"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Tuesday, December 2, 2008

Mukhriz boleh DIPENJARA, DILUCUT sebagai Ahli Parlimen


Dalam berita bertajuk "Kit Siang: Mukhriz salah menghasut," Malaysiakini melaporkan bahawa calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir boleh didakwa menghasut dan jika didapati bersalah, beliau boleh dilucutkan keanggotaannya di Dewan Rakyat jika didenda RM2,000 atau dipenjara setahun.
Mukhriz menghadapi kemungkinan itu apabila mencadangkan penutupan sekolah berpendidikan Cina dan Tamil semalam untuk menubuhkan sistem persekolah satu aliran.
Mukhriz mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan bagi menyatupadukan rakyat dan mengelak polarisasi kaum di negara ini.
“Jika ada yang menolak cadangan ini, mereka perlu menjelaskan sebab-sebab mereka menentangnya. Bagaimana mungkin mereka bercakap mengenai perpaduan dan mempersoalkan hak-hak orang Melayu dan pada masa sama masih berkeras untuk mengamalkan sistem sekolah berbeza bagi kaum mereka?“
Kalau kita mahu hak yang sama rata, kita tidak boleh mempunyai sistem pendidikan berbeza. Kita tidak boleh mendapatkan kek dan mahu makan kesemuanya,” kata beliau.
Laporan Malaysiakini itu juga menyatakan, Ahli Parlimen Kinabalu, Datuk Mark Koding pernah didapati bersalah menghasut apabila membangkitkan saranan menutup sekolah Cina dan Tamil di Dewan Rakyat pada pada 11 Oktober 1978.
Berikut ialah sebahagian dari ucapan Mark Koding itu:
Tuan Yang di-Pertua, masanya sudah tiba bagi Dewan yang mulia ini untuk
memutuskan samada kita akan terus membenarkan sekolah-sekolah China dan Tamil dan bahasa-bahasa tersebut di papan-papan tanda di jalan-jalanraya di negeri itu. Saya, seratus peratus berpendapat bahawa kita harus menutup sekolah-sekolah jenis tersebut dan menyekat sama sekali penulisan papan-papan tanda dalam bahasa-bahasa itu.
Sekiranya tindakan-tindakan ini kelak bertentangan
dengan Artikel 152 Perlembagaan maka kita harus merombak Perlembagaan tersebut
demi kepentingan rakyat dan negara.
Kalau kita gagal melakukan hakikat ini bermakna kita
menghampakan amanah yang diamanatkan oleh rakyat dan juga melenyapkan harapan
dan aspirasi jenerasi baru kita yang tidak mahu melihat negara mereka dicap oleh
identiti orang asing.
Malaysiakini juga melaporkan, Pemuda DAP Pulau Pinang dipercayai akan membuat laporan polis hari ini berhubung kenyataan kontroversi Mukhriz itu.
Saya percaya, jika Pemuda DAP berbuat demikian, kemungkinan Mukhriz akan dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno semakin cerah dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang selama ini nampak jelas kebimbangan anaknya akan kalah, memang seorang ahli politik yang cekap. Itu sahajalah yang saya nak kata.

2 comments:

balan said...

Good arguement there by Mukhriz

Do read my take on this issue.
Regards
http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

balan said...

Good arguement there by Mukhriz

Do read my take on this issue.
Regards
http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

lagu hot@mahasiswa malaysia