KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Hrkh) - Sejak penamaan calon 6 Januari lalu, tumpuan pertandingan adalah antara Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh daripada BN dan Mohd Abdul Wahid Endut daripada PAS. Turut bertanding calon Bebas, Azharudin Mamat@Adam. Kerusi itu kosong berikutan kematian Dato'Razali Ismail daripada BN pada 28 November lalu. 80,229 pengundi yang akan membuang undi hari ini di nasihatkan keluar mengundi awal berikutan Jabatan Meterologi meramalkan hujan pada sebelah petang. Kawasan Kuala Terengganu yang mempunyai 80,229 pengundi termasuk 838 pengundi posmasing-masing akan membung undi di 36 pusat mengundi yang akan dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang ini. Kemenangan dilihat banyak bergantung kepada pengundi atas pagar, kerana lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di situ adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.
Friday, January 16, 2009
Pengundi Dinasihat Keluar Awal, Petang Diramal Hujan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment