Hakikatnya , kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU-12 lalu, sedikit sebanyak adalah sumbangan dari Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman , selaku Pengerusi SPR. Apa tidak nya , setiap kali gambar beliau keluar dalam media , cetak dan elektronik , atau keluarnya kenyataan akhbar darinya , maka bertambahlah bilangan rakyat , khususnya pengundi yang bercita – cita untuk mengundi calon – calon Pakatan Rakyat. Mungkin , ini disebabkan tahap kebencian yang cukup tinggi di kalangan rakyat negara ini terhadap tindak tanduk dan siri – siri penipuan yang dilakukan oleh nya sepanjang mengemudi SPR. Maka adalah wajar sekali sekiranya Pakatan Rakyat menghargai sumbangan besar beliau dengan menghadiahkan 5 negeri , iaitu Pulau Pinang , Kedah , Perak , Selangor dan Kelantan. Begitu juga , adalah suatu yang hampir mustahil untuk menafikan majoriti 2/3 kerajaan umno/bn di Parlimen , kalau bukan kerana kejahatan yang diterajui olehnya di SPR. Jadi sangat lah dialu – alukan sekiranya Pakatan Rakyat dapat mengadakan satu majlis khas , majlis perpisahan secara besar – besaran di seluruh negara , meraikan persaraannya , dalam masa terdekat ini. Nota Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru menggantikan Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkuat kuasa 31 Disember ini.
Tuesday, November 11, 2008
BERITA PALING GEMBIRA : Khidmat Tan Sri Rashid Abdul Rahman Sebagai Pengerusi SPR DiTAMATKAN !!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment