BANDAR JENGKA: Baru-baru ini gempar dengan kisah Syeikh Muszaffar menuntut sehingga RM8,000 dalam satu sessi ceramahnya. Kerajaan berjanji untuk menyiasat perkara tersebut kerana beliau masih dalam kontrak dan seharusnya tidak menuntutnya jumlah sedemikian. Semalam saya menerima satu mesej dari seorang staf UiTM Jengka yang memaklumkan, pihak UiTM Jengka telah membayar sebanyak RM7,000 kepada Dr Syeikh Muszaffar Shukor, Angkasawan Negara ketika memberikan ceramahnya baru baru ini. Menurut pemberi maklumat tersebut, angkasawan negara itu pada asalnya menuntut bayaran sebanyak RM8,000 sebelum beliau memberi persetujuan untuk menyampaikan ceramahnya. Selepas rundingan dibuat bayaran itu telahpun dikurangkan kepada RM 7,000. Sekiranya maklumat yang saya terima ini benar, maka sewajarnyalah pihak UiTM melaporkan kepada kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) bagi membantu siasatan. MOSTI dalam kenyataan terbarunya meminta orang awam yang membuat dakwaan angkasawan itu mengenakan caj sehingga mencecah RM 8000 perlulah mengemukakan bukti dalam tempoh dua minggu untuk diteliti. Jika laporan ini ada kebenarannya, maka diminta pihak terbabit menghubungi MOSTI dan tidak menyembunyikan bukti mengenai hal ini. Kita khuatir, ada pihak yang akan menghapuskan bukti-bukti tersebut, tambahan pula Uitm di pimpin oleh proksi UMNO Ibrahim Abu Shah. Maka itu kita yakin yang ini berlaku dan bukan sekadar dogengan semata-mata. Rupannya memang benar kata orang "Angkasawan Negara" kini sudah menjadi dengan "Sawan""Angka". Beliau cukup takut rahsianya bocor dan telah datang sendiri membuat laporan di MOSTI kononnya beliau tidak mendedak, tetapi angka itu diberikan oleh pihak terbabit. Lucu bunyinya, semoga ini menjadi pengajaran kepada kerajaan bahawa tiada faedahnya menghantar orang ke angkasa yang akhirnya menyusahkan rakyat pula. Lebih baik wang jutaan ringgit itu dilaburkan untuk pembangunan rakyat daripada dihabiskan untuk seorang individu yang kini sawan pula dengan angka pahangdaily
Sunday, November 16, 2008
Terbukti Angkasawan Negara Minta RM 8000.00 Untuk Berceramah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment