PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyelar tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra Kamarudin (gambar) yang mempertikaikan prosedur ISA yang tidak membenarkan tahanan mengerjakan solat Jumaat. "Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA. Jangan bagi alasan untuk mempertikaikannya. "Saya bukan nak tuduh tapi saya nak tanya, berapa kali dia (Raja Petra) sembahyang Jumaat selama ini," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini. Zahid yang enggan mengulas lanjut berhubung hal itu bagaimanapun berkata, penulis laman blog Malaysia Today itu tidak sepatutnya mencabar aspek agama Islam yang telah ditetapkan itu. "Setakat mana pegangan agama Islam dia? Sedangkan dalam blognya, dia ada juga menghentam tentang Islam," kata Zahid. Ditanya mengenai dakwaan Raja Petra mengenai ceramah seorang ustaz dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikatakan menghentam agama lain dan kitab-kitab suci mereka, Zahid hanya berkata: "Saya tidak tengok. Itu dia (Raja Petra) yang kata. "Saya tak pernah duduk dalam ISA dan saya tak tahu," katanya. Semalam, Raja Petra yang pernah ditahan di bawah ISA selama 52 hari sebelum ini membuat laporan polis terhadap pusat tahanan ISA di Kem Kamunting kerana tidak membenarkan beliau menunaikan solat Jumaat. Beliau juga membuat laporan terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana dikatakan menghina agama-agama lain. Beliau membuat laporan tersebut setelah menolak untuk memberi kenyataan lain berhubung dakwaan Jakim yang mengatakan beliau menghina orang Melayu, agama dan orang Islam dalam blognya. malaysiakini.com Mahasiswa Malaysia mengutuk kerajaan Islam Hadhari yang melaranng umat Islam menunaikan kewajipannya... Sungguhpun Raja Petra mungkin bukan penganut agama Islam yang baik, namun Zahid Hamadi sebagai Menteri JPM yang bertanggungjawab dalam soal agama mestilah menggalakkan umat Islam mengerjakan kewajipannya.. bukannya menyindir Raja petra yang mahu menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim.. apakah Zahid Hamidi berhak menilai amal seorang muslim lain ????? Sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab dalam soal agama, seharusnya Zahid Hamidi membimbing Raja Petra sekiranya dakwaannya benar bahawa Raja Petra telah tersasar jauh dari agama Islam.. Tindakan Zahid Hamidi memperlihatkan kebiadapan seorang menteri dalam soal agama Islam... Apakah kenyataan Zahid Hamidi juga boleh dikira sebagai menghina agama dan wajar dikenakan ISA ????? tanya diri anda.... anda tahu jawapannya... dimana kedudukan Islam dalam kerajaan Islam Hadhari
Wednesday, November 19, 2008
RPK Dan Penghuni Kem Kamunting Dihalang Solat Jumaat... Kenapa Kerajaan Islam Hadhari Kejam ?????

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment