"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

WEB TV@ Mahasiswa Malaysia


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Sunday, November 2, 2008

Vincent Lim Letak Jawatan Sebagai Setiausaha Politik PM


KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Selepas berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri sejak lima tahun lepas, Datuk Dr Vincent Lim Kian Tick telah meletak jawatan itu berkuatkuasa semalam.
Lim, yang diberikan tanggungjawab untuk membantu Perdana Menteri menjaga hal ehwal kaum Cina di negara ini, berkata beliau memutuskan untuk meletak jawatan itu kerana beliau tidak mahu memegang jawatan tersebut terlalu lama setelah MCA dan Gerakan selesai mengadakan pemilihannya
"Saya anggap tugas saya telah dilakukan. Malahan saya tidak bercadang untuk tinggal lebih sepenggal," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Lim berkata beliau memutuskan untuk meletak jawatan lebih awal daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa pada Mac tahun depan kerana beliau mahu bercuti dua bulan sebelum kembali semula bertugas di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia pada Januari.
Beliau akan dilantik sebagai penganalisis kanan Pusat Kajian China yang akan ditubuhkan.
Sebelum dilantik sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri pada 29 April, 2004, Lim bertugas sebagai penyelidik di ISIS sebelum dilantik sebagai Fellownya pada 2002.
Dikenali sebagai seorang yang berprofil rendah, beliau yang dilantik semula sebagai setiausaha politik pada 23 April tahun ini, berkata beliau sentiasa menganggap sebagai satu penghormatan dapat berkhidmat dengan Perdana Menteri.

No comments:

lagu hot@mahasiswa malaysia