"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, December 3, 2008

Nenek Maimun Mahu Jadi Ahli Parlimen Kuala Terengganu


Nenek yang paling glamor Maimun Yusuf berharap beliau dapat bertanding sekali lagi merebut kerusi parlimen Kuala Terengganu jika mempunyai dana yang cukup.
“Memang ada hajat nak bertanding sekali lagi kerana rasa macam tidak puas hati dalam pilihanraya umum lalu,” katanya, yang memanggil dirinya ‘Tok’, kepada Malaysiakini.
“Sebab Tok tidak boleh berkempen macam orang lain. Kerana Tok tadak pitih (tiada wang).
Menjelaskan pengalaman pertamanya bertanding Mac lalu, Maimum berkata:
“Tapi kalau Tok bertanding sekali lagi, Tok nak menang sebab Tok tak mahu hilang wang lagi. Marilah pakat tolong Tok.
“Tok belanja lebih RM30,000, semua wang simpanan Tok dah habis dan yang tinggal cuma RM60 sahaja.”
Nenek 85 tahun itu, dipercayai calon tertua dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.
Maimun, yang hanya berbasikal, tinggal di Kampung Mengadang Akar - kira-kira 3 kilometer dari pusat pencalonan di Stadium Negeri di Jalan Sultan Mahmud.
Pilihanraya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyangnya Datuk Razali Ismail, Jumaat lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihanraya tersebut.
Pada 8 Mac lalu, Maimun yang bertanding sebagai calon bebas hilang wang pertaruhan apabila hanya mendapat 685 undi.
Razali mendapat 32,562 manakala Naib Presiden PAS Mohamad Sabu memperolehi 31934 undi.
Maimun berharap ada pihak yang menyumbang untuk membolehkannya bersaing bagi kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun.
“Tok tunggu kalau ada orang nak beri wang. Kalau ada orang beri, Tok nak bertandinglah.
“Tetapi Tok ada buat kerja sedikit, jual kain, kalau orang nak kain, Tok hantar kain, kalau orang nak keropok, Tok hantar keropok,” katanya.
Maimun berkata, kalau ada tanah beliau akan menjual tanah untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia