"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Thursday, November 13, 2008

Betoi Ka Orang Pempuan Macam Ni........!!!!!


Cite ni peringatan untuk kawan lelaki je, tapi orang pompuan take note......
hehehehe Jom kita tengok benda-benda yang selama ini menjadi rahsia yang terperam buat orang perempuan. Ini bukan mengumpat, tapi kenyataan..... jadi bagi lelaki haruslah fahami hakikat bahawa perempuan itu......
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!M enurut satu kajian; kebanyakan wanita akan berkata,tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengokbini orang terlupa bini kita! Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orangperempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempuan bila dia orang nampak ada jualan besar-esaran!Wanita memang pemurah...
sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu...
tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, merah sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suamiisteri adalah berpunca daripada suami.Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per...per...!
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja,enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepasbalik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah - tengok muka sendiri!
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata.
Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit.Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang-kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja.
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!Menurut satu perangkaan, orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja.
Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa mengibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai...
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang.
janggut-suarakaki.blogspot.com

1 comment:

rimieilya said...

setiap makhluk ciptaan Allah ada kelebihan dan kekurangan sendiri..Jika Allah dah ciptakan perempuan sedemikian rupa, maka spsgnnya yakni lelaki yg akn melengkapi setiap kekurangan atau kelebihan perempuan..

jgn salahkan perempuan bila dia tak berpakaian dn bersolek cantik didpn suami jika suami berfikir si isteri membazir membeli make up d gila shopping..

nice blog..salam

lagu hot@mahasiswa malaysia