjumlah RM100,000.Bagaimanapun Syed Sobri telah mengemukakan rayuan dan permohonannya akan didengar pada 1 Disember ini.
Beliau enggan mengulas apa-apa mengenainya.
Sumber-sumber Barisan Nasional (BN) pula memberitahu kes tersebut telah diselesaikan bagi mengelakkan pilihan raya kecil.
Pada 8 Mac lalu, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan kelebihan 805 undi.Syed Sobri memperoleh 7,856 undi.Speaker Dewan Undangan Negeri, Dr. Abdul Isa Ismail telah mengemukakan surat makluman mengenainya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
perisik-rakyat

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia