Mahasiswa Malaysia menyokong penuh cadangan Ahli Parlimen Muar meminta Menteri Penerangan untuk mewujudkan satu saluran khas persidangan parlimen di televisyen kerajaan.
Jika cadangan tersebut diterima, ia akan membolehkan sidang parlimen disiarkan secara langsung sepanjang waktu persidangan sebagaimana telah diamalkan di negara- negara seperti India, England, Australia dan lain- lain.
Oleh yang demikian Mahasiswa Malaysia merasakan cadangan ini harus dipertimbangkan dengan sebaiknya oleh Menteri Penerangan ke arah menjadikan Parlimen Malaysia bertaraf dunia.
Perlaksanaan cadangan ini juga dilihat boleh membantu mewujudkan perbicangan yang lebih serius dan dengan hujah yang lebih mantap di dewan rakyat.
Akhirnya cadangan ini perlu dilaksanakan segera oleh kerana ia adalah satu langkah terbaik bagi membolehkan lebih 26 juta rakyat Malaysia mengetahui perjalanan parlimen secara keseluruhannya. Ia juga akan menjadi satu saluran informasi terbaik mengenai isu dan hal- hal yang berlaku dalam negara.
Untuk Makluman :
Persidangan parlimen secara langsung pada ketika ini
hanya disiarkan secara
sepenuhnya di www.tvpas.com ( TV PAS ) di
alamat http://www.tvpas.com/material.php?cat=live&id=5
No comments:
Post a Comment