"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Thursday, December 4, 2008

Ketua Polis Negara Menipu Menteri Miskin Pengetahuan..... FAKTANYA KADAR JENAYAH KITA JAUH LEBIH TINGGI Berbanding HONG KONG dan JEPUN


Lim Kit Siang menyifatkan menteri-menteri kabinet dan anggota-anggota Majlis Ekonomi Negara (MEN) mengalami kekurangan dan kemiskinan intelek apabila "mereka begitu mudah diperdayakan dengan statistik dan data meragukan" yang dibentangkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Berdasarkan apa yang dibentangkan Musa, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kadar jenayah di negara ini adalah lebih rendah berbanding Jepun dan Hong Kong tetapi tinggi sedikit berbanding Singapura jika dikira berdasarkan kadar per kapita.
Statistik yang diberikan oleh KPN untuk menunjukkan Malaysia lebih selamat dari Jepun dan Hong Kong adalah "paling menipu dan tidak dapat diterima", kata penasihat DAP itu, kerana definisi yang berbeza digunakan.
Sebagai contoh, kata Lim, kes pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk adalah 1.09 kes di Jepun, 0.26 kes di Hong Kong sedangkan di Malaysia 2.12 kes.
Bagi kes rogol bagi setiap 100,000 penduduk pula adalah 1.62 di Jepun, 1.54 di Hong Kong manakala di Malaysia pula setinggi 11.47.
Lebih buruk lagi kes rompakan bagi setiap 100,000 penduduk di mana hanya 4.78 kes di Jepun, 17.56 di Hong Kong dan setinggi 90.49 di Malaysia.
Dengan statistik yang memeranjatkan mengenai jenayah ganas di Malaysia berbanding Jepun dan Hong Kong itu, Lim mempersoalkan bagaimanakah KPN "begitu tidak bertanggungjawab menipu kabinet dan MEN supaya mempercayai Malaysia lebih selamat dari Jepun dan Hong Kong".
-PENARIKBECA-

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia