"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Thursday, December 4, 2008

Usul Potong Gaji Ketua Polis Negara Gagal... Adakah Kerja UMNO Melindungi Pegawai Rasuah ??????


Oleh Nazmi, Webmaster Mahasiswa Malaysia
Persidangan parlimen hari ini kecoh apabila Azmin Ali dan beberapa Ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat mendedahkan dalam parlimen mengenai salah guna kuasa oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Musa Hassan didapati menggunakan kuasa dan kedudukannya sebagai orang no1 dalam pasukan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) mengarahkan pihak- pihak berkaitan supaya memberikan kontrak bernilai jutaan ringgit kepada syarikat- syarikat tertentu yang dipercayai dimiliki oleh kroni beliau.
Anggapan Ahli Parlimen BN yang mengatakan isu tersebut tidak harus dibincangkan oleh kerana beranggapan ia hanyalah satu persepsi pembangkang semata- mata adalah tidak tepat sama sekali.
Ini kerana Ahli- ahli parlimen Pakatan Rakyat telah mengemukakan 2 surat yang membuktikan wujudnya campur tangan Ketua Polis Negara dalam soal pengagihan projek - projek kerajaan. Suart tersebut dengan jelas membuktikan Ketua Polis Negara mengarahkan agar projek di bawah Pasukan Polis Diraja Malaysia diserhakan kepada kontraktor- kontraktor tertentu. Bahkan dakwaan pembangkang ini juga diakui sendiri sebagai satu dakwaan benar oleh Timbalan Menteri terbabit.
Oleh yang demikian ahli- ahli parlimen Pakatan Rakyat telah mengemukakan kepada dewan agar gaji Ketua Polis Negara dipotong sebanyak RM10.00 sebagaimana diperuntukkan peraturan dewan rakyat. Ia kerana ia melibatkan soal integriti pegawai kanan keselamatan neegara dan nama baik pasukan Polis Diraja Malaysia yang harus diambil tindakan segera.
Malangnya usul tersebut tidak disokong oleh Ahli- ahli parlimen kerajaan yang terdiri daripada parti UMNO dan komponen- kompenen Barisan Nasional. Dalam undian yang dibuat dalam Dewan Rakyat, hanya 30 Ahli Parlimen bersetuju dengan usul dibawa manakala selebihnya 48 lagi Ahli Parlimen yang kesemuanya Ahli Parlimen BN menolak usul yang dibawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Inilah sikap Ahli- ahli parlimen UMNO dan BN yang lebih rela mempertahankan nama baik Ketua Polis Negara berbanding memikirkan soal integriti dan nama baik Pasukan Polis Diraja Malaysia. Oleh kerana sikap Ahli- ahli Parlimen BN inilah negara kita saban hari berada dalam keadaan yang tidak selamat lagi. Malah bekas Timbalan Ketua Polis Negara menjadi mangsa penjenayah setelah bersara.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia