"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, November 2, 2008

Keputusan Pilihan Raya Kampus UTP


TRONOH - Pilihanraya Kampus di Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada 29 Oktober lalu. MPP baru bagi sesi 2008/09 telah berjaya membentuk sebuah kerajaan pada pukul 1.30 pagi tadi (30 Oktober 2008).
Pada pilihanraya kali ini di UTP, ia semeriah seperti di Lembah Klang. Sebanyak 5 orang calon perlu dipilih daripada 11 orang calon yang bertanding untuk kerusi umum dan 6 orang perlu dipilih daripada 9 orang yang bertanding untuk kerusi program.
Pada tahun lalu (2007/08), kerusi MPP telah dimenangi tanpa pertandingan kerana kekurangan calon yang menawarkan diri bertanding. Ia adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah perubahan pada syarat pilihanraya itu sendiri dan kesedaran politik yang kurang dalam kalangan mahasiswa UTP.
Memandang serius pada perkara ini, sesi pimpinan MPP pada sesi 2007/08 telah mengambil inisiatif dengan bersemuka dengan pihak HEP untuk mengubah beberapa syarat yang dirasakan tidak perlu di dalam pemilihan calon MPP. Selain itu, Kempen Mengundi yang diadakan pada awal Februari dan disusuli dengan Kempen Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti pelajar pada bulan Julai yang lepas menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran berpolitik dikalangan pelajar.
Pilhanraya kali ini telah menampakkan hasilnya dengan penyertaan 11 orang calon untuk memenangi 5 kerusi umum (Majlis Tertinggi MPPUTP) dan 16 orang calon (7 menang tanpa bertanding) untuk kerusi program (Majlis Eksekutif MPPUTP).
Walaupun tempoh berkempen agak panjang iaitu selama 14 hari, para calon menunjukkan prestasi dan komitmen yang mantap dari hari ke hari. Kereta jentera, blog, menara, bunting, banner, perang poster, roadshow bilik dan kuliah talah menjadi penyeri sepanjang tempoh berkempen tersebut.
Namun, kemeriahan ini telah dicemari dengan beberapa insiden sabotaj yang berlaku kepada beberapa orang calon seperti poster dikoyak dan dispray, dikutuk ketika memasang poster dan sebagainya.
SELANJUTNYA

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia