Topik di atas lebih kepada persoalan daripada penyataan. Ini kerana pada masa ini saya mendapati di mana-mana mereka yang terlibat di dalam hartanah termasuklah penjual, ejen hartanah serta loan officer yang menyatakan pasaran agak perlahan dengan pembeli lebih berhati-hati untuk membeli kerana menjangkakan harga hartanah akan menurun. Walaupun kebanyakan pakar dan konsultan menyatakan bahawa nilai hartanah tidak akan menurun dengan mendadak dalam beberapa tahun mendatang ini, bakal-bakal pembeli dilihat mengambil langkah yang lebih kepada ‘wait and see’. Sesetengah ejen hartanah yang saya temui juga menyatakan urusan penjualan hartanah mereka agak perlahan terutamanya yang melibatkan pelabur spekulasi seperti kondominium high-end. Harga hartanah pertengahan juga dilihat akan lebih mendatar dan sesetengah pembangunan bertingkat seperti apartment dan kondominium mungkin mengalami ‘masa sukar’ untuk dijual pada harga yang tinggi disebabkan faktor semasa dan juga bilangan ’supply’ dalam pasaran.
Buat masa ini saya juga masih tidak pasti langkah utama yang perlu diambil untuk anda yang memiliki kondominium sebagai pelaburan. Walaupun saya juga baru membeli sebuah lagi medium cost apartment sebagai pelaburan tetapi saya melihatnya lebih kepada pasaran sewa dan bukannya capital appreciation. Bagi saya jenis hartanah ini jika berada pada lokasi yang betul (mempunyai permintaan sewa yang tinggi) masih boleh survive jika berlaku kegawatan kerana ianya masih di tahap keperluan asas untuk mereka yang memerlukan - sebagai rumah untuk didiami oleh mereka yang menyewa. Walau bagaimanapun, memiliki kondominium dengan harga sewa yang tinggi akan menyebabkan penyewa berkemungkinan mencari pilihan lain dengan jenis yang serupa, di kawasan yang sama tetapi dengan kadar sewa yang lebih rendah. Ini kerana pada pemerhatian saya penawaran kondominium pada masa ini agak tinggi di pasaran dan pemilik berlumba-lumba untuk mendapatkan target penyewa yang sama dan akhirnya mungkin terpaksa menurunkan kadar sewa untuk cover bayaran bulanan mereka. Ini adalah langkah terakhir yang biasanya pelabur rumah jenis ini terpaksa lakukan daripada terpaksa menanggung kerugian setiap bulan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memiliki kondominium di lokasi strategik seperti berhampiran kolej dan sebagainya yang mempunyai permintaan yang tinggi, ianya mungkin tidak memberikan kesan kepada anda. Walau bagaimanapun, perhatikan pembangunan di kawasan sekeliling kerana pertambahan pembangunan yang sama akan memberikan kesan kepada pulangan pelaburan. www.tipshartanah.com/blog
-->
No comments:
Post a Comment