Sungguh puas berada di Kuala Trengganu. Akhirnya calon PAS Abdul Wahid Endut menang pilihanraya kecil ini dengan majoriti undi 2,631. Berita itu disambut dengan laungan takbir oleh para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di sepanjang jalan di hadapan Stadium Negeri dekat sini. Bagai sudah dijangka oleh banyak pihak, melihat sokongan padu daripada rakyat disini menjadi petanda kehancuran UMNO dan BN. Sungguh memalukan, dengan jutaan wang ringgit yang ditaburkan akhirnya mereka tewas dengan majoriti yang lebih besar daripada kemenangan yang diperolehi pada pilihanraya umum ke-12 lalu. Inilah tanda-tanda jelas bahawa UMNO dan BN sebenarnya sudah ditolak rakyat. Sejak awal-awal lagi kami melihat dimana-mana termasuk jalan-jalan sekitar Kuala Trengganu dibanjiri dengan penyokong Pakatan Rakyat. Mereka yang datang dari seluruh negara gembira dan bersyukur dengan kemenangan ini. Satu hadiah yang paling lumayan buat seluruh rakyat yang cintakan keadilan sebenarnya. Kami sempat mengikuti sambutan kemenangan dimana ribuan rakyat Trengganu berarak di tengah-tengah bandaraya itu. Kelihatan juga para remaja yang menunggang motorsikal sambil membawa bersama bendera PAS mengelilingi bandaraya ini dan mewujudkan satu suasana yang begitu gamat sekali. Di Taman Awam Batu Buruk, kelihatan juga masih ramai para penyokong Pakatan Rakyat yang berada di situ. Mereka semua teruja atas kemenangan yang tidak diduga dan senantiasa berbangga dengan apa yang berlaku. Sejarah tercipta bahawa Pakatan Rakyat semakin diterima. Rentetan kemenangan di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu ini bakal memberikan suntikan semangat untuk melihat kejayaan di tempat lain pula. UMNO dan BN kini sudah tidak boleh mendabik dada bahawa mereka masih gagah dan kuat. Takdir penentu segala, bahawa mereka kini semakin diambang kehancuran dan bakal tenggelam ditelan dek zaman. Maka itu kami amatlah berharap kepada rakan-rakan yang masih berada dalam UMNO dan BN supaya mulalah melakukan penghijrahan demi masa depan generasi akan datang. Ingatlah, bahawa kebenaran itu bakal tertegak juga akhirnya. Semoga kita akan bertemu lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Akhirkata, kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh petugas pilihanraya yang telah berjuang bermati-matian di Kuala Trengganu. Salam perjuangan dari Pahang Daily Onlin. Tunggu laporan bergambar disini mulai esok. Sekian Terima kasih
Saturday, January 17, 2009
PAS Ulangi Kejayaan 1999
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment