"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, November 10, 2008

Rang Undang-Undang AUKU Wajar Dipinda dan Diwartakan Segera

Rang Undang-Undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2008 (AUKU) telah dibacakan buat pertama kalinya pada 16 Julai lalu. Sebelum itu, rang undang-undang kontroversi ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Julai lalu.
Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dan Usul-Usul bertarikh 6 November, jelas bahawa Rang Undang-Undang AUKU (Pindaan) 2008 (Selepas ini ditulis Rang Undang-Undang ini) akan dibacakan kali kedua selepas perbahasan ke atas Rang Undang-undang Perbekalan 2009 (D.R.16/2008) serta Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2009 dan juga Rang Undang-undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008.
Bagi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM), kami amat menanti-nantikan Rang Undang-Undang AUKU (Pindaan) 2008 ini dibacakan kali kedua di dalam Parlimen sebelum berlangsungnya Pilihanraya Kampus pada tahun hadapan.
Hal ini kerana terdapat nilai demokrasi yang dapat memberi manfaat kepada mahasiswa dalam Rang Undang-Undang tersebut di samping inginkan wujudnya pindaan dibuat terhadap Rang bernombor 12/2008 itu.
GMUKM berharap agar Rang Undang-Undang ini tidak dipintas oleh Rang Undang-Undang lain yang mengikut aturan, terdapat sebanyak 5 rang undang-undang di belakang rang AUKU untuk dibacakan kali kedua.
Walaubagaimanapun, kerisauan GMUKM terhadap kegagalan Parlimen membahaskan Rang Undang-Undang AUKU ini berteraskan kepada peristiwa langkauan Rang Undang-Undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) yang telah dibawa ke Parlimen pada 18 Ogos 2008 lalu dan dibaca kali kedua pada 26 Ogos lalu sedangkan sepatutnya akta AUKU yang dibahaskan selepas perbahasan pindaan Akta Pendidikan.
Hal ini satu langkauan yang jelas mengecewakan mahasiswa walaupun dikatakan bahawa Akta DNA itu amat penting bagi menanangi isu jenayah melibatkan hubungan intim yang perlu diselesaikan segera.
Justeru, GMUKM berharap agar Rang Undang-Undang ini dibacakan kali kedua pada tahun ini juga sebelum diluluskan oleh Dewan Negara pada bacaan kali ketiga dan diwartakan sebagai Undang-Undang sebelum PRK ini.
Diharap agar perutusan Yang Dipertua bahawa Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang ditambah selama empat hari lagi iaitu dari 15 hingga 18 Disember 2008 bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain dapat diselesaikan, jelas melegakan mahasiswa yang mahupun pindaan dibuat terhadap Akta beusia 37 tahun ini.
selanjutnya

1 comment:

AIDC said...

adakah anda dapat beri jaminan anak anda akan tidak terikut dengan ahklak tidak baik, semua ayah dan ibu ingin anak mereka menjadi anak yang baik. Jangan terlalu perlekehkan org.

lagu hot@mahasiswa malaysia