Kementerian Pelajaran diminta mempercepatkan pengisian 780 kekosongan jawatan pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara sebelum bermula sesi persekolahan Januari depan. Presiden Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Jemale Paiman berkata, pihaknya mendapati sebanyak 380 sekolah menengah tidak mempunyai pengetua dan 400 sekolah rendah tidak memiliki guru besar. Beliau berkata, kekosongan jawatan itu sepatutnya diisi segera bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran sekolah yang selama ini dipangku guru penolong kanan. ''Kita tidak mahu kelewatan pengisian jawatan berkenaan membantutkan usaha kerajaan melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang menjadi tonggak kecemerlangan profesional golongan pendidik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini. TP -menteri pelajaran tidur ke? sibuk sangat siasat video sajak kematian? menteri pelajaran tak tau ke hal ni? Kapal kalau tak de kapten apa jadik? kapal kalau kaptennya "lembik" apa jadik? perisik-rakyat
Sunday, November 16, 2008
780 sekolah tiada pengetua, guru besar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment