"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Thursday, December 4, 2008

PAS, DAP dan PKR Perlu Bersedia Hadapi Serangan MEDIA BUSUK UMNO.... Bagaimana ?????

Assalamu'alaikum...
Agak lama tidak menaip melainkan hanya serba sedikit komen-komen kecil berikutan kekurangan isu untuk diutarakan, tambah lagi kalangan blogger-blogger lain nampaknya sangat-sangat aktif memberikan pendapat masing-masing dalam kebanyakan isu.
Saya amat tertarik dengan satu artikel dari blog MSO bertajuk "Fatwa Untuk Pakatan Rakyat Rampas Kerusi Kuala Terengganu".disini saya ingin menokok tambah dan juga menyangkal beberapa kenyataan atau apa yang dikatakan "fatwa" oleh saudara MSO.
1. Pakatan Rakyat hendaknya menghadapi pilihan raya itu secara bersama tanpa ada 'keluk kelik' dengan mengambil kira perkara yang titik bengit. Pakatan Rakyat harus sepakat dalam membuat kenyataan atau memberi pandangan tentang pilihan raya berkenaan bagi mengelakkan ianya dieksploitasikan oleh media massa.
"Fatwa" yang pertama ni amat-amat saya setujui, sedikit tambahan bagi perkara pertama iaitu sebarang bentuk kenyataan mestilah bersifat kenyataan "bersama" dan melalui perbincangan antara ke 3-3 parti komponen Pakatan Rakyat.saya amat yakin bahawa UMNO/BN akan memainkan pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan juga keagamaan didalam usaha mereka untuk mempertahankan kerusi "minyak" Kuala Terengganu.
DAP akan diserang dengan isu "melayu", PKR akan diserang dengan isu "negara Islam" dan PAS pula akan menjadi buah catur utama iaitu "Queen".tak mustahil UMNO/BN akan menimbulkan pelbagai isu sensitif untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP dan juga PAS dengan PKR.
Cara serangannya amat mudah, untuk DAP akan diutarakan isu penubuhan negara Islam dan pandangan DAP tentang negara Islam impian PAS.PAS sudah pasti akan mempertahankan cita-cita mereka manakala DAP kalau diambil kenyataan dari Lim Kit Siang, sudah pasti akan menimbulkan masalah.
Media perdana akan memainkan peranan melaga-lagakan ke 2-2 parti diatas.saya percaya media perdana tidak akan sekali-kali mengambil kenyataan dari Lim Guan Eng kerana kita sedia maklum akan sikap keterbukaan Lim terhadap pemerintahan Islam manakala jika diambil dari kenyataan "orang lama" DAP, mereka agak kurang faham tentang Islam dan kenyataan mereka semestinya satu masalah.
Untuk itu PAS perlu bermuzakarah dengan DAP mulai dari sekarang untuk mencari penyelesaian bersama dalam isu tersebut.jika diteliti, isu tersebut sebenarnya amat tidak relevan untuk diutarakan dalam PRK KT tetapi kita perlu ingat, UMNO/BN amat-amat tersepit untuk mencari isu buat masa ini kerana parti "melayu" itu sendiri menghadapi masalah dalaman yang amat-amat parah.
Strategi UMNO/BN tidak akan berubah, kerana mereka tidak ada masa untuk melakukan "homework". UMNO/BN tidak pernah punya isu yang dapat meyakinkan pemilih jadi mereka hanya akan menggunakan strategi yang sama iaitu memecah belah.
Kenyataan dari Pakatan Rakyat juga perlu konsisten dan tidak berdolak-dalik.DAP dan PKR juga dicadangkan agar tidak mengeluarkan atau melayan sebarang provokasi dari pihak UMNO/BN dalam PRK KT.tanpa kenyataan-kenyataan dari ke 2-2 parti tersebut akan menggelapkan usaha provokasi murahan UMNO/BN.
Biarkan UMNO/BN menyalak dengan isu-isu murahan dan jentera-jentera PAS, PKR dan DAP hanya perlu mendekati pengundi-pengundi dan meyakinkan mereka mengapa mereka perlu memilih calon PAS sebagai wakil Parlimen Kuala Terengganu.
Pada bakal-bakal pengundi di Terengganu suka juga saya untuk mengingatkan anda bahawa tidak rugi untuk anda mengundi PAS dalam pilihanraya kecil ini kerana jika PAS menang, seluruh Terengganu masih berada dibawah kerajaan UMNO/BN (sepatutnya anda telah menjatuhkan mereka dalam PRU12 tempohari).
Memberi kemenangan kepada PAS bermakna anda menerima durian runtuh.UMNO/BN selepas ini pasti tidak akan sesekali meminggirkan Kuala Terengganu dari sebarang projek-projek yang menguntungkan rakyat Kuala Terengganu kerana mereka pasti akan cuba memenangi hati bakal-bakal pengundi dalam PRU13 nanti.
Menang PAS, anda juga yang akan menerima labanya, bayangkan 2 parti yang cuba memenangi hati pengundi untuk pilihanraya akan datang.petik jari, bantuan tiba. silap gaya, batuk sahaja pun dah dieskot ke hospital.
Fikir-fikirkan.-
akan bersambung di bahagian ke 2.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia