"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Friday, January 16, 2009

Kemenangan PAS Di Kuala Terengganu Akan Mempercepatkan Jejak Ke Putrajaya


KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajak para pengundi Kuala Terengganu mengundi calon PAS esok sebagai pencetus kepada tumbangnya kerajaan Barisan Nasional.
Katanya, jika Pakatan Rakyat melalui calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut berjaya menawan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dikuasai BN, ianya merupakan suatu perubahan besar kepada 'trend' sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Berucap di perkarangan Pejabat Perhubungan KeADILan negeri sebentar tadi, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan, pihaknya akan tetap meneruskan agenda menawan Putrajaya.
Katanya, kemenangan Wahid bukan sahaja akan menambah bilangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, tetapi ianya bakal menggugat keyakinan rakyat terhadap BN.
Katanya, berdasarkan sokongan hebat masyarakat keturunan Tionghua di Kuala Terengganu terhadap kempen-kempen Pakatan Rakyat, beliau yakin gelombang 8 Mac 2008 tetap bersemarak.
Anwar menegaskan, rakan-rakan di Malaysia Timur tetap bersama beliau untuk berhijrah meninggalkan BN untuk menyertai Pakatan Rakyat.
"Malah kita mendapat jaminan dari Ahli Parlimen BN dari kalangan Umno juga (untuk menyertai Pakatan Rakyat)," tegas beliau.
Beliau menegaskan BN terbukti gagal untuk mentadbir negara dengan baik, khususnya dalam menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
Katanya, inilah masa yang terbaik untuk rakyat membuktikan 'trend' penolakan yang berterusan terhadap BN, dengan memilih calon Pakatan Rakyat

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia