"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, January 14, 2009

Anwar Ibrahim Vs Ezam Mohd Noor


Menyorot perbalahan antara bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Noor dan bekas ketuanya, Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung isu 'surat perdamaian' yang melewati kerancakan kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Walaupun pada asasnya apa yang didedah Ezam itu bukanlah isu yang boleh menyentuh minda pengundi di Kuala Terengganu, namun sedikit sebanyak ia menjadi fokus kepada seluruh masyarakat.
Ezam berhujah bahawa Anwar sendiri yang mengajar kepadanya tentang kebatilan itu tidak boleh disimpan walaupun 10 tahun atau sampai bila-bila.
Bagi Ezam, kebatilan yang kononnya didakwa dilakukan Anwar mengenai usaha menyuruh Ezam menemui Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik sahaja dipecat dari kerajaan pada 7 dan 8 September 1998 perlu didedahkan.
Isu itu kini mula berlegar dikalangan peminat dan musuh-musuh Ezam yang mungkin mua berkira-kira untuk menjawab persoalan yang diutarakan Ezam terhadap Anwar itu.
Hari ini, Ezam seperti yang dilaporkan Sinar Harian akan mendedahkan rahsia yang dinyatakan Ezam bakal mendedahkan siapa sebenarnya Anwar.
Anwar pula pastinya akan ada hujahnya yang tersendiri terhadap bekas Setiausaha Politiknya itu dan ia bakal ditunggul ramai penyokongnya.
Namun persoalannya di sini apalah peri pentingnya Ezam membungkai bicara perihal Anwar hanya pada pilihan raya kali ini yang pastinya KeADILan tidak bertanding.
Sedangkan jika beliau mahu membongkar rahsia itu yang kononnya bakal tidak terjawab deka Anwar, mengapa tidak pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh lalu?.
Ezam pastinya mempunyai strategi tersendiri, namun seperti kata Naib Presiden PAS, integriti bekas Ketua AMK itu sendiri sudah tidak boleh dipercayai apabila dakwaan pemimpin sebelum ini yang dikatakan ada dalam enam kotak rahsia masih belum didedahkan sepenuhnya.
Begitu juga ujar ada benarnya kata Husam yang melihat mengapa Ezam tidak bersungguh-sungguh untuk membanteras rasuah yang berlaku dalam pemilihan Umno.
Hasrat Ezam menyertai semula Umno tahun lalu adalah untuk menghapuskan rasuah, justeru hal ini sangatlah dituntut kerana kata Husam ia semakin parah dalam Umno.
Begitupun yang diperkatakan tentang perihal Ezam-Anwar, rakyat kebanyakan pastinya mahu mengetahui isu sebenar yang tidak sekadar meniti dibibir media.
Sebaliknya kata seorang rakan penulis, Zuhairi Mohammad yang kini berkempen di Kuala Terengganu, perlunya satu pentas yang khas untuk dua tokoh ini menjelaskan segala yang keliru.
Peri pentingnya dua tokoh ini bertemu ialah bagi menjelaskan kepada rakyat apakah hal sebenar yang belaku, kata rakan itu lagi.
Benarlah mungkin apa yang disimpulkan seorang penganalisis sosial, Dr Riduan Tee Abdullah dalam rancangan Hujah pada 13 Januari lalu yang dikendalikan Pensyarah UKM, Dr Agus Yusof.
Kata Dr Riduan, seseorang pemimpin itu perlu ikhlas kepada rakyat dan segala yang dilakukan bukanlah untuk membuncitkan perut atau mengkayakan kroni, sebaliknya matlamat membela rakyat tanpa mengira latar belakang adalah keutamaan.
Terserah kepada Ezam dan Anwar untuk menyatakan perihal masing-masing, dan pentas terbuka mungkin sesuai bagi semua ini.
Anwar pernah bertemu Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shaberry Cheek dalam debat khas isu kenaikan minyak, dan pastinya keberanian Anwar ini adalah kunci kejayaan beliau selaku pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).
Kejayaannya dalam debat itu menyuntik semangat rakyat, dan kini rakyat terus menyokong kepimpinan beliau.
Mungkin kali ini pentas terbuka sekali lagi menjadi wadah Anwar menjawab persoalan Ezam, terpulang kepada tokoh-tokoh ini?._

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia