"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Wednesday, December 3, 2008

Beranilah Menuntut Perubahan! - Anwar Ibrahim



Agenda perubahan Umno terbukti hanya satu helah politik semata. Episod pemecatan Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan agenda perubahan yang diwar-warkan Umno hanya merupakan The Great Illusion. Ini mengingatkan saya kepada karya Norman Angell, juga dengan judul yang sama, diterbitkan sejurus sebelum Perang Dunia Pertama meletus.
Perubahan memerlukan komitmen yang tuntas dan berlandaskan kesedaran murni bagi membebaskan negara dari kebobrokan yang sudah lama mengakar. Keberanian Datuk Zaid untuk membongkar akar keboborokan yang mereput ini serta kesediaan beliau untuk melintas sempadan kepartian demi menyokong usaha memansuhkan ISA dan memastikan keluhuran perlembagaan dihormati, harus dipuji, namun apa yang terjadi; beliau dipecat kerana apa yang beliau yakini.
Pemecatan Datuk Zaid harus menjadi peringatan serta indikasi buat semua bahawa Perubahan bukanlah hanya untuk meraih keuntungan politik. Laungan untuk melaksanakan Perubahan mestilah seiring dengan usaha untuk menjayakannya. Laungan kosong pasti tidak akan disambut rakyat. Saya percaya tuntutan kepada Perubahan pasti lebih memuncak.
ANWAR IBRAHIM

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia