"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, January 12, 2009

Pro-M USM Persoal Taraf Apex

Kesedaran
Hari ini sudah hampir dua minggu Rejim Zionis Laknatullah melancarkan serangan ke atas para pejuang-pejuang mujahidin Hamas. Sasaran juga tidak terkecuali pada penduduk awam tidak kira tua, muda hatta kanak-kanak.
Seluruh dunia menyatakan simpati dengan serangan tersebut pelbagai cara. Tidak terkecuali juga bagi sebilangan rakyat Malaysia yang dalam hatinya punya kesedaran terhadap apa yang berlaku ke atas negara Palestin.
Pelbagai cara dibuat bagi memberikan kesedaran, mengutip dana, larian amal termasuk forum-forum dan kempen. Bagi Universiti Sains Malaysia (USM) sendiri selaku universiti tersohor pertama negara yang mendapat status Apex Universiti (AU) juga tidak ketinggalan mengadakan pelbagai cara bagi menyedarkan warga kampus tentang penderitaan rakyat Palestin.
Namun, usaha ini tampak tidak mendapat sambutan hangat daripada warga kampus lantaran banyaknya program lain yang menjadi pilihan para pelajar.
Warga Hiburan dan Keseronokan
Penulis amat kesal dan hanya mampu menggeleng kepala apabila warga kampus Apex Universiti berpusu-pusu untuk ke Dewan Budaya untuk menghadiri Malam Kesenian Anak-anak Negeri bagi merebut Piala Naib Canselor 5hb lalu.
Tatkala serangan hebat Rejim Zionis Laknatullah ke atas pejuang-pejuang islam kita di Palestin, warga kampus kita dengan tawa dan riangnya bersuka ria tanpa sekalipun memikirkan penderitaan yang dialami saudara-saudara seagama di Palestin.
Bukannya yang menari dan terkinja-kinja itu bangsa cina, India ataupun mat saleh tapi warga kita yang beragama ISLAM. Amat cetek sekali sensitiviti mahasiswa kita berkaitan isu Palestin ini. Sepatutnya, taraf AU yang dikecapi kini, mampu membuatkan dan melahirkan mahasiswa yang bijak dan sedar akan isu semasa dalam masyarakat.
Tidak cukup setakat itu, pada 9hb hingga 11hb ini, diadakan pula Karnival Rakan Muda yang bertemakan “Menjana Perubahan Generasi Masa Depan” dengan penajaan besar daripada Milo dan Cimb Bank.Menjana generasi masa depan? Dengan pelbagai acara seperti Live Band, shuffle, program sukan dan nyanyian?
Dengan program serupa ini ke kita ingin menjana perubahan? Penulis rasa ingin tergelak namun dalam masa yang sama berfikir sejenak adakah dengan program semacam ini kita mampu menjana generasi masa depan?
Memang kita mampu menjana generasi masa depan tapi menjana generasi hiburan dan suka berhibur. Mana pengisian atau program berbentuk ilmiah?
Dapatkah anda semua gambarkan kepimpinan masa hadapan yang akan diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang gemar berhibur dan berseronok tanpa adanya penerapan aspek ilmu dan pengamalan agama itu sendiri?
Adakah masa muda kita hanya dihabiskan dengan berseronok, berhibur dan mencari populariti untuk dikenali orang ramai? Bangga dikenali? Terkenal?
Dengan pencapaian ini akan dibawa mengadap pada Sang Pencipta, Allah SWT?Adakah ini yang anda akan jawab di mahkamah agung Allah tentang masa muda yang digunakan? Berseronok tanpa mempedulikan saudara seislam yang ditindas di Palestin dan negara-negara lain?
Adakah anda sanggup bersama-sama menghantar nama menjadi sukarelawan untuk membantu mujahidin Hamas di Palestin sana?
Semua persoalan ini penulis lontarkan kembali pada diri penulis dan para pembaca sekalian. Adapun penulisan ini bukan untuk menghukum atau mencari kesalahan sesiapa, namun ianya dibuat atas dasar untuk memberi kesedaran pada mahasiswa yang terlalu banyak leka dengan masa muda disamping untuk ingat-mengingati sesama saudara islam.
Daripada Abdullah Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda: 2 nikmat yang ramai manusia terpedaya dengannya iaitu SIHAT dan KELAPANGAN. (HR BUKHARI)
Oleh itu, penulis dan seluruh barisan Pro-Mahasiswa USM, menyeru seluruh warga kampus supaya sama-sama kita menjana perubahan pada tahun baru 2009 ini dengan bersikap lebih matang dan tidak terlalu leka dengan permainan dunia semata

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia