"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, November 16, 2008

Pendakwaraya2 Malaysia Menang Anugerah Khas..... Anugerah Watak Jahat Terbaik Kot


KalauLAH ada anugerah pendakwaraya paling jahat di dunia, saya yakin pendakwaraya Malaysia boleh menang mudah. Akhbar hari ini melaporkan betapa pendakwaraya tak akan membuat rayuan berhubung pembebasan Razak Baginda yang dilepaskan TANPA PERLU MEMBELA DIRI. Bukannya dah dibicara penuh baru dilepaskan tetapi dalam kes ini, BELA DIRI PUN TAK PAYAH. Pada masa sama, rajin pula membuat rayuan untuk memindahkan juga kes Anwar ke mahkamah tinggi.
Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, yang dilepaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kini boleh menarik nafas lega apabila pihak pendakwaan mengesahkan tidak akan merayu terhadap keputusan pembebasannya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, dua minggu lalu.
Azilah, dan Sirul Azhar pula diperintah membela diri terhadap pertuduhan membunuh ibu dua anak lelaki yang berumur 28 tahun itu di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam, 19 Oktober 2006, dan 1 pagi keesokannya.
Apa kaitan dan dendam antara mereka dengan Altantuya? Takkanlah tiba-tiba nak dibunuhnya orang tanpa sebab. Sebab-musabab untuk membunuh hanya kelihatan pada Razak dan Najib. Mereka berdua dilihat sebagai tidak lebih daripada 'alat', kalau pun tuduhan itu benar.
Pendakwaraya Malaysia ni betul-betul macam lembu kena cucuk hidung. Takkan tak ada maruah sedikitpun ? Kita masih ingat bagaimana Ghani Patail , bos pendakwaraya kat Malaysia turun sendiri ke mahkamah untuk mendakwa mangsa demonstrasi yang telah ditembak oleh polis di Batu Buruk..
Bila kedaulatan Batu Putih diambil Singapura dengan rakusnya, mana hilangnya Ghani Patail?? UMNO dan Rais Yatim pula boleh siap buat kenyataan bahawa itulah 'win-win situation!!!!".
Pejabat Peguam Negara bolehlah tukar nama kepada Pejabat Peguam UMNO kalau macam ini.....
Kepada ahli-ahli UMNO yang masih menyokong UMNO dulu, kini, selamanya, saya ada satu persoalan. Macam mana kalau anak gadis anda yang dibom oleh kepimpinan UMNO selepas bermalam bersama, lalu pendakwaraya enggan menegakkan keadilan untuk anda?? Tak apalah, yang penting, dulu, kini dan selamanya UMNOOo...
sedutan artikel dari tranungkite.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia