SIBU - Sekurang-kurangnya 12,000 warga Sarawak termasuk 6,000 penyokong Adun Ngemah Gabriel Adit ( menyerahkan borang menyertai KeADILan. Permohonan mereka diserahkan kepada Ketua Umum Anwar Ibrahim di satu majlis makan malam besar-besaran di Sibu 15 November lalu. Sokongan rakyat Sarawak, khususnya golongan muda, kepada KeADILan jelas dengan kehadiran lebih 4,000 orang memeriahkan majlis makan malam bersama mantan Timbalan Perdana Menteri itu. Ia dianjurkan oleh di Pusat Dagangan & Pameran Sibu oleh “Sahabat PKR” yang dipengerusikan oleh Adit. Majlis ini diantara makan malam yang terbesar yang pernah diadakan di Sibu dan di Sarawak. Turut membanggakan adalah permohonan ahli baru dari bekas Ketua Penerangan Bahagian Balleh Parti Rakyat Sarawak (PRS), Beginda Minda. Beginda dipaksa meninggalkan parti komponen BN itu ekoran seruan kepada Ketua Menteri Taib Mahmud supaya meletakkan jawatan. Adit memenagani kerusi Ngemeh diatas tiket Parti Bangsa Sarawak pada 1991, namun bermula 2006 beliau bertanding atas tiket bebas. KeADILan mengharapkan sokongan dari masyarakat Dayak yang semakin tidak berpuas hati dengan isu-isu pengurusan Tanah Adat dibawah kerajaan BN. Dalam ucapan beliau, Adit, 58, berkata bangsa Dayak memilih KeADILan berikutan kekangan politik keatas masyarakat pribumi itu di bawah kerajaan negeri BN. Beliau yang berpengalaman sebagai Adun selama empat penggal berturut-turut berkata beliau dan penyokong-penyokong yakin KeADILan merupakan jentera terbaik memperjuangkan nasib bangsa Dayak. Cukuplah dengan BN. Kini ‘perubahan’ telah sampai di Sarawak,” kata Adit. Kemasukan Adit merupakan dorongan kuat kepada KeADILan dalam menghadapi pilihanraya negeri dalam masa 30 bulan lagi. Penyertaan Adit secara efektif menjadikan KeADILan menguasai dua kerusi di Majlis Undangan Negeri Sarawak. Sebelum ini, KeADILan mencetuskan kejutan dengan kemenangan Dominique Ng di kerusi Adun Padungan. Turut hadir di makan malam itu adalah Setiausaha Agung Salehuddin Hashim, Ketua Penerangan Tian Chua, pimpinan kanan KeADILan Dr Jeffrey Kitingan dan Dominique Ng serta pemimpin DAP Wong Ho Leng dan Chiew Chin Sing. Sementara itu, Anwar dalam ucapan beliau berkata pilihan Adit tepat dan menunjukkan bahawa ahli politik berpengalaman itu merupakan “wakil rakyat yang sebenar”. Anwar berharap kemasukan Adit membuka ruang baru kepada KeADILan dan memperkuatkan gelombang perubahan yang kini melanda seluruh negara. Anwar menggesa rakyat Malaysia, jentera parti dan khususnya rakyat Sarawak berganding-bahu dan bermuafakat memastikan Pakatan Rakyat memenangi Sarawak dalam pilihanraya negeri nanti. Jelas pemimpin reformasi itu lagi, menyusuli Adit akan ada lagi wakil-wakil rakyat lain yang mahu bersama-sama Pakatan Rakyat. Jika Tsunami Sarawak ini terus mencengkam, maka sudah pastilah arus perubahan yang bakal dibawa akan terlaksana jua akhirnya. Umum mengetahui bahawa Sarawak menjadi salah satu senjata kemenangan BN dalam setiap kali pilihanraya umum. Agenda "jahat" dilakukan oleh SPR dengan membuat penambahan terlalu banyak kerusi parlimen di Sarawak termasuk juga Sabah. Jika berlandaskan faktor semenanjung, jelas sekali ini bermakna BN sudah tersungkur 8 Mac lalu. Namun, berkat usaha dan kerja kuat SPR yang merupakan parti komponen BN maka perkara ini dinafikan. Inilah sebenarnya menjadi masalah dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini. Badan pemantau pilihanraya, bersekongkol dengan puak pemerintah untuk memastikan kuasa terus berada ditangan mereka
Sunday, November 16, 2008
12 000 Rakyat Sarawak Sertai PKR... 12 RIBU....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment