"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, November 2, 2008

Tahniah UPM dan Warganya

PUTRAJAYA, 1 Nov – Kecemerlangan Universiti Puta Malaysia (UPM) dalam penyelidikan dan pendidikan terbukti apabila diumumkan sebagai pemenang Technology Business Review ASEAN Award 2008 for Excellence in the ASEAN Education Management Sector (Research University).

Naib Canselor UPM Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah menerima trofi kristal kemenangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Chopard Malaysia, A. B. M. Shah Jahan pada majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada panel Technology Business Review yang memilih UPM buat kali kedua dan melafazkan penghargaan kepada semua warga UPM yang turut sama melonjakkan penyelidikan dan pendidikan universiti itu ke tahap tertinggi.

UPM merupakan universiti tunggal yang memenangi kategori Research University selepas memenangi anugerah dan kategori yang sama pada tahun lalu. Anugerah yang diperkenalkan sejak tahun 2006 itu diberikan kepada organisasi yang cemerlang meningkatkan prestasi, inovasi, kepuasan pelanggan, pengurusan sumber manusia dan tanggungjawab sosial korporat.

Pada tahun ini sebanyak 25 organisasi daripada 11 sektor korporat, 20 individu bagi kategori kepimpinan dan lima syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menerima anugerah tersebut.Lebih seribu tetamu daripada sektor korporat, awam dan diplomatik hadir pada majlis tersebut, antaranya Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadhilah Yusof dan Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Tan Lian Hoe.

Sumber: Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat UPM.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia