"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, December 3, 2008

Wajarkah Sekolah Satu Aliran?


Oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia
Kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sekolah satu aliran mendapat pandangan dari pelbagai pihak.
Berikut merupakan beberapa pandangan yang sempat saya rujuk dan mungkin kita boleh fikirkan secara bersama dari sudut pro kontranya:

1) Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun mempunyai sekolah pelbagai aliran, kementerian sentiasa menyediakan pelbagai saluran dan program dalam usaha meningkatkan interaksi antara murid berkenaan.

Antara program dilaksanakan termasuk Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (Rimup), aktiviti kokurikulum, pertandingan reka cipta dan Kelab Rukun Tetangga yang bertujuan meningkat serta menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkin perpaduan nasional.

“Kita kena lihat isu ini secara menyeluruh dan daripada pelbagai aspek kerana kewujudan sekolah pelbagai aliran juga membantu proses pembentukan modal insan cemerlang serta pembentukan sahsiah diri pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam

2) Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata Mukhriz tidak sepatutnya membuat kenyataan itu hanya untuk memancing undi bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu Mac depan kerana desakannya itu bertentangan dengan Perlembagaan.

“Beliau (Mukhriz) membuat kenyataan berbahaya dan MIC mahu Peguam Negara mengambil tindakan. Beliau boleh bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno, tetapi jangan menggunakan isu hak pendidikan kaum lain,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

3) Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin pula mempersoalkan tindakan Mukhriz mengemukakan cadangan itu sedangkan sistem pendidikan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan sudah berjalan dengan baik sejak zaman British lagi dan dijamin Perlembagaan serta Akta Pendidikan.

“Kami (Gerakan) tidak faham pendirian Mukhriz mengapa mahu sistem sekolah jenis kebangsaan (untuk masyarakat Cina dan India) yang berjalan dengan baik sekarang diubah menjadi satu sistem pendidikan kebangsaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam

4) Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata adalah wajar memperkasa sistem pengajian sekolah kebangsaan di samping mempertahan dan meninggikan sistem sekolah Rendah Jenis Kebangsaan memandangkan Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Kita menghormati hak kaum masing-masing untuk mempelajari bahasa ibunda dan menggalakkan perkembangan pelbagai kebudayaan serta kesenian di negara ini sekaligus dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu. katanya dalam satu kenyataan.

“Cadangan Mukhriz jelas berniat menonjolkan dirinya sebagai “pejuang bangsa Melayu” supaya menang Ketua Pemuda Umno pada Mac tahun depan, bukan sahaja membantutkan perkembangan pendidikan pelbagai aliran, malah turut menjejaskan hubungan sesama kaum,”katanya dalam satu kenyataan.

Katanya jika Mukhriz benar-benar seorang “pejuang bangsa Melayu”, beliau seharusnya menentang Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Inggeris (PPMSI) yang menyebabkan kemerosotan mutu pendidikan khususnya di kalangan masyarakat Melayu luar bandar yang miskin, dan
bukan menghapuskan aliran pendidikan lain.

5) Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah mewujudkan sekolah satu aliran kerana ia akan menyekat kaum Cina dan India daripada menguasai bahasa ibunda mereka.

“Islam menyebut bahawa bahasa itu nikmat daripada Tuhan. Berlainan bahasa dan kulit menandakan kebesaran Allah. Jadi perlu diberi peluang kepada tuan punya bahasa untuk guna bahasa mereka,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan juga perlu membenarkan kewujudan sekolah aliran Cina sebagai menghormati bahasa dan sastera kaum itu yang telah lama wujud.

“Kalau orang Cina sekat bahasa Melayu, kita rasa macam mana. Orang Cina begitu juga, dia ada sastera dia, bahkan sastera dia lebih tua daripada sastera dunia lain, ” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Apa yang menariknya undian yang dilakukan berita ntv7 membuktikan 100% rakyat Malaysia menolak cadangan Mukhriz ini. ANDA PULA BAGAIMANA.... BERIKAN PENDAPAT ANDA DIBAWAH INI...

1 comment:

Anonymous said...

Isu sekolah satu aliran isu jati diri kenegaraan dan usah dikaitkan dengan politik sempit.

Manakala isu sains matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) perlu dihentikan segera dan taubatlah daripada khianati bahasa Melayu.

PPSMI tentu sekali khianati bahasa Melayu dan tidak perlu diuji kaji seperti mana Pak Pandir buat uji kaji tahi yang telah jelas 'tahi'.

Pak Pandir jumpa tahi, tapi tidak yakin itu tahi lalu disentuh, macam tahi katanya. Lalu dicium, bau pun macam tahi, katanya. Kemudian dikecap dengan lidah, sah tahi dan mujur aku tidak terpijaknya.

mukhlas.

lagu hot@mahasiswa malaysia