"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Tuesday, November 4, 2008

CUKAI TANAH NAIK 500 %, Satu Usaha Jahat Burukkan Kerajaan Perak


IPOH, 4 Nov (Hrkh) - Isu cadangan menaikkan cukai tanah sebanyak 500 peratus oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) baru-baru ini selesai setelah diadakan perbincangan khusus antara beberapa pemimpin Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (Bersatu Perak) dengan kerajaan negeri.
Menurut Presidennya, Mohd Hafez Sabri, hasil daripada perbincangan tersebut mendapati bahawa isu kenaikan cukai tanah itu hanya propaganda yang dimainkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengaburi mata rakyat dengan menuduh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak tidak bertanggungjawab dan menzalimi orang ramai.
Kami telah berjumpa sendiri dengan wakil kerajaan negeri dan hasilnya kami dapati bahawa isu ini hanyalah gimik politik yang cuba dicetuskan oleh pihak yang berkepentingan," katanya.
"Kami juga kesal dengan tindakan beberapa media arus perdana di negara ini khususnya Utusan Malaysia yang membuat liputan yang tidak berasas dan membuat pembohongan kepada orang ramai. Justeru kami mendesak kepada mereka untuk memohon maaf segera atas pembohongan yang dilakukan" ujarnya lagi.
Bersatu Perak adalah merupakan sebuah NGO mahasiswa yang ditubuhkan oleh bekas mahasiswa bagi memperjuangkan isu mahasiswa serta masyarakat setempat khususnya di Perak.
gabungan mahasiswa bersatu perak

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia