"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Thursday, November 20, 2008

Keterbukaan Ulama Dalam PAS.... Penerimaan Keahlian Bukan Islam Bukti PAS FOR ALL


Oleh attakiri
"Berita Siyasah menyebut antara lain kesediaan PAS untuk mengangkat status Kelab Penyokong PAS menjadi sebuah Dewan. Retreat PAS di Langkawi telah seolah-olah menyetujui rancangan tersebut. Yang berbaki ialah persetujuan perwakilan dalam Muktamar akan datang.
Sebenarnya persoalan keahlian bukan Islam sudah lama dibincangkan dalam Majlis Syura Ulamak.
Ini diakui sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Seri Presiden dalam banyak siri ceramah beliau. Perbincangan mengenai keahlian bukan Islam dalam PAS bukan hanya perbincangan dalam ulamak tanah air sahaja. Bahkan persoalan ini telah di bawa kepada perbincangan ulamak gerakan Islam seluruh dunia. Hasil daripada perbincangan tersebut merumuskan bahawa orang bukan Islam dibenarkan bagi menyertai parti Islam sebagai ahli penuh.
Ini adalah contoh pemikiran ulamak yang melangkaui masanya. Bahkan idea sudah ditimbulkan di zaman Prof. Zulkifli Muhammad pada tahun 60’an. Kehebatan Ulamak terpancar apabila sentiasa memandang sesuatu perkara berdasarkan kepada peruntukan Al-Quran dan Sunnah.
Cadangan YB Dr. Mujahid Yusoff Rawa dalam retreat tersebut seolah-olah diterima sebulat suara oleh majoriti kepimpinan PAS (mengikut laporan Siyasah). Semua ini adalah bukti bahawa Orang bukan Islam tidak lagi takut dengan dasar perjuangan PAS iaitu Islam.
Dalam keterbukaan ini juga, PAS juga dilihat tidak mengesampingkan arahan Al-Quran apabila timbul isu muzakarah bersama dengan UMNO. Walaupun isu dikatakan punca terjejas sedikit sokongan bukan Islam (menurut Dr. Mujahid) tetapi PAS tetap komited melaksanakan keputusan Syura yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Sunnah. Biarkan terdapat segelintir yang seolah-olah kurang bersetuju dengan pelbagai alasan khususnya melibatkan undi. Tetapi PAS terus melaksanakan agenda dakwah demi untuk melaksanakan dasar perjuangan parti.
Walaupun berkemungkinan agenda tersebut mengurangkan sokongan golongan bukan Islam kepada PAS. Bagi PAS keredhaan Allah melebihi daripada keredhaan daripada pengundi. Perjuangan PAS ialah untuk mencapai kemenangan yang kekal abadi di Syurga Allah SWT.
Alhamdulillah, penulis melihat seolah-olah orang bukan Islam dapat menerima pendekatan muzakarah yang dilakukan oleh Pimpinan PAS. Kritikan berlaku hanya dari kalangan segelintir pimpinan PAS yang seakan-akan masih tidak menerima keputusan majlis syura ini.
Sampai hari ini, penulis tidak pernah terdengar rungutan daripada wakil kelab penyokong PAS terhadap muzakarah atau muqabalah yang dipersetujui oleh majlis syura itu.
Dalam mencari sokongan bukan Islam, PAS jangan terlampau gopoh sehingga ahli sendiri terabai. Pasca kemenangan ini banyak memperlihatkan seolah-olah pimpinan PAS negeri lebih mengutamakan golongan bukan Islam melebihi ahli PAS sendiri. Kadang kala ini akan menimbulkan perasaan kecil hati yang memungkinkan ahli yang komited ini mula lari sedikit demi sedikit dari perjuangan parti.
Mungkin kini sudah sampai masanya PAS untuk menerima keahlian bukan Islam sebagai salah satu jentera parti dalam bergerak. Golongan bukan Islam tertarik dengan PAS kerana perjuangan PAS yang komited dan berprinsip. PAS tidak akan dipandang jikalau mula lari dari prinsip semata-mata ingin mengejar undi dan kuasa.
Harapan agar semua ahli sentiasa memberi wala’ yang sepenuhnya kepada keputusan Pimpinan PAS agar kestabilan parti dapat dipertahankan PAS ialah parti Siyasah, Dakwah dan Tarbiyyah. Siyasah bergerak berdasarkan tuntutan dakwah dan tarbiyyah. Ini kefahaman yang perlu ada pada setiap pemimpin dan ahli PAS.
Pimpinan jangan menunjukkan ketidaksetujuan terhadap setiap keputusan parti secara terbuka. Bahkan setiap keputusan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada. Ahli pula jangan terlampau suka menkritik pimpinan sebelum mendengar penjelasan. Semuanya mesti bergerak atas landasan ukhuwwah Islamiyyah.
Saidina Umar Al-Khattab tidak pernah mendabik dada terhadap cadangan beliau tentang tawanan Badar yang telah diakui oleh Allah melebihi cadangan Saidina Abu Bakar yang telah pun dipersetujui oleh Rasulullah SAW. Bahkan Saidina Umar bersama-sama menangis dengan Saidina Abu Bakar dan Rasulullah terhadap teguran Allah SWT.
Inilah sifat yang perlu ditanam oleh pimpinan PAS dan kita semua.

www.attakiri.blogspot.com

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia