Skudai, 11 Jan - Pro Mahasiswa UTM semalam sekali lagi mengadakan rapat umum bertempat di Arked Kolej 9. Ratusan Mahasiswa yang hadir menyambut baik rapat umum yang dianjurkan.
Ramai Mahasiswa yang mengetahui rapat umum ini sanggup datang dari kolej yang jauh dari Arked K9 semata-mata untuk melihat rapat umum yang diadakan oleh Pro Mahasiswa. Ini merupakan respon yang agak baik dan sambutan terhadap pro mahasiswa setakat ini sungguh menggalakkan. Jentera Pro Mahasiswa juga terpaksa menolak beberapa tempahan terhadap baju oren Pro Mahasiswa yang telah habis dijual dalam masa yang begitu singkat.
Rapat Umum tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran ASPIRASI atau lebih dikenali dengan Evolusi Mahasiswa dengan seragam merah semasa calon Pro Mahasiswa sedang menyampaikan ucapan. Kehadiran ASPIRASI ke Arked K9 di sambut baik oleh Pro Mahasiswa dengan Laungan “Selamat Datang” oleh semua penggerak Pro M. Namun pertembungan tersebut tidak menimbulkan sebarang perkara yang tidak di ingini. Setelah duta-duta Pro Mahasiswa selesai menyampaikan ucapan dan manifesto yang ingin dibawa kepada pengunjung Mahasiswa UTM yang hadir, Saudara Hafiz yang merupakan Pengerusi Majlis pada rapat umum hari ini merangkap ketua jentera Pro Mahasiswa UTM, seterusnya membuka gelanggang dan menawarkan kepada semua calon-calon Umum ASPIRASI untuk mengadakan debat terbuka bersama calon-calon Pro Mahasiswa UTM berkenaan isu kepimpinan kampus. Sementara menunggu calon ASPRISI mencari calon yang sesuai, penggerak Pro Mahasiswa sempat melaungkan “mari..mari..mari debat” sebanyak 4 kali . Cabaran untuk berdebat secara terbuka tersebut adalah untuk membuktikan kepimpinan manakah yang layak, berkaliber dan berwibawa untuk memimpin mahasiswa pada masa akan datang. Namun cabaran dan tawaran dari Pro Mahasiswa untuk berdebat tidak berani disahut oleh mana-mana calon umum ASPIRASI mahupun ketua jentera mereka sendiri. “Sekiranya isu kepimpinan tidak dapat dihadam dengan baik oleh mana-mana calon ASPIRASI, apakah lagi yang mereka ingin perjuangkan,” ujar saudara Hafiz semasa ditemuramah.-mahasiswakini
No comments:
Post a Comment