"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, January 12, 2009

Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional Bergabung Bentuk Satu Parti Hari Ini




Oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia
Persidangan khas Parlimen hari ini mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dalam sejarah Malaysia apabila Dewan Rakyat mengadakan sidang tergempar parlimen bagi tujuan membela nasib rakyat bumi Palestin.
Apa yang lebih membanggakan buat pertama kalinya juga semua Ahli - ahli Parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri - menteri bahkan ahli Parlimen berbangsa Cina, India dan etnik lain hadir sebagai simbolik menyokong usaha membela rakyat Palestin. Juga turut kelihatan pada hari ini Tengku Razaleigh Hamzah iaitu veteren UMNO dan Ahli Parlimen Gua Musang yang pernah memimpin Semangat 46 juga turut meluangkan masa untuk hadir ke sidang khas tergempar ini.
Sejarah juga tercipta apabila ahli - ahli Parlimen baik dari Pakatan Rakyat, Barisan Nasional ataupun Bebas sama- sama senada satu suara mengutuk dan mengecam penindasan Zionis di Israel terhadap rakyat- rakyat Palestin di muka bumi mereka sendiri. Dalam kata lain tidak timbul hari ini soal mewakili mana- mana parti sebaliknya apa yang kelihatan hari ini hanyalah suara mengutuk dengan keras kezaliman Israel seolah - olah semua Ahli Parlimen ini datang dari parti atau pakatan yang sama.
Menyentuh perbahasan pada hari ini, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR mencadangkan agar Malaysia bukan sahaja mengutuk Israel sebaliknya mengutuk dengan keras juga negara Amerika Syarikat, White House dan Presiden Amerika yang secara terang- terangan menyokong hasrat Israel melakukan kekejaman terhadap rakyat di bumi Palestin.
Manakala Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga pemimpin no 1 DAP dengan keras menyeru kerajaan agar mengambil langkah tegas dan drastik bagi menunjukkan sokongan penuh terhadap perjuangan rakyat Palestin. Beliau juga menyeru agar Menteri Dalam Negeri yang mengawal pasukan polis agar mengambil tindakan yang lebih lembut terhadap penganjur dan peserta demonstrasi mengecam Israel juga membebaskan dengan segera aktivis- aktivis Demonstrasi mengecam kezaliman Israel yang ditahan pihak polis. Ini penting bagi membuktikan kerajaan benar- benar prihatin terhadap penindasan yang berlaku di Bumi Palestin. Katanya adalah penting untuk membenarkan rakyat berdemonstrasi bagi menunjukkan tanda protes mereka terhadap kezaliman Israel dan sekutu- sekutunya terhadap rakyat di Bumi Palestin.
Hampir semua Ahli Parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional mengambil bahagian dalam perbahasan hari ini termasuklah Ketua Pembangkang, Presiden PAS, Setiusaha Agung DAP dan pemimpin - pemimpin utama parti - parti politik dalam Kompenen Barisan Nasional. Sehingga artikel ini ditulis pada jam 9.20 malam, perbahasan khas isu Palestin ini sedang rancak dibahaskan ahli - ahli Parlimen.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia