"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, January 11, 2009

Mahasiswa UTM.. Please Undi Calon Ini

Calon Umum MPP UTM 2009
Nama : MUHAMMAD ZAKI BIN OMAR
Fakulti : Fakulti Pendidikan, UTM
Kursus : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Tahun : 2
Asal : Kuala Terengganu, Terengganu
PENCAPAIAN
Ketua Pengawas Sekolah (2002)
Pengerusi Persatuan Silat (2002)
Pengerusi Kelab Bahasa Melayu (2002)
Ketua Rumah Sukan (2002)
Pengerusi ALUMNI Sekolah (2003-2004)
Diploma Kejuruteraan Elektrik Elektronik, UTMKL International Campus (2006)
Biro Keusahawanan Kolej 16/17 (2008)
Naib Presiden II, Persatuan Mahasiswa Pendidikan (2008)
BACKGROUNDSR
Pasir Panjang, K.Trg
SMK Bandar, K.Trg
UTMKL International Campu
MANIFESTO
Memastikan KEBAJIKAN mahasiswa diutamakan dan setiap permasalahan yang diutarakan mendapat perhatian yang utama.
Berusaha agar PERPADUAN antara kaum sentiasa terpelihara dan ditingkatkan dari masa ke semasa.
Memastikan agenda pencapaian AKADEMIK yang cemerlang melalui forum, dialog, program-program PENDIDIKAN dan kursus kemahiran dilaksanakan dalam memberi nilai tambah kepada mahasiswa.
Mendepani arus KEPIMPINAN pelajar agar hak-hak mahasiswa UTM terpelihara.DARIPADA MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Selamat sejahtera..Salam perpaduan..
Dalam usaha untuk melaksanakan isi kandungan manifesto di atas, dokongan dan sokongan daripada anda semua para pengundi amat penting untuk memastikan segala agenda yang terkandung dalam manifesto di atas berjaya untuk dilaksanakan.Undian daripada anda akan menentukan kemenangan saya sebagai calon umum dalam Pemilihan Perwakilan Pelajar kali ini
Ke Arah Peningkatan Kualiti Kebajikan
Assalamualaikum wbt..
Selamat sejahtera..
Salam perpaduan..
Kebajikan mahasiswa telah menjadi isu yang diperkatakan sejak sekian lama. Setelah beberapa generasi kepimpinan MPP berlalu, perkara ini masih diperkatakan kerana keperluan manusia sentiasa berubah dari masa ke semasa.Apa masalah yang kita hadapi sebenarnya?
Apakah bentuk kebajikan pelajar yang masih belum disediakan oleh pengurusan universiti? Bas? Wifi? Parking berbumbung? Mungkin anda sendiri boleh nyatakan.
Di sini saya ingin mengutarakan bahawa kebajikan yang akan saya bawa bukan lagi yang stereotaip yang menumpukan pada satu sudut sahaja.
Berkaitan wifi dan perkhidmatan bas. Tidak dinafikan bahawa setiap kolej sudah mempunyai kawasan akses wifi yang tersendiri dan perkhidmatan pengangkutan bas pelajar berfungsi di semua kolej. Saya percaya pihak HEP dan CICT telah berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik kepada pelajar. Terima kasih kepada mereka!
Walau bagaimanapun, kita masih manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan juga kekurangan. Wifi ada dan telah disediakan tetapi liputannya tidak meluas, signal lemah, penghantaran data yang bermasalah. Perkhidmatan bas juga berjalan lancar tetapi kelewatan juga masih berlaku dan sesetengah mahasiswa lewat ke kelas.
Oleh itu, saya Muhammad Zaki bin Omar akan berusaha sedaya upaya untuk memperjuangkan perkhidmatan wifi yang lebih baik di setiap kolej. Melalui MPP, saya akan berusaha bersama CICT mencari jalan penyelesaian terbaik. Usaha ini telah mula dijalankan di kolej penginapan saya, Kolej 16/17 yang bukan sahaja melibatkan pihak Kolej dan CICT, malah pelajar yang mahir dalam bidang Elektrik Elektronik akan turut berusaha bersama-sama.
Kami ada caranya, InsyaAllah.Saya akan memperjuangkan perkhidmatan bas yang lebih baik. Saya melalui MPP akan duduk semeja bersama HEP untuk mencari jalan bagaimana kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan bas dapat dipertingkatkan.Melalui MPP saya akan berusaha bekerjasama dengan pihak kolej untuk menyediakan parking berbumbung bagi pelajar bermotosikal.
Saya akan duduk semeja berbincang dengan pengurusan kolej-kolej, memohon pihak pengurusan untu memperuntukkan belanjawan bagi menyediakan parking berbumbung untuk 50 buah motosikal pelajar setiap semester.Oleh itu, saya Muhammad Zaki bin Omar memerlukan kerjasama anda untuk membolehkan agenda WIFI YANG BERKUALITI dan PERKHIDMATAN BAS YANG CEKAP berjaya dilaksanakan.
Berikan saya SATU daripada undi-undi anda!
MAKLUMAT LANJUT... http://www.mzakio.blogspot.com/

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia