"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Tuesday, December 2, 2008

5 Cadangan Hebat Lim Guan Eng Memperkasakan Usahawan


oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia
Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang dalam sesi soal jawab lisan persidangan dewan rakyat ( parlimen ) pada hari selasa 2 Disember 2008 telah mengemukakan 5 cadangan bernas bertujuan membantu usahawan- usahawan di Malaysia untuk terus bertahan dan berdaya maju dalam menghadapi persekitaran ekonomi yang tidak menentu.
Menariknya 5 cadangan tersebut diakui sendiri oleh Menteri Pembagunan Usahawan dan Koperasi sebagai satu cadangan bernas dan akan dipertimbangkan oleh kementerian berkaitan untuk dilaksanakan.
Cadangan tersebut ialah :
1) Kerajaan melalui TNB menurunkan taraf elektrif bagi kegunaan industri oleh kerana elektrik merupakan sebahagian besar daripada kos operasi pengilang- pengilang. Ini boleh dilaksanakan oleh kerana minyak mentah dunia telah mengalami penurunan mendadak daripada USD 140 kepada hanya USD 49.46 dalam hanya beberapa bulan. Mekanisme ini juga boleh dilaksanakan melalui penyemakan semula perjanjian tenaga diantara TNB dan IPP ( Pengeluar Tenaga Bebas )
2) Petronas sebagai pengedar gas tunggal di Malaysia perlu menurunkan harga gas seiring dengan kejatuhan mendadak harga gas dunia.
3) Mewujudkan satu skim tabungan khas bertujuan memberi latihan kepada pekerja- pekerja yang dipecat. Ia membolehkan pekerja- pekerja ini menyertai bidang keusahawanan ataupun sektor yang memerlukan jumlah guna tenaga yang tinggi.
4) Menurunkan cukai korporat daripada kadar sediaada sebanyak 27% ataupun memberi insentif khas cukai kepada pihak industri.
5) Menyediakan dana pinjaman dengan jumlah dana yang lebih besar. Adalah lebih penting menyediakan dana pinjaman untuk usahawan berbanding langkah kerajaan melalui Maybank membelanjakan lebih RM 10 , 000, 000, 000. 00 ( RM 10 Bilion ) bagi tujuan pengambilalihan sebuah bank di Indonesia.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia